BTC USD 82,434.0 Gold USD 4,164.81
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hidung apa ni

rayz

Legendary Member
gem
Messages
13,336
Joined
Jun 5, 2007
Messages
13,336
Reaction score
885
Points
171
70256901_684405285362229_1493143099826765824_n.jpg
 
tu huruf B kan

KBSMalaysia

· 12 jam

Bulan Sukan Negara 2019
.
Logo Bulan Sukan Negara bukan hanya sekadar akronim (BSN), akan tetapi ia terdiri daripada bentuk organik yang mewakili suasana yang mesra dan santai dalam sukan. Bentuk tepi bulat dan tajam mewakili kuasa, kestabilan dan profesionalisme.
.
Warna yang dipilih untuk logo adalah biru, merah dan kuning yang sama dengan Bendera Malaysia. Biru mewakili perpaduan negara kita dalam sukan, merah mewakili tenaga, manakala kuning mewakili keadilan. Ini adalah warna yang merangkumi sukan Malaysia berwarna-warni. Keharmonian konsep bentuk logo ini menunjukan kesatuan belia berorientasikan, seperti seni graffiti.
.
Jumpa anda oktober ini di Bulan Sukan Negara 2019
.
#TeamKBS
#YouthPower
#SportsChallenge

70896114_2693906423988039_7398490950189711360_n.jpg


 
Menteri jawab ejekan pada logo BSN yang disamakan hidung babi
Diterbitkan Hari ini 6:29 petang | Dikemaskini Hari ini 6:32 petang


5b37732e20ed1b18aaf325cf56eb82df.jpg


Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjelaskan bahawa fokusnya kini adalah untuk menekankan intipati program Bulan Sukan Negara (BSN).

Beliau berkata demikian ketika mengulas ejekan pengguna maya, termasuk pemimpin pembangkang, yang menyamakannya dengan hidung babi.

"Macam saya kata, saya nak fokus inti pati program (BSN) yang saya dah tekankan tadi,” katanya pada majlis penyerahan watikah ahli parlimen belia di bangunan Parlimen Kuala Lumpur hari ini.

Sejak dikongsi di akaun Facebook rasmi KBS semalam, logo BSN sudah mendapat 446 tanda suka namun majoriti warga maya mengecam reka bentuknya.


babc1492dddff034911c5efdd0e91c6c.jpg

Syed Saddiq Syed Abdul Rahman


Ramai juga yang berkongsi gambar logo BSN yang diterbalikkan, sehingga huruf B diguna pakai kelihatan seperti hidung babi.

Ketua Umno Sungai Besar, Jamal Md Yunos antara pemimpin pembangkang yang mengejek logo itu.

Dalam gambar dimuat naik, dua biji mata turut ditambah ke logo yang dipusing itu.

"Cuba teka? Bentuk binatang dan muncung apa untuk logo tema Bulan Sukan Negara (2019). Menteri KBS tak perasan kot atau timbalan menteri KBS tak rujuk kepada menteri," katanya.



Jamal Yunos
Semalam jam 2:15 PTG

Cuba teka?????...bentuk binatang dan muncung apa utk logo tema bulan sukan negara
Menteri kbs tak perasan kot
Atau timbalan menteri kbs tak rujuk kpd menteri
#menteri Gojek


Logo ubah suai yang dimuat naik ke Facebook


Sementara itu, Syed Saddiq menjelaskan baginya yang paling penting adalah makna di sebalik logo tersebut.



“Saya tengok ramai muat naik logo itu dan terbalikkan dia (logo), tetapi saya rasa paling penting sekali makna logo tersebut yang mewakili BSN.

8586b1b8389d583f276adfb2c318b5df.jpg

Antara kritikan pengguna maya terhadap logo itu


“Perkara ini sangat penting kerana banyak acara kita akan gerakkan sekali dan itu fokus utama kita dan harap rakyat Malaysia keseluruhan dapat melakukan seberapa banyak aktiviti dalam bulan 10 ini,” katanya.

BSN bakal dilaksanakan pada bulan Oktober ini.

Menurut KBS, logo itu bukan hanya sekadar akronim, tetapi terdiri daripada bentuk organik mewakili suasana mesra dan santai dalam sukan.

Bentuk tepi bulat dan tajam mewakili kuasa, kestabilan dan profesionalisme, menurut keterangan di Facebook KBS.

 
xlawa la bosskur logo ni...nt ngn baju2 skli org segan nak beli apatah nak pki..cmna ni
ptutnya ada unsur sport sikit la logo tu...
 
Back
Top
Log in Register