BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hikmah Berdiam

butterland

Legendary Member
gem
Messages
11,420
Joined
Jan 2, 2008
Messages
11,420
Reaction score
211
Points
123
HIKMAH BERDIAM DIRI

Manusia berbicara setiap masa.Bicara yang baik akan membawa keselamatan dan kebaikan kepadamanusia.Jika bicara tidak mengikut adabnya,manusia akan merana di dunia dan di akhirat.Di dunia akan dibenci oleh manusia lain manakala di akhirat bicara yang menyakiti hati orang lain akan menyebabkan kita terseksa kekal abadi di dalam neraka ALLAH S.W.T.Bagi mereka yang beriman,lidah yang dikurniakan oleh ALLAH itu tidak digunakan untuk berbicara sesukahati dan sia-sia.Sebaliknya digunakan untuk mengeluarkan mutiara-mutiara yang berhikmah.Oleh itu, diamadalah benteng bagi lidah manusia daripada mengucapkan perkataan yang sia-sia.


HIKMAH DIAM

1.Sebagai ibadah tanpa bersusah payah.
2.Perhiasan tanpa berhias.
3.Kehebatan tanpa kerajaan.
4.Benteng tanpa pagar.
5.Kekayaan tanpa meminta maaf kepada orang.
6.Istirehat bagi kedua malaikat pencatat amal.
7.Menutup segala aib.


Hadis-hadis Rasulullah mengenai kelebihan diam yang bermaksud:

“Barang siapa yang banyak perkataannya,nescaya banyaklah silapnya.Barang siapa yang banyak silapnya,nescaya banyaklah dosanya. Dan barang siapa yang banyak dosanya,nescaya neraka lebih utama baginya”.(RW ABU NAIM)

“Barang siapa yang beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat,maka hendaklah ia berkata yang baik atau diam”.(RW BUKHARI&MUSLIM)

“Barang siapa diam maka ia terlepas dari bahaya”.(RW AT-TARMIZI)


Madah dari hukama:Banyak diam tidak semestinya boDdo,banyak cakap tidak semestinya cerdik,kerana kecerdikan itubuah fikiran,orang cerdik yang pendiam lebih baik dari orang boDdo yang banyak cakap .Menasihati orang yang bersalah ,tidak salah.Yang salah memikirkan kesalahan orang itu.Kalau orang menghina kita,bukan kita terhina,yang sebenarnya orang itu menghina dirinya sendiri.Manusia tidak akan dapat mengalahkan syaitan kecuali dengan diam .Jalan yang terbaik ialah diam kalaukita tidak dapat bercakap ke arah perkara-perkara yang baik. Bicara yang baik adalah lambang hati yangbaik dan bersih yang bergantung kepada kekuatan iman pada diri manusia.


Sumber : SINI
 
lagi dan lagi.. aku perlu berdiam diri..
 
hikmah diam no. 7 tu baik untuk perempuan..:)) :)) :))
 
org pendiam susah dapat kawan.. betul ke?

Tak jugak..asalkn kita jujur dan ikhlas dlm berkawan..insya'Allah kita akan mendapat ramai kawan..tidak ramai kawan adalah lebih baik daripada ramai kawan kerana kadang2 bukan semua kawan yang jujur dan ikhlas untuk berkawan..
 
Back
Top
Log in Register