ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Wan Mohd Akmal Hakim Abd Wahab (kanan) dan Yusof Ahmad, 16 menguis tompokan cecair hitam yang dipercayai minyak yang mencemari pantai Kampung Pelindung, Beserah, kelmarin. - Foto Bernama
KUANTAN - Pencemaran minyak di pesisir pantai di daerah ini akan memberi kesan bukan sahaja kepada kehidupan laut tetapi juga masyarakat.
Pengarah Institut Oceanografi dan Pengajian Marin Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Madya Dr Mohd Kamil Abdul Rashid berkata, kandungan minyak yang mengandungi toksik akan mendatangkan kesan fizikal kepada kehidupan.
Dr Mohd Kamil juga bimbang hidupan laut terutama yang boleh dimakan akan dicemari sisa toksik.
"Penduduk tidak boleh lagi mengutip siput atau kerangan laut kerana bimbang akan dicemari toksik selepas lebih seminggu minyak mencemari pantai," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Beliau berkata, orang ramai juga diminta tidak mandi atau melakukan sebarang aktiviti pantai kerana terdedah dengan pencemaran.
Katanya, beberapa pantai di sini terdedah dengan tumpahan minyak sekali gus mengundang masalah kesihatan jika terdedah secara terus akibat kandungan tar selain toksik.
Sebelum ini, beberapa penduduk di Beserah dan Sungai Karang mengadu tidak dapat menikmati siput kegemaran mereka selepas menyedari kewujudan tompokan minyak di pantai berkenaan.
Sinar Harian melaporkan aduan orang ramai mengenai tumpahan minyak pada 19 Mac lalu yang disedari berlaku sejak tiga hari sebelum itu.
Bagaimanapun, sehingga kini, tumpahan itu belum dapat disahkan puncanya dan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta Alam Flora Sdn Bhd sudah mengadakan beberapa pembersihan dan pemantauan di kawasan terbabit.
Beberapa pantai yang tercemar adalah Pantai Gebeng, Pantai Sungai Ular, Pantai Beserah dan Sungai Karang dan Pantai Cherok Paloh.