BTC USD 85,894.5 Gold USD 4,314.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Himpunan teknik teknik loan ASB

Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk bukan muslim,

Alhamdulillah, akhirnya tamat juga pengajian saya untuk thread ini. Terima kasih pada Tuan Ikeda, menzahirkan ruangan ilmiah sebegini. Membuka mata dan minda saya, golongan bumiputera dan pribumi yang lain. Setelah berbulan mentelaah thread ini, saya cuba tetapkan beberapa objektif dalam rancangan pelaburan saya.

1. ASBRTA akan mengurangkan keuntungan pelaburan kita, tetapi dalam masa yang sama akan memberi keuntungan jika sesuatu tidak diingini berlaku. Tempoh yang sesuai untuk tamatkan LASB adalah selepas 2 atau 3 tahun agar ASBRTA kita dapat dimanfaatkan tahap maksimum.

2. Bonus adalah sesuatu yang menguntungkan. Untuk mendapat bonus maksimum, kita haruslah sentiasa memiliki pelaburan dalam akaun ASB.

Jadi, berdasarkan teknik 4, Suami & Isteri Tuan Ikeda bincangkan di sini, saya cuba merangka satu rancangan pelaburan ASB, minta pendapat dan komen dari forumer sekalian.

Bermula Jan 2013, saya buka 2 akaun Lasb bernilai RM100,000 setiap akaun. Saya namakan LASB1 & LASB2. Bayaran bulanan sekitar RM1190 selama setahun.

Jan 2014 saya terminate akaun LASB1 dan dapat cash sekitar RM2015(principal) + RM2135(asbrta) + RM14600(Dividen). jumlah semua sekitar RM18450. Saya park di ASD/ASW/AS1M dll.

Kemudian saya apply LASB3 dengan limit baru RM115000. bayaran bulanan saya meningkat ke RM1257(anggaran kasar). Saya gunakan dividen tahun 2013 untuk jelaskan ansuran bulanan. Jumlahnya sekitar RM15100. Ini menghasilkan +cash sebanyak RM3650 (RM18450-RM15100=RM3650).

Jan 2015 saya terminate akaun LASB2 selepas 2 tahun, hasilnya saya mendapat cash sebanyak RM4038(Principal)+ 1700(asbrta)+ RM15330(dividen). total ialah RM21068. Tambah baki cash 2014 menjadi RM24718 (RM21068+RM3650=RM24718). Pengiraan ini tidak 100% tepat kerana asbrta bergantung kepada banyak faktor. Kemudian saya apply LASB4 maksimum limit RM115000. Jadi total LASB saya (LASB3+LASB4) menjadi RM230000 pada Jan 2015. Bayaran bulanan saya ialah RM 1345. Setahun saya bayar RM16140. +ve cash saya sebanyak RM8578. (RM24718 - RM16140 = RM8578++. Jumlah ini tidak termasuk compounding dividen dari amanah saham tempat saya parking cash sebelum buat bayaran bulanan ASB.

Jan 2016, saya terminate LASB3 Dan apply LASB5. Langkah ini saya akan ulang hingga maksimum.

Dengan cara ini saya dapat kekalkan baki minimum asb sebanyak RM100,000 setiap masa, dan selepas 10 tahun saya akan menikmati bonus tahunan purata 1% ke 2%(RM1000 ke RM2000). Manakala asbrta saya pula akan diterminate setiap 2 tahun. lebih berbaloi dari terminate setiap tahun.

Saya bukan seorang yang cekap Math & account, Kalau ada loophole & weakness dalam rancangan saya, harap teman2 boleh tegur sebelum saya teruskan rancangan pelaburan ini.

kenapa nak tunggu Jan2013?
kalau mula sekarang tak OK ke?
sempat dpt dividen tahun2012, 0.75x(4/12):):):)
kalau nak mula Jan2013, make sure urusan dibuat dlm December 2012.
 
baru selesai deposit semua duit saving dalam asb.. next step.. tunggu duit kwsp pulak hentam masuk asb..
 
baru selesai deposit semua duit saving dalam asb.. next step.. tunggu duit kwsp pulak hentam masuk asb..

Kalau epf investment, rasanya tak boleh invest utk asb.. Tapi ada fund pnb yg boleh, cer check kat asnb web.. Melainkan bawak kuar duit permanently sbb dah cukup umur :D
 
kenapa nak tunggu Jan2013?
kalau mula sekarang tak OK ke?
sempat dpt dividen tahun2012, 0.75x(4/12):):):)
kalau nak mula Jan2013, make sure urusan dibuat dlm December 2012.

Memang niat hati nak buat tahun ni gak, tapi ada urusan lain nak kena selesaikan dulu. Kna ikut nasihat Tuan Ikeda, selesaikan bad debt yang memiskinkan duit gaji bulanan. Insyaallah, lepas semua terkawal, baru mula mengorak langkah menjadi jutawan OPM.
 
Memang niat hati nak buat tahun ni gak, tapi ada urusan lain nak kena selesaikan dulu. Kna ikut nasihat Tuan Ikeda, selesaikan bad debt yang memiskinkan duit gaji bulanan. Insyaallah, lepas semua terkawal, baru mula mengorak langkah menjadi jutawan OPM.

Yup. Mana yg perlu diutamakan, mesti buat dulu.. Doakan dipermudahkan urusan. Harap LASB-i ni masih kekal lah sampai tuan sempat buat loan.. :)cgrock
 
Memang niat hati nak buat tahun ni gak, tapi ada urusan lain nak kena selesaikan dulu. Kna ikut nasihat Tuan Ikeda, selesaikan bad debt yang memiskinkan duit gaji bulanan. Insyaallah, lepas semua terkawal, baru mula mengorak langkah menjadi jutawan OPM.

ok, faham.
saya doakan semoga semuanya berjalan lancar.
sama2 lah kita menuju kehidupan yg lebih baik.
cuma saya takut T&C LASB ni berubah-ubah..
kalau menguntungkan kita OK la..
takutnya merugikan kita....naya..
 
owh...2 lasb dlm 1 akaun...sorry2..igtkan 2 lasb dlm 2 akaun berbeza...

mana boleh bro ,,, 1 asb utk 1org shj ... cthnya bebi aku yg sekrg

6 bulan ,dah ada acc remaja asb ,bila umurnya 18 thn ( kalau

tak silap la ) kena pi tukar buku jadi acc dewasa ,,, dan tak bole

buat acc dewasa baru..begitu jugak dgn acc TH atau as1m dan asw2020 ... acc saving

mbb pun tak boleh 2 acc yg sama ,,mcm aku acc gaji acc basic saving mbb( 4x free

wdrawal permonth ) , acc private aku = acc al wadiah basic mbb ( setahun kena cas rm20

dan wdrawal sesuka ati )

/////////////////////////////////////////////////////




kalu kita byr upfront..blh x srh pihak bank tolak dr prinsipal?

jawapan

upfront adalah pendahuluan utk byrn bulanan..bukan untuk reduce principal..

jika nk reduce principal perlulah bgtau pihak bank untuk byar principal..

tp xbole la dr duit upfront nie sbb upfront nie untuk slashkn komitmen anda supaya loan anda lepas..

contoh simple

salm ,, sori mencelah sikit ...aku bagi senario kes aku ... mei 2011 aku apply lasbi

100k ,, bila approve total loan+insurans menjadi rm 104k , so bulan2 kena byr rm624

selama 24 thn ( kes terlebih umur hehehe ) .. 624 adalah prinsipal + interest = benda

ni dah termaktub dlm aggrement ,, so takkan tolak prinsipal semata mata sbb bank nak

interest tu ,, so bila aku letak upfront ogos ,september ,okt n dec , aku kena 624x4

= 2495 = 4bulan prinsipal+4 bulan interst .... so begitu lah yg termaktub dlm aggremen

anda ,, so bila terminate ,baru dia akan tolak interest2 yg tak berkenaan dan lebihan

interest + prinsipal tu yg akan dapat balik , spt yg mr achik plan tuh ..
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register