BTC USD 83,220.0 Gold USD 4,114.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Himpunan teknik teknik loan ASB

loan asb rm50k aku dah approve.. baru bayaq upfront 12 bulan tadi.. :(( :((


takpa.. perit mula2.. moga bahagia menanti..
 
Mencecah page 239. Member2 suma dah pggil aku jadi kera sumbang. Bila la nak khatam ni..:-?
 
Beberapa risiko yg perlu diketahui dan Bgmna Menanganinya..

ok arr tuh... aku baru nk mula... dah leh wat upfront x yah pening2 pale nk byr lagik.. tgg dividen thn depan la.. hehehe :D

Selamat melabur tuan2. Bila dah menaiki bahtera, bersiap sedialah menghadapi gelora. Berikut adalah risiko..

1. OPR BNM yg menentukan turun naik BFR, seterusnya memberi kesan kepada ansuran bulanan.

Sekiranya OPR naik, BFR pun naik dan begitu juga bahagian keuntungan bank meningkat dan mengurangkan prinsipal. Jika ini terjadi, Bank akan menaikan ansuran bulanan bagi memastikan pembiayaan diselesaikan dalam tempoh perjanjian pembiayaan. Ingatlah ansuran bulanan itu TIDAK TETAP jika terjadi perkara sebegini.

2. Dividen ASB menurun. Ini akan menjejaskan strategi guna dividen utk byr ansuran tahun berikutnya.

3. Keadaan di mana anda tiada kemampuan utk membyr ansuran bulanan disebabkan sakit, dibuang kerja dll.

4. Apa yg pasti dalam dunia ini adalah MATI. Walaupun ada takaful, tentu Tuan merasakan sudah mencukupi utk diwarisi oleh mereka yg tersayang secara Faraid. Sebagai ingatan, harta simati akan terlebih dahulu ditolak semua kos pengkebumian dan hutang2; kemudiannya barulah diagihkan kpd waris2 Faraid mengikut pecahan bhgn2 di dalam hukum syariah. Anda boleh buat pengiraannya sekarang jika mahu tahu amaun sebenar yg bakal diperolehi oleh tersayang smda mencukupi atau langsung tidak.

Tapi sekiranya, yg meninggal adalah proksi anda. Adalah malang sekiranya tiada apa2 perjanjian bertulis atau wasiat, yg boleh menyebabkan anda langsung tak menerima apa2 dari ASB proksi anda itu.

Justeru itu disaran tabung kecemasan (seboleh2nya 6 bulan gaji dlm bentuk tunai di ASB) dan takaful yg memberi nilai wang sekiranya dlm rawatan hospital. Juga sediakan wasiat utk agihan buat yg tersayang. Rancanglah kewangan Islam secara menyeluruh..:)
 
Tu yg aku pelik..sbb br je ckp ngan officer mlalui telefon..Ari selasa depan..aku ada appointment dgn officer maybnk.nk tgk dia kira2 dpan aku..klu xpuas hati..aku issue letter..nnti aku tempek kek sini...wakil maybank LASB xnk jawap apa2 ke?

Apa cerita yer bro ayip.. ada apa2 berita x? mohon share2 lah kat sini kalau sudi.:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register