BTC USD 61,411.7 Gold USD 4,345.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hidup dalam 'peti sejuk'

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,502
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,502
Reaction score
38,198
Points
2,836
sejuk4.jpg.transformed.jpg

PEMANDANGAN dari udara sebuah lombong di Norilsk​

sejuk3.jpg.transformed.jpg

SALJI tebal meliputi sebuah bangunan usang​

sejuk1.jpg.transformed.jpg

KEADAAN di dalam sebuah bangunan dipenuhi salji tebal​

Kehidupan penduduk di Norilsk, sebuah bandar terpencil Siberia di Russia boleh dianggap seperti berada di dalam peti sejuk kerana hampir sepanjang tahun dilanda cuaca sejuk melampau

Suhu purata bandar itu adalah -10 darjah Celsius dan boleh mencapai suhu serendah -55 darjah Celsius pada musim sejuk yang tidak berkesudahan

Pada setiap tahun terdapat dua bulan di mana penduduk di bandar ini terpaksa berdepan dengan kegelapan sepanjang hari

Keadaan yang dikenali sebagai malam polar ini berlaku di kawasan utara dan selatan Bulatan Artik akibat tidak menerima cahaya matahari yang mencukupi

Lebih teruk lagi, penduduk di bandar ini terpaksa berdepan dengan salji yang turun selama lapan hingga sembilan bulan pada setiap tahun

Bagaimanapun, bandar yang terletak kira-kira 402 kilometer dari Bulatan Artik ini kaya dengan hasil bumi seperti nikel dan tembaga menjadikan industri perlombongannya berkembang pesat

Kekayaan hasil bumi ini menjadi satu-satunya faktor mengapa manusia sanggup tinggal di Norilsk

Sejarah Norilsk bermula apabila tahanan Gulag digunakan bagi mengembangkan penempatan Siberia itu pada 1935 dan dalam tempoh 20 tahun lebih 500,000 tahanan terbabit dalam pembinaannya

Sepanjang pembinaan, ribuan tahanan kehilangan nyawa

Hari ini, Norilsk bandar yang terletak paling utara di bumi, mempunyai 170,000 penduduk

Jurugambar Russia, Elena Chernyshova menghabiskan beberapa minggu di sana untuk projek foto yang bertajuk ‘Days Of Night - Nights Of Day.

Beberapa gambar menunjukkan penduduk berjemur, berkelah dan berparti untuk memanaskan badan ketika musim sejuk

Cuaca sejuk melampau menyebabkan tempat untuk bersukan, beli-belah dan perjumpaan sosial diadakan di dalam bangunan

Kanak-kanak sering menghabiskan beberapa bulan di dalam rumah, mujur bandar itu mempunyai bangunan besar tempat mereka menikmati aktiviti riadah seperti berbasikal dan bermain

Norilsk pertama kali diteroka pada awal 1900-an selepas penemuan mineral berharga di kaki gunung Putorana

Pada 1935, Kesatuan Soviet mula membina sebuah kompleks perlombongan untuk mengekstrak mineral berkenaan

Banduan dipaksa bekerja di lombong itu menyebabkan ramai yang mati di tanah terbiar di Artik ini

Selepas kejatuhan Kesatuan Soviet pada 1991 bandar itu terus berkembang pesat dan menjadi peneraju dunia dalam pengeluaran nikel dan palladium

Ia menyumbang kepada dua peratus Keluaran Dalam Negara Kasar Russia

Tetapi keadaan pekerja di sektor pelombongan masih belum baik

Pampasan yang diberikan adalah cuti panjang 90 hari setahun dan bersara ketika usia 45 tahun

Norilsk secara konsisten berada dalam senarai 10 teratas bandar paling tercemar di bumi akibat aktiviti perlombongan

Setiap tahun, lebih dua juta tan gas (terutamanya sulfur dioksida, nitrogen oksida dan fenol) dibebaskan ke udara

Jangka hayat bandar ini kurang 10 tahun daripada kawasan lain di Russia, dengan risiko kanser dua kali lebih tinggi dan peningkatan penyakit pernafasan

Beberapa kajian menunjukkan kualiti udara adalah punca 37 peratus kematian kanak-kanak dan 21.6 peratus orang dewasa di bandar itu
 
sejuk gedik gitu jenuh nak tidoq tk boleh...
 
enjin kereta kalu off terus xhidup
 
Rupanya palladium ni sejenis mineral dalam bumi..baru ku tahu..haha..

P/s: pernah pakai baju brand palladium dlm era thn 90an dulu..popular brand ni ms tu..hehehe..
 
Tak yah basuh baju la nmpknya,, klu basuh tak kering.. Haha..
 
Back
Top
Log in Register