BTC USD 84,253.9 Gold USD 4,157.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Himpunan teknik teknik loan ASB

Logiknya gitulah, tapi kes saya dulu upfront 6 bulan.
Tapi start bulan pertama dia dah potong SI, tak gunakan
duit upfront. Ada jugak tanya dia kata upfront tu direservekan
untuk emergency in future saya tak mampu nak bayar ker, so
ada emergency funds 6 bulan.
Tapi fikir2 balik rugi lah pulak kasi Maybank rolling duit
kita kan?
Ada sapa2 lagi yang senasib? Next week nak tanya Maybank
balik nak utilisedkan upfront, kalau tak stop SI 6 bulan dulu.

Anda pastikan account SI anda ada baki minima,,Insyallah duit upfront anda akan habis dalam masa 6 bulan berikutnya..
 
SI tetap akan bermula immediately...
Langkah terbaik adalah mengosongkan account SI anda...

hoo .. susah tul kalau guna akaun yang sama byr gaji pelbagai ..

btw, kalau bulan pertama kita buat gitu dan dia x potong SI, bulan kedua perlu ke ulang benda yang sama sampai tempoh upfront sepatutnya ??
 
Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk bukan muslim,

Alhamdulillah, akhirnya tamat juga pengajian saya untuk thread ini. Terima kasih pada Tuan Ikeda, menzahirkan ruangan ilmiah sebegini. Membuka mata dan minda saya, golongan bumiputera dan pribumi yang lain. Setelah berbulan mentelaah thread ini, saya cuba tetapkan beberapa objektif dalam rancangan pelaburan saya.

1. ASBRTA akan mengurangkan keuntungan pelaburan kita, tetapi dalam masa yang sama akan memberi keuntungan jika sesuatu tidak diingini berlaku. Tempoh yang sesuai untuk tamatkan LASB adalah selepas 2 atau 3 tahun agar ASBRTA kita dapat dimanfaatkan tahap maksimum.

2. Bonus adalah sesuatu yang menguntungkan. Untuk mendapat bonus maksimum, kita haruslah sentiasa memiliki pelaburan dalam akaun ASB.

Jadi, berdasarkan teknik 4, Suami & Isteri Tuan Ikeda bincangkan di sini, saya cuba merangka satu rancangan pelaburan ASB, minta pendapat dan komen dari forumer sekalian.

Bermula Jan 2013, saya buka 2 akaun Lasb bernilai RM100,000 setiap akaun. Saya namakan LASB1 & LASB2. Bayaran bulanan sekitar RM1190 selama setahun.

Jan 2014 saya terminate akaun LASB1 dan dapat cash sekitar RM2015(principal) + RM2135(asbrta) + RM14600(Dividen). jumlah semua sekitar RM18450. Saya park di ASD/ASW/AS1M dll.

Kemudian saya apply LASB3 dengan limit baru RM115000. bayaran bulanan saya meningkat ke RM1257(anggaran kasar). Saya gunakan dividen tahun 2013 untuk jelaskan ansuran bulanan. Jumlahnya sekitar RM15100. Ini menghasilkan +cash sebanyak RM3650 (RM18450-RM15100=RM3650).

Jan 2015 saya terminate akaun LASB2 selepas 2 tahun, hasilnya saya mendapat cash sebanyak RM4038(Principal)+ 1700(asbrta)+ RM15330(dividen). total ialah RM21068. Tambah baki cash 2014 menjadi RM24718 (RM21068+RM3650=RM24718). Pengiraan ini tidak 100% tepat kerana asbrta bergantung kepada banyak faktor. Kemudian saya apply LASB4 maksimum limit RM115000. Jadi total LASB saya (LASB3+LASB4) menjadi RM230000 pada Jan 2015. Bayaran bulanan saya ialah RM 1345. Setahun saya bayar RM16140. +ve cash saya sebanyak RM8578. (RM24718 - RM16140 = RM8578++. Jumlah ini tidak termasuk compounding dividen dari amanah saham tempat saya parking cash sebelum buat bayaran bulanan ASB.

Jan 2016, saya terminate LASB3 Dan apply LASB5. Langkah ini saya akan ulang hingga maksimum.

Dengan cara ini saya dapat kekalkan baki minimum asb sebanyak RM100,000 setiap masa, dan selepas 10 tahun saya akan menikmati bonus tahunan purata 1% ke 2%(RM1000 ke RM2000). Manakala asbrta saya pula akan diterminate setiap 2 tahun. lebih berbaloi dari terminate setiap tahun.

Saya bukan seorang yang cekap Math & account, Kalau ada loophole & weakness dalam rancangan saya, harap teman2 boleh tegur sebelum saya teruskan rancangan pelaburan ini.


Ringkasnya
Tahun pertama - Teknik 1(Bayar sendiri secara bulanan)
Tahun kedua - Terminate and Apply baru guna Teknik 2..
dan lakukan sehingga mencapai limit yang anda inginkan..

Anda fully utilize duit dividen anda utk Hitkan higher ROI..Very good,,,cuma every year anda kena terminate dan apply baru..hati hati dengan surrender value ASBRTA...kerana within a year potongan dia more than 15%...check dulu before terminate...

seboleh boleh nya,,tabiat anda membayar INSTALLMENT setiap bulan itu,,pada tahun kedua anda teruskan juga tabiat tersebut sebagai simpanan sendiri..dan looking forward for others peluang yang akan muncul lagi...seperti thread saudara PAJAK MEMAJAK ASB ACCT..

semoga anda INTACT...
 
Last edited:
hoo .. susah tul kalau guna akaun yang sama byr gaji pelbagai ..

btw, kalau bulan pertama kita buat gitu dan dia x potong SI, bulan kedua perlu ke ulang benda yang sama sampai tempoh upfront sepatutnya ??

ulang sehingga duit upfront habis..
 
ulang sehingga duit upfront habis..

thanks ..

nampak gaye 3 bulan kena ulang alik bank .. huhu .. lagi payah kalau 12 bulan tu .. :D

persoalan .. kalau dia x potong bulan pertama (immediate - sebab akaun kosong) .. adakah caj interest akan bertambah ( ala2 x bayar caj CC )?
 
Last edited:
nak tanya sikit kekurangan atau kelebihan guna duit melalui Pajakan Emas 70% atau CA CC untuk digunakan sebagai bayaran ansuran LASB RM200,000.00:

Situasi pertama

Pajakan EMAS :
Emas 916 beli RM155.00 pergram ada 190gm = RM29,450.00
Marhun Agro RM162 x 190gm = RM30,780.00
... 70% = RM21,546.00
Upah Simpan (US) = 0.7% = RM215.46 x 6 bulan = RM1,292.76
RM1,292.76 / 180 hari ( 6 bulan ) = RM7.182 sehari interest (faedah)

RM21,546.00 + RM1292.76 = RM22,838.76 / 6 bulan= RM3806.46 sebulan

Loss Percentage 6 bulan :

RM1292.76 / RM21,546.00 x 100% = 6%

(kalau guna duit pajakan emas ni dlm apa-apa pelaburan yg dibuat samaada LASB atau lain2 portfolio, profit yg perlu diperolehi ialah lebih dari 6% ke atas )


Situasi kedua

CA CC1 (Swipe CC di kedai pajak emas dll ):
CA RM22,500.00
3% dalam tempoh 50 hari = RM675.00
Baki = RM21,825.00

RM675.00 / 50 hari = RM13.50

(10 hari bekerja sebelum tamat 50 hari free interest) gi Balance Transfer 0% 6 bulan (Free caj) ke CC2

RM675.00 / 180 hari (6 bulan) = RM3.75 interest (faedah)

RM22,500.00 / 6 bulan = RM3750.00 sebulan

Loss Percentage 6 bulan :

RM675.00 / RM21,825.00 x 100% = 3.09%

(kalau guna duit CA ni dlm apa-apa pelaburan yg dibuat samaada LASB atau lain2 portfolio, profit yg perlu diperolehi ialah lebih dari 3.09% ke atas )

(kos CA yg di swipe di kedai pajak tidak sama dgn CA di kaunter bank2 @ ATM memandangkan CA di ATM @ kaunter melibatkan interest daily sehari selepas saja pemilik CC gunakan kemudahan CA )- minta sesapa yg mahir dan tahu kos bayaran dlm tempoh 50 hari melebihi kaedah ini atau sebaliknya..


Nota:


boleh otai2 jelaskan, samada untung atau rugi guna duit melalui sumber pajakan emas atau CA ni bagi tujuan digunakan sebagai modal bayar LASB RM200,000.00 (25 tahun) bayaran bulanan RM1200.00 sebulan = RM14,400.00 setahun ..

baik jika jumlah yang diperolehi cukup sekadar untuk serve LASB sehingga 1 cyle complete....14,400 sahaja...

Kaedah Emas vs LASB--->Harapan untuk emas naik?Anda kena yakinkan diri anda..supaya emas anda naik..Jika tidak anda umpama mengalas BIAWAK HIDUP dalam OPM anda...

Kaedah CA BT vs ASB/ASW/ASD--->Rujuk post-post lepas..

Kaedah CCSwipe 3% BT vs LASB--->Risk yang calculative dan pendapatan yang kuantitatif..Tapi malangnya BT 0% selama 6bulan agak singkat dan potential utk dapat extra ROI pun sedikit...kena nilaikan faktor Timeline anda berbaloi or tidak dengan usaha usaha yang anda buat ini...

Alang alang anda swipe dekat kedai emas tersebut,,convertkan pada 0% easy payment dengan kedai tersebut...rasanya 24bulan 36 bulan ada sesetengah CC company offer...

Selamat bro...semoga intact GOLD dan LASB anda...
 
thanks ..

nampak gaye 3 bulan kena ulang alik bank .. huhu .. lagi payah kalau 12 bulan tu .. :D

persoalan .. kalau dia x potong bulan pertama (immediate - sebab akaun kosong) .. adakah caj interest akan bertambah ( ala2 x bayar caj CC )?

Jika yang tiada upfront akan dikenakan denda cas RM2 jika duit tiada sehingga 5ptg setiap 1hb...

Jika yang ada upfront,,akan automatik tolak dari duit upfront..
Jika cas RM2 appear,,silalah rujuk secepat mungkin pihak bank dan nyatakan permasalahan tersebut...
 
salam tn ikeda..untuk yg penambahan loan 50k yg baru approve nie pegawai bank tersebut kata kena bayar cash 5% sbb MOA 95%.. dalam rm2500..

jadi duit nie akan diletakkan di mana??acc loan atau acc asb peminjam?? atau duit tersebut telah dibayar pada prinsipal loan.??

mintak pengmataharian bg yang arif..:)

bg acc ini saya juga dikenakan upfront 3 bulan..
 
Last edited:
salam tn ikeda..untuk yg penambahan loan 50k yg baru approve nie pegawai bank tersebut kata kena bayar cash 5% sbb MOA 95%.. dalam rm2500..

jadi duit nie akan diletakkan di mana??acc loan atau acc asb peminjam?? atau duit tersebut telah dibayar pada prinsipal loan.??

mintak pengmataharian bg yang arif..:)

Kepada principal anda...
Susah tentu anda sudah lebih 200k OPM..
TAHNIAH
 
Kepada principal anda...

owh..begitu..kiranya seperti membuat bayaran awal pada prinsipal la..

cuma rugi sebab x boleh maksimumkan kegunaan rm2500 tersebut sahaja la..

sbb sblm nie dh dua kali try >200k area KL MOA ttp 100%

tp kali nie dia mintak 5% pulak.. area jiran..

yg jadi persoalannya adalah sama ke jika byr 5% tersebut dengan byr asbrta cash??

adakah ia akan meningkatkan lg ROI??

sekali lg mohon pengmataharian...:)
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register