BTC USD 84,857.0 Gold USD 4,140.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

hidup tanpa agama

alhelmi8

Fun Poster
Messages
337
Joined
Oct 20, 2011
Messages
337
Reaction score
2
Points
15
Iblis terus bekerja keras tanpa rehat sedikit pun untuk memastikan manusia mengikuti telunjuknya. ia terus

menghiasi manusia dgn pelbagai fahaman sesat yg cuba memisahkan agama dari kehidupan. itulah yg dinamakan dgn

gaya hidup 'sekular'.

Sekular atau dalam bahasa arabnya dipanggil 'al-ilmaniyyah' diambil dari perkataan ilmi (dalam bahasa arab

'ain, lam dan mim). kononya dari segi mafhum, ia bermaksud mengangkat martabat ilmi, jadi ia tidak bercanggah

dgn mafhum islam yg juga menjadikan ilmu sebagai satu perkara penting bagi manusia dan menyeru kpd ilmu sejak

wahyu pertama lagi.

Tetapi sebenarnya penterjemahan kalimah sekular kepada 'al-'ilmaniyyah' hanyalah satu tipu daya dan

berselindung di sebalik slogan ilmu.

Sebenarnya kalau diperhatikan makna tersirat bagi sekular ialah 'al-ladiniyyah' yakni tanpa agama atai

'al-la'aqidah' yakni tanpa akidah.

Tokoh pemikir islam prof. dr. yusuf al-qaradhawi pernah menyebut perkara ini di dalam penulisannya tentang

sekularisme.
Istilah 'al-ilmaniyyah' dipilih untuk mengabui mata umat islam agar menerimanya kerana jika digunakan istilah

'al-ladiniyyah' atau al-la'aqidah' , sudah pasti umat islam akan menolaknya.

sebab itulah kita merasakan betapa jahatnya penterjemahan sekular kepada istilah 'al-ilmaniyyah' dgn tujuan

mengaburi mata dan betapa jahatnya golongan ini yg ingin menutup perbuatan mereka tanpa diketahui oleh

kebanyakan orang.

Bagi anak didik sistem sekular, mereka tidak segan silu menerima dan bermati-matian mendokongnya kerana mereka

memang telah diPROGRAMKAN untuk menyebarkan fahaman sekularisme.

Namun bagi ulama-ulama islam yg faham hakikat sebenar makna islam, mereka bermati-matian pula menentang

penyebaran fahaman ini yg jelas bertentangan dgn hakikat islam.

Jadi sudah tentu berlaku satu pertembungan antara pendokong sekularisme dan ulama-ulama islam dalam

mempertahankan 'hakikat' masing-masing.

Eropah pernah tenggelam dgn darah mangsa-mangsa pihak gereja apabila ratusan malah ribuan orang mati di dalam

penjara dan tali gantung. Dengan sebab ini berlakulah pertembungan antara gereja dan sains yang akhirnya

tertegaklah fahaman sekularisme yang bererti ' memisahkan agama(kristian) dari negara'.

Suasana kacau bilau dalam agama kristian hasil penyelewengan yang berlaku dalamnya (ia berpunca dari

perancangan yahudi) memungkinkan tertegaknya fahaman sekularisme di samping agama kristian yang sedia ada.

Sekularisme adalah suatu kepercayaan atau fahaman yang menganggap bahawa urusan keagamaan atau ketuhanan atau gereja tidak harus dicampurkan dengan urusan negara, politik dan pentadbiran. Ringkasnya sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan antara agama dan kehidupan dunia seperti politik, pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Yang jelas menurut fahamn sekular, soal bernegara, berpolitik, berekonomi dan sebagainya tidak ada kaitan dengan soal agama atau gereja.

DIMURKAI ALLAH

Apabila fahama sekularisme ingi dipindahkan dari barat ke timur, golongan ini tidak menyedari (secara sengaja atau tidak) suasana di timur yg berpegang kuat dengan agama islam. Sudah pasti ia tidak sekali-kali merelakan pemisahan agama(islam) dari negara. Keadaan dalam islam tidak sama dengan apa yang terjadi dalam kristian di mana sepanjang sejarah islam tidak ada penzaliman terhadap penganutnya.
Begitu juga islam tidak membenarkan pemisahan agama(islam) dari negara kerana negara mengikut fiqh islam ialah sebahagian dari agama bukanya satu perkara yang berasingan.

Dalam islam, tidak mungkin tertegaknya agama(dengan sempurna) tanpa negara (yang boleh menguatkuasakan undang-undang agama)

Al-syahid Hasan al-banna dalam 'majmu'ah rasa'il' menegaskan bahawa islam merupakan sistem sempurna yang merangkumi urusan kehidupan manusia semuanya. IA merangkumi negara, kerajaan, rakyat, akidah, syariat, akhlak, ekonomi, keadilan, undang-undang, ilmu, jihad, dakwah, tentera dan lain-lain. Pendak kata tidak ada perkara yang dibiarkan melainkan islam merangkuminya.

Allah telah menegaskan dalam Al-quran bahawa agama yang diredhainya hanyalah agama islam yang suci. Jadi untuk menyamakan islam dengan agama kristian dan percubaan memasukan fahaman sekular ke dalam islam adalah satu kesilapan dan jenayah yang besar. ia termasuk di antara sifat atau perbuatan yang dimurkai Allah. oleh adil akhyar dalam buku janji & sumpah iblis
 
Iblis terus bekerja keras tanpa rehat sedikit pun untuk memastikan manusia mengikuti telunjuknya. ia terus menghiasi manusia dgn pelbagai fahaman sesat yg cuba memisahkan agama dari kehidupan. itulah yg dinamakan dgn
gaya hidup 'sekular'.

Hakikatnya syaitan tiada kuasa pun terhadap manusia untuk disesatkan jika Allah tidak izinkan:

"Dan sememangnya tiadalah bagi Iblis sebarang kuasa untuk menyesatkan mereka, melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah yang benar-benar beriman kepada hari akhirat dan siapa pula yang ragu-ragu terhadapnya. Dan (ingatlah) Tuhanmu sentiasa mengawal serta mengawasi tiap-tiap sesuatu". (Saba:21)

Bila Allah lepaskan seseorang itu dari jagaan Allah maknanya Allah izinkan syaitan dorong dia buat dosa.

Jika Allah nak masukkan manusia ke neraka maka Allah izinkan syaitan sesatkan jadi mereka itu akan melanggar
perentah Allah.

Jika Allah nak masukkan golongan itu ke neraka maka mereka akan ikut fahaman sekular yg saudara ceritakan.
 
biasalah manusia. setiap kali diri sndiri yg salah maka di cari benda lain utk disalah kan.. padahal diri mereka sndiri yang kalah dgn nafsu yg ada dalam diri..
 
hidup tanpa agama...?

tidak malu ke kita terhadapa allah? sedangkan nafas yg kita ambik nie hak allah....
 
biasalah manusia. setiap kali diri sndiri yg salah maka di cari benda lain utk disalah kan.. padahal diri mereka sndiri yang kalah dgn nafsu yg ada dalam diri..

"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? "(Balad:10)
 
"Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? "(Balad:10)

jadi manusia sndiri lah yg memilih jalan mana yg nak di ikut
 
Pada pendapat saudar? mcm mn.

iblis syaitan mmg dah keja mereka utk menguji iman manusia. yg kita ni di berikan akal utk berfikir mana baik dan buruk. jadi pilihan ditangan kita sama ada nak ikut mereka atau tak. jadi jika kita yg pilih utk ikut, kenapa pula mereka yg nak disalahkan? kitalah yg salah :)
 
Ya betol tu sbb:

Dan dia (syaitan) bersumpah kepada keduanya (Adam dan Hawa). "Sesungguhnya aku adalah termasuk orang yang memberi nasehat kepada kamu berdua", (Al A'raaf : 21)

Nasihat dari syaitan, pilihan pada kita dgn izin Allah.
 
Iblis terus bekerja keras tanpa rehat sedikit pun untuk memastikan manusia mengikuti telunjuknya.

Agak-agak kalau Iblis tak ada, manusia akan jadi macam malaikat baiknya ke? Atau manusia tetap akan menjadi manusia, selalu buat jahat?
 
Back
Top
Log in Register