BTC USD 61,867.1 Gold USD 4,328.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hilang selepas kursus kahwin

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,505
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,505
Reaction score
38,198
Points
2,836
image.jpg

ALOR SETAR - Seorang ibu resah selepas anak gadisnya tidak pulang ke rumah di Kampung Mempelam, di sini, sebaik tamat menghadiri kursus kahwin kira-kira sebulan lalu.

Norhayati Kamis, 44, berkata, anak ketiganya, Norhanisah Jaafar, 19, pada awalnya mengikut seorang perempuan yang tidak dikenali sebaik tamat kelas kursus pra-perkahwinan.

Menurutnya, kehilangannya disedari tunang anaknya itu yang pada ketika itu datang ke tempat kursus terbabit untuk berjumpa.

“Anak saya jumpa tunang dia sekejap sebaik habis kelas, pada masa itu ada seorang wanita tak kenali bersamanya. Kemudian dia beritahu tunangnya nak ke pasar raya berdekatan untuk beli barang.

“Kira-kira selepas 15 minit menunggu, tunangnya naik ke pasar raya itu bersama seorang lagi anak saya yang datang untuk ambil Hanisah. Tetapi mereka tak jumpa Hanisah dalam pasar raya itu,” katanya kepada Sinar Harian selepas membuat laporan kali kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar, kelmarin.

Norhayati berkata, selepas seminggu kehilangan Norhanisah, dia terserempak dengan anaknya dekat Jalan Putra, di sini, bersama dua lelaki di dalam sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna hitam.

Katanya, dia cuba memberhentikan kereta terbabit tetapi pemandunya memecut laju.

“Saya kenal seorang daripada lelaki terbabit sebab dia berkawan dengan saya dan pernah datang ke rumah kami. Saya sekeluarga bimbang keadaan Hanisah,” katanya.

Dalam pada itu, lebih mengejutkan Norhayati sekeluarga apabila kakitangan sebuah stesen minyak di Sungai Petani datang ke rumahnya untuk menuntut wang RM20 kerana Norhanisah meletakkan kad pengenalannya sebagai cagaran untuk isi minyak kereta.

Katanya, difahamkan kereta itu sama dengan kereta yang dinaiki anaknya bersama dua lelaki yang ditemui sebelum itu.

“Saya tak tahu punca sebenar anak saya lari ikut lelaki itu dan kami juga sedang mengatur majlis kenduri kahwinnya bulan depan.

“Saya bimbang kalau terjadi apa-apa yang tidak diingini terhadap anak saya. Lebih-lebih lagi keadaan ayahnya yang tidak sihat selepas Hanisah tak balik,” katanya.

Menurutnya, dia yakin anaknya masih bersama lelaki berkenaan di sekitar Alor Setar tetapi gagal mengesan di mana mereka tinggal.

“Saya merayu supaya Hanisah pulang segera, kami sekeluarga susah hati terutama ayahnya yang sakit. Kami harap dia pulang dan berbincang dengan kami apa jua masalah dan kemahuannya.

“Kami juga berharap pihak polis dapat membantu kami untuk menjejaki Hanisah supaya anak saya pulang dalam keadaan selamat,” katanya.
 
ada kekasih lain ke..betol2 terdesak smpai tinggal ic nk isi minyak
 
first love comin back...
 
apa la buat macam ni.
kesian mak ayah..
 
rasa mcm kena kawin paksa je pempuan tue.. sebab tue lari..
 
atau dipergunakan oleh 2 lelaki yang larikan die tu, smp nak isi minyak pon cagar ic.. tak guna punya laki.
 
Back
Top
Log in Register