BTC USD 83,840.0 Gold USD 4,165.45
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Not Paying HIGHWAY GROUP RESOURCES (HGR) - highwaygroup2u.com

Fatwa pasal ni dah lama ada bro..janganla pasal duit ringgit kita jadi gelap mata sampai abaikan halal haram..dengan menggunakan nama "ustaz" kita terus percaya habis habisan, jangan lupa sekarang ramai gunakan agama untuk mengaut keuntungan

ni sy ambik dari laman web e-fatwa
Pada 30 April 2007, setelah meneliti dan membahaskan secara teliti mengenai Hukum Pelaburan Internet, Jawatankuasa Syariah Negeri Perlis sebulat suara membuat keputusan seperti berikut:

1. Akad melalui internet adalah sah sekiranya menepati syarat-syarat jual beli dan pelaburan yang ditetapkan oleh Islam

2. Sebarang pelaburan melalui internet yang mempunyai ciri-ciri berikut adalah haram, ciri-cirinya adalah:

i- Menetapkan kadar peratusan pulangan
ii- Menjamin modal dari sebarang kerugian adalah tidak sah akadnya dan semua pulangannya adalah riba" yang haram Justeru, semua jenis pelaburan yang mempunyai ciri yang disebutkan diatas sama ada melalui internet atau tidak, adalah diharamkan oleh Islam atas sebab-sebab riba' dan gharar

3. Beberapa contoh jenis pelaburan ini adalah ABB Fund, Winli Fund, Dana Futures, Arabic Fund, Buy Ebarrel, dan lain-lain yang sepertinya.

Mesyuarat menasihatkan orang Islam agar merujuk kepada Jabatan Pasaran Modal Islam Suruhanjaya Sekuriti bagi mendapatkan senarai pelaburan Islam yang halal

Mesyuarat turut membuat keputusan bahawa sebarang skim yang menawarkan pulangan mudah tanpa sebarang usaha atau cepat kaya adalah haram. Antara ciri-ciri mengenalpasti skim ini adalah:

1. Menawarkan pulangan tertentu dan tetap dalam masa tertentu tanpa melakukan sebarang kerja yang setimpal
2. Tiada penjualan barang yang sebenar
3. Mempromosikan komisyen dan sistem kaki lebih utama dari menjual produk sebenar
 
Tapi Highway BUKAN pelaburan atau perniagaan.
Bolehkah hukum diatas dikaitkan dgn bende2 yg bukan bidangnya?

Saya masih keliru.
 
paling lama pun hujung tahun ni je.klu tokey x lari BNM mari
 
Jom kita main teka-teka.. sampai bulan/tahun berapa kah Highway akan bertahan?

Jom sama-sama bagi SATU jawapan masing-masing.

Nanti bila betul2 lingkup.. kita review sapa antara ahli nujum yg bijaksana itu.. Boleh buat prediction utk HYIP yg lain pulak :D

Siapa teka dgn betul nanti.. aku akan bank in kan RM10 ke acct kamu.. sumpah !!
 
Peserta TEKA HAYAT Highway:

1. MOHDNOR - December 2016
2. next?
 
Back
Top
Log in Register