BTC USD 83,672.5 Gold USD 4,190.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hidup 2 kali dan Mati 2 Kali

Singa mabuk minum todiyy... nko yang buka thread, aku pula jelaskan..
aku nak tengok apa nko nak kencing... :eek:

nko tukar gambar ni lagi bagus.. hehe :eek:

Funny-Lion-13.jpg
Nko masih lagi SPIN tk mau jelaskan.. Bererti nko ini sembunyi dlm tempurung sendiri
 
bukankah ada 1 kisah dlm al-quran menceritakan ttg 1 kisah yg mna didihidupkan kembali setelah dimatikan selama seratus tahun..
 
bukankah ada 1 kisah dlm al-quran menceritakan ttg 1 kisah yg mna didihidupkan kembali setelah dimatikan selama seratus tahun..
[Surah Al-Kahf 18:9] Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

[Surah Al-Kahf 18:25]Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).
 
Atau (tidakkah engkau pelik memikirkan wahai Muhammad) tentang orang yang melalui sebuah negeri yang telah runtuh segala bangunannya, orang itu berkata: "Bagaimana Allah akan menghidupkan (membina semula) negeri ini sesudah matinya (rosak binasanya)? " Lalu ia dimatikan oleh Allah (dan dibiarkan tidak berubah) selama seratus tahun, kemudian Allah hidupkan dia semula lalu bertanya kepadanya: "Berapa lama engkau tinggal (di sini)?" Ia menjawab: "Aku telah tinggal (di sini) sehari atau setengah hari". Allah berfirman:" (Tidak benar), bahkan engkau telah tinggal (berkeadaan demikian) selama seratus tahun. Oleh itu, perhatikanlah kepada makanan dan minumanmu, masih tidak berubah keadaannya, dan perhatikanlah pula kepada keldaimu (hanya tinggal tulang-tulangnya bersepah), dan Kami (lakukan ini ialah untuk) menjadikan engkau sebagai tanda (kekuasaan Kami) bagi umat manusia; dan lihatlah kepada tulang-tulang (keldai) itu, bagaimana Kami menyusunnya kembali kemudian Kami menyalutnya dengan daging ". Maka apabila telah jelas kepadanya (apa yang berlaku itu), berkatalah dia: Sekarang aku mengetahuinya (dengan yakin), sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
(Al-Baqarah 2:259)
 
Terima kasih utk berkongsi...:-h
 
Hidup 2 kali dan mati 2 kali membawa maksud yang mendalam...

Wasiat Nabi 'Isa 'Alaihissalam :-
"Manusia itu dilahirkan 2 kali iaitu kelahirannya ke dunia dan kelahiran keduanya adalah kelahiran ruhaniahnya"

Mati 2 kali juga bermaksud mendalam :-
1) Mati yang pasti [perpindahan roh dari alam dunia menuju ke alam barzakh].
2) Mati yang benar [menundukkan nafsu amarah dan nafsu lawwamah untuk menuju kepada tingkatan nafsu yang lebih bersih iaitu nafsu mutmainnah, nafsu radhiah, nafsu mardhiah serta nafsu kamil].

Maka, keseluruhan manusia telahpun melalui fasa kelahiran pertama iaitu lahir ke dunia tetapi amat sedikit manusia melalui fasa kedua iaitu kelahiran ruhaniah.

Maksud kelahiran ruhaniah adalah proses pembersihan akhlaq hati ruhani dari bersifat mazmumah yang jelek menuju kepada sifat mahmudah yang mulia sesuai dengan petunjuk dari Allah dan sunnah Muhammad Rasulullah dengan dipantau selia oleh seorang guru yang Mursyid.

Setiap manusia ada bahagian kelahiran keduanya yang tersendiri dan unik maka mohonlah kepada Allah dengan ikhlas tulus hati agar Allah perkenan membimbing hati kita yang sering terumbang-ambing ini menuju kepada pengenalan Allah [ma'rifatullah]. :)
 
Back
Top
Log in Register