BTC USD 84,354.1 Gold USD 4,151.22
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Not Paying HIGHWAY GROUP RESOURCES (HGR) - highwaygroup2u.com

Bagi yang malas membaca dan nak KAYA cepat.. refresh your mind.. hehe

Photo_14_01_2016_10_53_06_PM.jpg
 
Seperti aku katakan dulu..

YANG DILUAR NI MELALAK KOSONG.. TIN KOSONG SAJA
BERFIKIRAN NEGATIVE.
MENILAI SEMUA BENDE TANPA SELIDIK.

Takpe boh.. asal ko bahagia.

semua hyip pun sama skim piramid..yang akan binasa orang bawah nanti..semoga bro bergembira dengan kesengsaraan yang akan dialami oleh orang-orang yang bakal teraniaya..
 
semua hyip pun sama skim piramid..yang akan binasa orang bawah nanti..semoga bro bergembira dengan kesengsaraan yang akan dialami oleh orang-orang yang bakal teraniaya..

mungkin tahun ni menjadi tahun yang ke-11 untuk tt (merujuk kepada 1st post thread ni, perenggan pertama)

moga² tidak berlaku lagi...amin.
 
Hari ini leader2 akan mula sibuk membuat pembayaran duit saraan bulanan ahli. Targetnya mesti tidak melebihi 20hb seperti yg ditetapkan.

MEREKA BEKERJA KERAS.

Aku dah dapat $1,000 semalam.. adalah antara org2 terawal.

Highway is AWESOME. :)paid

tabuq_duit_4.jpg

Tanda tanda MLM...money game...tayang DUIT DUIT DUIT...

Masih lagi percaya kepada Highway...

:):):):)...
 
mungkin tahun ni menjadi tahun yang ke-11 untuk tt (merujuk kepada 1st post thread ni, perenggan pertama)

moga² tidak berlaku lagi...amin.

Amiin.. semoga impian saya tercapai. :)paid

Semoga Allah memberkati hidup saudara.
 
semua hyip pun sama skim piramid..yang akan binasa orang bawah nanti..semoga bro bergembira dengan kesengsaraan yang akan dialami oleh orang-orang yang bakal teraniaya..


dengarlah saudara2 ku yang ku kira cerdik pandai

wahai orang-orang yang tak berduit

mengapa kamu mencari nahas bermain di thread hyip ini

walhal kamu tahu risikonya

apa benda yang kamu cari disini?

Jangan dirisikokan duit mu yang cuma cukup makan

buatlah pilihan bijak dan manfaatkan masa mu
 
Tanda tanda MLM...money game...tayang DUIT DUIT DUIT...

Masih lagi percaya kepada Highway...

:):):):)...

Bukan masalah percaya atau tidak dgn Highway.

Aku tengok dari segi PRESTASI nya.

Sepanjang aku tahu Highway, mereka membuat pembayaran tepat pada setiap masa

10 hb
20 hb
30 hb

Dan aku memerhati sepanjang masa.

JANJI TETAP DIKOTAKAN
 
Apabila salah seorang leader yang sibuk menyiapkan saraan bulanan 20hb utk ahli-ahli Highway.

Disuruhnya check dan recheck bank account detail masing2 sblm pembayaran dibuat.

Telitinya kerja seorang leader Highway utk nak memastikan pembayaran dilakukan dengan sempurna mungkin.

Adakah HYIP yg lain ada buat sedemikian??

acct1.jpg


acct2.jpg
 
insaf2 la bro..sanggup bagi anak bini, mak ayah makan duit haram


Pelaburan Hasil Tetap (Fixed Income) dari perspektif Fiqh Muamalah

Dalam pada kita mengejar keuntungan dan kekayaan dunia akibat sara hidup yang kian meningkat hari demi hari. Ramai orang Islam dengan mudah terpedaya dengan segala macam skim pelaburan yang menjanjikan mereka kekayaan dengan cara yang dianggap mudah, tanpa menyelidik hukum hakam (halal haram) atau dalam erti kata lain akibat kejahilan dalam ilmu fiqh muamalah.

Secara umumnya, pulangan hasil tetap bermaksud suatu deposit yang telah diberikan kepada suatu badan pelaburan, perniagaan dengan harapan mendapat suatu pulangan berkadar tetap pada suatu tempoh masa yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.Sudah semestinyalah ahli-ahli, atau individu yang mendepositkan wang mereka hanya perlu duduk diam tanpa berbuat apa-apa kerana badan pelaburan atau perniagaan tersebut akan bekerja bagi pihak mereka. Inilah pemahaman pincang dalam beberapa system pelaburan atau perniagaan ala-ala MLM,skim cepat kaya, wang pos dan segala macam nama baru yang muncul dengan jelas tidak berpaksi pada sistem pelaburan dan perniagaan seperti mana yang telah digariskan di dalam Islam, akhirnya sistem ini semua hanya menjerumuskan individu dan ahli-ahlinya ke kancah riba!

Dan sistem pelaburan dan perniagaan sebegini amat banyak melibatkan orang-orang berbangsa Melayu yang kebanyakkan mereka ini terpedaya dengan sistem kononnya melaburkan sejumlah duit, tanpa perlu usaha dan hanya meletakkan harapan yang menggunung bagi mendapatkan pulangan yang tinggi. Hatta mereka Berjaya mendapatkan sejumlah duit yang dijanjikan, maka transaksi sedemikian tetap menyebabkan jumlah duit yang diperolehi itu tidak menepati sistem pelaburan yang diiktiraf di dalam Islam.

Hal ini adalah kerana pelaburan di dalam Islam diiktiraf selagi mana ianya tidak menjamin sebarang keuntungan yang tetap, seolah-olah para pelabur dijanjikan keuntungan yang pasti walhal ketentuan masa depan masih samar-samar yang mana pelaburan itu terdedah kepada segala macam kemungkinan dan ketidak pastian yang mungkin berlaku. Pelaburan dan perniagaan sedemikian, hanya menguntungkan sebelah pihak dan sekiranya perniagaan tersebut tidak mendapat keuntungan maka pihak yang telah berusaha itu terpaksa membayar para pelabur seperti mana yang dijanjikan. Conoth mudah, jika ada yang mengatakan dengan meletakkan RM500 dalam satu prospek pelaburan, pihak pengusaha akan memberikan RM1000 tunai sebagai keuntungan hasil kerjasama dalam tempoh dua bulan akan datang. Ini sekaligus menunjukkan satu perjanjian telah termeterai bahawasanya RM500 sebagai modal itu dijanjikan pulangannya bersama dengan RM1000 sebagai keuntungan hasil pelaburan. Dari sudut lainnya, sekiranya pihak pengusaha gagal dalam perniagaannya, mereka tetap perlu membayar RM1500 kepada pihak pelabur akibat janji mereka.

Pelaburan yang diiktiraf Islam tidak dibenarkan menjamin sebarang keuntungan, hanya anggaran dan andaian sahaja serta pihak pengurusannya tidak membuat sebarang janji untuk memberi untung itu. Ini adalah dibenarkan berdasarkan fakta atau nilai anggaran yang merupakan historical value hasil keuntunggan yang pernah dihasilkan, ia selalunya dalam bentuk peratusan dan bukannya bernilai tetap. Contoh mudah, pihak pengusaha menganggarkan pihak pelabur yang melabur dalam perniagaan mereka berkemungkinan mendapat 5% keuntungan daripada modal yang dilaburkan memandangkan hasil kiraan mereka daripada keuntungan silam, ini menunjukkan pihak pengusaha mampu menganggarkan keuntungan yang bakal mereka perolehi.

Perlu kita fahami bahawa mengikut teori keuntungan juga ialah “risk and return have direct relationship” yang mana kita ketahui sebagai trade-off concept. Secara ringkasnya lebih tinggi risiko, maka lebih tinggi pulangannya. Manakala jika risiko itu rendah, maka pulangan yang diperolehi juga adalah rendah. Justeru jika ada yang cuba melawan konsep ini melalui sistem pelaburan mereka, ianya perlu ditelusuri dengan teliti dari perspektif Islam. Dalam erti kata lain, ini bermakna keuntungan itu bukanlah tetap tanpa ada sebarang risiko,oleh itu dalam pelaburan sebenar yang diperbolehkan ialah hanya andaian dan bukannya penetapan.Is just potential not actual!

Jaminan untung tertentu dalam sebarang kontrak pelaburan adalah telah sepakat seluruh ulama sebagai haram kerana ia adalah Riba. Hadith Nabi yang telah dijadikan Kaedah Fiqh menyebut :

"(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika melibatkan jual beli)" [Hadith riwayat Imam As-Syafie, Imam Ahmad, Imam Ibn Hibban, Imam Abu Daud : no 3508 ; Menurut Syaikh Albani : Hadith ini Hasan]

Jangan akibat ketamakan kita pada harta dunia, di akhirat kelak kita sengsara
 
Back
Top
Log in Register