BTC USD 85,567.5 Gold USD 4,140.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

hidup tanpa agama

Agak-agak kalau Iblis tak ada, manusia akan jadi macam malaikat baiknya ke? Atau manusia tetap akan menjadi manusia, selalu buat jahat?

mana boleh kalau iblis x ada,, ia wujud sebelum manusia lg,, jd mana boleh kata kalau ia tak ada,,,

manusia baik atau jahat

terpulang pada manusia itu sendiri
ikut AL-QURAN DAN SUNNAH NABI SELAMAT DUNIA AKHIRAT

ikut iblis atau lebih merbahaya lg ikut hawa nafsu ,,sesat le jadinya...
 
Bahayanye ajaran ni,masih beriman ke kalo menganut ajaran islam sekular ni.
 
Itulah isunya di sini. Bukan sebab iblis.

isunya apa...

iblis/pemimpin sesat itu penyeru kearah kejahatan/neraka...

sedangkan Nabi/ulama/pemimpin adil menyeru kearah kebenaran/syurga

jadi terpilih manusia itu sendiri mahu ikut yg mana..
 
Iblis terus bekerja keras tanpa rehat sedikit pun untuk memastikan manusia mengikuti telunjuknya. ia terus

menghiasi manusia dgn pelbagai fahaman sesat yg cuba memisahkan agama dari kehidupan. itulah yg dinamakan dgn

gaya hidup 'sekular'.

Sekular atau dalam bahasa arabnya dipanggil 'al-ilmaniyyah' diambil dari perkataan ilmi (dalam bahasa arab

'ain, lam dan mim). kononya dari segi mafhum, ia bermaksud mengangkat martabat ilmi, jadi ia tidak bercanggah

dgn mafhum islam yg juga menjadikan ilmu sebagai satu perkara penting bagi manusia dan menyeru kpd ilmu sejak

wahyu pertama lagi.


Tetapi sebenarnya penterjemahan kalimah sekular kepada 'al-'ilmaniyyah' hanyalah satu tipu daya dan

berselindung di sebalik slogan ilmu.

Sebenarnya kalau diperhatikan makna tersirat bagi sekular ialah 'al-ladiniyyah' yakni tanpa agama atai

'al-la'aqidah' yakni tanpa akidah.

Tokoh pemikir islam prof. dr. yusuf al-qaradhawi pernah menyebut perkara ini di dalam penulisannya tentang

sekularisme.
Istilah 'al-ilmaniyyah' dipilih untuk mengabui mata umat islam agar menerimanya kerana jika digunakan istilah

'al-ladiniyyah' atau al-la'aqidah' , sudah pasti umat islam akan menolaknya.

sebab itulah kita merasakan betapa jahatnya penterjemahan sekular kepada istilah 'al-ilmaniyyah' dgn tujuan

mengaburi mata dan betapa jahatnya golongan ini yg ingin menutup perbuatan mereka tanpa diketahui oleh

kebanyakan orang.

Bagi anak didik sistem sekular, mereka tidak segan silu menerima dan bermati-matian mendokongnya kerana mereka

memang telah diPROGRAMKAN untuk menyebarkan fahaman sekularisme.

Namun bagi ulama-ulama islam yg faham hakikat sebenar makna islam, mereka bermati-matian pula menentang

penyebaran fahaman ini yg jelas bertentangan dgn hakikat islam.

Jadi sudah tentu berlaku satu pertembungan antara pendokong sekularisme dan ulama-ulama islam dalam

mempertahankan 'hakikat' masing-masing.

Eropah pernah tenggelam dgn darah mangsa-mangsa pihak gereja apabila ratusan malah ribuan orang mati di dalam

penjara dan tali gantung. Dengan sebab ini berlakulah pertembungan antara gereja dan sains yang akhirnya

tertegaklah fahaman sekularisme yang bererti ' memisahkan agama(kristian) dari negara'.

Suasana kacau bilau dalam agama kristian hasil penyelewengan yang berlaku dalamnya (ia berpunca dari

perancangan yahudi) memungkinkan tertegaknya fahaman sekularisme di samping agama kristian yang sedia ada.

Sekularisme adalah suatu kepercayaan atau fahaman yang menganggap bahawa urusan keagamaan atau ketuhanan atau gereja tidak harus dicampurkan dengan urusan negara, politik dan pentadbiran. Ringkasnya sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan antara agama dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Yang jelas menurut fahamn sekular, soal bernegara, berpolitik, berekonomi dan sebagainya tidak ada kaitan dengan soal agama atau gereja.



DIMURKAI ALLAH

Apabila fahama sekularisme ingi dipindahkan dari barat ke timur, golongan ini tidak menyedari (secara sengaja atau tidak) suasana di timur yg berpegang kuat dengan agama islam. Sudah pasti ia tidak sekali-kali merelakan pemisahan agama(islam) dari negara. Keadaan dalam islam tidak sama dengan apa yang terjadi dalam kristian di mana sepanjang sejarah islam tidak ada penzaliman terhadap penganutnya.
Begitu juga islam tidak membenarkan pemisahan agama(islam) dari negara kerana negara mengikut fiqh islam ialah sebahagian dari agama bukanya satu perkara yang berasingan.

Dalam islam, tidak mungkin tertegaknya agama(dengan sempurna) tanpa negara (yang boleh menguatkuasakan undang-undang agama)

Al-syahid Hasan al-banna dalam 'majmu'ah rasa'il' menegaskan bahawa islam merupakan sistem sempurna yang merangkumi urusan kehidupan manusia semuanya. IA merangkumi negara, kerajaan, rakyat, akidah, syariat, akhlak, ekonomi, keadilan, undang-undang, ilmu, jihad, dakwah, tentera dan lain-lain. Pendak kata tidak ada perkara yang dibiarkan melainkan islam merangkuminya.

Allah telah menegaskan dalam Al-quran bahawa agama yang diredhainya hanyalah agama islam yang suci. Jadi untuk menyamakan islam dengan agama kristian dan percubaan memasukan fahaman sekular ke dalam islam adalah satu kesilapan dan jenayah yang besar. ia termasuk di antara sifat atau perbuatan yang dimurkai Allah. oleh adil akhyar dalam buku janji & sumpah iblis

aku salah taip...:">

pembetulan
ilmi sebetulnya ilmu
 
Bahayanye ajaran ni,masih beriman ke kalo menganut ajaran islam sekular ni.

tu yg patut risau sgt..

Dari Auf bin Malik, dia berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda:"Yahudi telah berpecah menjadi 71 golongan, satu golongan di surga dan 70 golongan di neraka. Dan Nashara telah berpecah belah menjadi 72 golongan, 71 golongan di neraka dan satu di surga. Dan demi Allah yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya umatku ini pasti akan berpecah belah menjadi 73 golongan, satu golongan di surga dan 72 golongan di neraka." Lalu beliau ditanya: "Wahai Rasulullah siapakah mereka ?" Beliau menjawab: "Al Jamaah." HR Sunan Ibnu Majah

kalau terkeluar dr golongan Al Jamaah habis le,, puasa,solat cuma letih saja sebabnya akidahnya salah...
 
Agak-agak kalau Iblis tak ada, manusia akan jadi macam malaikat baiknya ke? Atau manusia tetap akan menjadi manusia, selalu buat jahat?

Ahhh ini semua salah Iblis!

ataupun salah Anwar.
 
Tetapi ada satu soalan.

Kalau manusia dihasut oleh saiton untuk melakukan kejahatan.

Jadi, siapa pula yang menghasut saiton untuk melakukan kejahatan dan kemungkaran? :-?
 
tu yg patut risau sgt..

Dari Auf bin Malik, dia berkata bahwa Rasulullah Saw bersabda:"Yahudi telah berpecah menjadi 71 golongan, satu golongan di surga dan 70 golongan di neraka. Dan Nashara telah berpecah belah menjadi 72 golongan, 71 golongan di neraka dan satu di surga. Dan demi Allah yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya umatku ini pasti akan berpecah belah menjadi 73 golongan, satu golongan di surga dan 72 golongan di neraka." Lalu beliau ditanya: "Wahai Rasulullah siapakah mereka ?" Beliau menjawab: "Al Jamaah." HR Sunan Ibnu Majah

kalau terkeluar dr golongan Al Jamaah habis le,, puasa,solat cuma letih saja sebabnya akidahnya salah...

bahayanye,dalam 73 hanya 1 masuk syurga,adakah kita dari kalangan 1 golongan tu atau 72 golongan tu???
cmne nak pastikan yg kita berada dalam golongan yang betul.
 
Back
Top
Log in Register