salam minta pendapat otai2...
situasi
1.LASBi - 50k baru buat oct2012
2. Cert OD 30K
3.Cash ASB 37k
4. Gold pon ada jgk.
niat dhati nak pki moto 4ok...
dah study teknik2 yg patut.....
utk nak pakai motor kene pakai teknik no 5.
untuk jadi jutawan cepat pakai teknik 1.
lambat skit teknik 2.
niat di hati nak pecah2 loan 50+50....
ok x mcm ni?
ke otai2 ada pandangan dari sudut hati lain? hehe...
terima kasih.
Anda kena susunkan priority kemahuan dan keperluan anda sebijak mungkin...susun persatu keinginan anda dan objektif anda agar anda boleh merancangkannya dengan mudah..
Setiap tools(OD,ASB,LASB,GOLD,etc) yang anda miliki anda kena rewind back dan anda kena ingat kembali apakah tujuan anda memiliki tools tersebut diawalnya..
Apa tujuan OD anda?
1)Anda pegging sijil ASB/ASW yang automatik generatekan 6%~8% yearly tanpa anda gunakan 1 sen facility tersebut..
2)Dan jika anda gunakan kemudahan Facility tersebut anda akan dikenakan Interest BLR-2.0 or BLR-1.0..
OPM ini bagus untuk yang bijak dan pandai pusingkan cash flow mereka...Namum tak ramai juga yang terbabas dan akhirnya tergadai Sijil mereka itu..
Tetapkan tujuan anda bila anda ingin ber"OD", perkara senang dan less risk adalah Duit OD tersebut dimasukan kembali dalam ASB dan anda boleh Keep your Wealth Intact pada 10% secara yearly...
Dan bila anda mahir dengan perkara ini,,anda akan melihat bagaimana duit anda tertidur lena dalam ASB yg hanya generate 7%~8% sahaja...maka mungkin anda akan gunakannya utk LASB sebagai Reactor for making money..."Small OPM work for Big OPM" dimana anda akan senyum lebar profit making 70%~80%..
Dan akan ada lagi yang Licik combinekan pengunaan ini dgn Credit Card untuk meminimakan interest OD tersebut...juga Charge Card dan BT teknik yang diguna pakai akan membawa anda kepada "Living In OPM, Creating Money by OPM"
Tujuan ASB
Saban hari ramai yang membandingkan ASB dgn UT,GOLD,Property,HYIP,MLM,SCK,dll.. Semua orang tahu ASB hanya boleh bagi 7%~8% sahaja... Oleh yang demikian jika anda secara traditional meletakkan duit tersebut dalam ASB,,maka anda akan sentiasa akan dipengaruhi dengan perbandingan diatas.
Walaubagaimanapun ASB merupakan dana BOND terbaik setakat ini.(Unit amanah nilai tetap)..
Thread ini menceritakan bagaimana anda mewujudkan Potential Gain melalui OPM yang boleh hasilkan ROI 30% over dengan teknik teknik yang ditunjukan..
Jika yang ingin optimumkan ASB ini,,ASB bukan lah tempat untuk simpan cash..Mereka akan memaksimakan allocation mereka dalam ASB ini dalam bentuk OPM..
GOLD
No komen...saya melepaskan pegangan Emas Fizikal saya pada tahun 2010 kerana hilang keyakinan terhadap perlaburan ini. Saya perlukan liquidity yang tinggi kerana saya adalah seasonal investor dan Hit N Run merupakan kegemaran saya..Walaubagaimanapun jika dianggap sebagai simpanan/saving mungkin ianya mempunyai persepsi berbeza...
Semoga boleh menjadi rujukan saudara,,dan maaf kiranya ia tidak dapat membantu anda...
Sekian