sedap tangan je encik ikeda tulis shopping.
org yg ada duit lebih leh le shopping, saya ni baru amik 100k, insyallah, dlm masa 4 tahun ni dpt la 400k, suami isteri.
lepas dah max asb loan, boleh join encik ikeda shopping gak, ekekeke.
kalau boleh, bila dah sampai masa recess tu, harap master ikeda buka thread khas utk shopping lak, org baru nak belajar macam saya ni, x tahu unit trust mana yg bagus, maklum la, banyak jenis UT. yg paling penting halal. takut ada juga UT yg terlibat dlm arak, judi ke.
PST-
(ADA KE UT TERLIBAT DLM ARAK????)
Dalami LASB dahulu dan anda akan faham bila LASB anda sudah max.
Bila disebut shopping,,ada yang shopping bila harga normal dan ada juga shopping bila harga SALE..Saya rasa lebih ramai yang shopping pada harga normal daripada ketika SALE,,
Dan bila shopping pula,,berapa kerat jer orang kita yang sanggup beli dengan CASH dari simpanan sendiri kalau tak melalui KWSP..
Sekarang anda semua mungkin nampak Potensi LASB vs UT kan??
So bila anda selalu amalkan strategy demikian,,maka KWSP vs UT pun anda boleh buat benda yang sama..(Ingatlah bench mark KWSP is 5.0%)
Jika KWSP 5% sudah tentu UT 20% lagi baguskan?
How about if UT -20%?Mana lagi bagus dengan KWSP?
Dan jika UT 20%,,,mana lagi bagus dengan LASB 35%++?
Namun LASB ini adalah terhad kepada 200k/PERSON OPM sahaja.
Kebiasaannya,,pemain pemain LASB ini sentiasa menunggu saat-saat UT jatuh...bukan membeli ikut-suka..
Berkenaan UT UT yang good performance,,terlampau banyak sangat dipasaran..ambilah 1 or 2 UT yang betul betul anda boleh control pergerakan dia,,bukan mengharapkan agent semata-mata..
Anda buat graph NAV UT anda,,anda letak support line,resistance line dan target NAV anda...(Ala-ala FOREX)...Pastu buat lah belian dan jualan yang aktif,,jangan dorman sampai 5 tahun...
Jangan sangat nak mengejar 100%,,,jika dikira purata hanya 20% sahaja...
Why not every year kita hitkan atleast 15%~20%....
Bila tiba masanya,,,nanti kita sama-sama membincangkan langkah langkah/strategi strategi untuk hitkan UT UT ini..Ramai yang pakar saya rasa...Biarlah thread ini membincangkan LASB..