Hobi pelik bawa padah

CG Sponsors




BasicCX

Super Active Member
Joined
Sep 8, 2008
Messages
6,223
Reaction score
172
Points
73
Hobi pelik bawa padah

AMPANG: Hobi pelik seorang lelaki yang menjadikan senjata api tiruan pelbagai jenis sebagai koleksi membawa padah apabila dia diberkas di rumahnya di Kampung Pasir, Hulu Klang, di sini, semalam.


Penahanan itu dilakukan sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Ampang Jaya selepas menerima maklumat awam.


Difahamkan, lelaki terbabit yang berusia 32 tahun turut menjual senjata api yang dimilikinya itu kepada rakan baiknya pada harga antara RM2,000 hingga RM4,000 sepucuk.


Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan, berkata penahanan itu dilakukan kira-kira jam 12.05 malam ketika lelaki terbabit sedang berehat di rumahnya.


“Dalam serbuan itu, polis merampas 12 rifel pelbagai jenis antaranya Styer, HK5, MP4, CBQ, Shotgun selain tiga pucuk pistol termasuk dua kotak peluru.

“Berdasarkan siasatan awal, polis percaya senjata api itu diseludup dari negara jiran iaitu Thailand dan Singapura,” katanya ketika ditemui di Balai Polis Pandan Indah, semalam.


Menurutnya, senjata api berkenaan sememangnya sama dengan senjata api sebenar.


“Ia sama dari segi bentuk dan berat namun peluru yang digunakan adalah berbeza.


“Peluru digunakan adalah peluru getah tetapi ia mampu mendatangkan kecederaan selain berkemungkinan digunakan untuk tujuan jenayah,” katanya.


Abdul Jalil berkata, lelaki terbabit bukan saja menjadikan senjata api berkenaan sebagai koleksi sebaliknya turut menjualkan barangan berbahaya itu kepada teman baiknya.


“Senjata api itu dijual antara RM2,000 hingga RM4,000 sepucuk manakala pelurunya pula dijual RM10 bagi setiap paket,” katanya.


Katanya, polis kini sedang mengesan semula senjata api yang sudah dijual kepada rakan baiknya itu dan lelaki terbabit akan direman selama empat hari bermula hari ini (semalam) bagi membantu siasatan.

“Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960,” katanya.


Sehubungan itu, polis menasihatkan orang ramai tidak menyimpan senjata api kerana ia adalah salah di sisi undang-undang.


Sementara itu dalam kes berasingan, Abdul Jalil berkata polis berjaya menahan tujuh lelaki dalam lapan serbuan di premis perjudian sekitar Ampang, kelmarin.


Difahamkan, dalam serbuan kira-kira jam 11 malam itu, kebanyakan premis yang diperiksa adalah kedai perjudian yang pernah diserbu sebelum ini.


“Sepanjang tahun ini saja, seramai 21 individu berusia 20-an hingga 40-an ditahan dalam 21 serbuan di beberapa premis,” katanya.
 
Sponsored Post

asrul07

Active+ Member
Joined
Jul 17, 2008
Messages
3,055
Reaction score
3
Points
25
kalau tgh dirompak tu,mangsa mana nak tau senjata tu real or fake..so kira bahaya gak tu
 

gengjawa

CG Top Poster Club, XM Official, Introducing Broke
Platinum Member
Joined
Dec 22, 2006
Messages
33,087
Reaction score
200
Points
123
berat kes senjata api nie
polis boleh suspek dlm beberapa kes pembunuhan @ rompakan sblm ini
 

Putra_Quezee

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Feb 7, 2008
Messages
1,287
Reaction score
19
Points
25
kes senjata api.. bahaya ni.... q main bunga api je.... ahaks..
 

mangkaq

Super Active Member
Joined
Mar 13, 2008
Messages
8,834
Reaction score
71
Points
75
ni msti member sendiri pecah lobang!!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register