ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Asap tebal yang menyelubungi kawasan tapak pelupusan sampah Krubong.
BANDARAYA MELAKA - Penduduk beberapa taman perumahan di sekitar Krubong di sini terpaksa berhadapan asap tebal serta bau busuk akibat kebakaran longgokan sampah di tapak pelupusan sampah Krubong sejak semalam.
Tapak pelupusan yang dikatakan tidak lagi mampu beroperasi menampung jumlah sampah yang semakin meningkat itu sering berhadapan masalah kebakaran terutama pada musim panas sebagaimana apa yang berlaku kini.
Sementara itu, anggota bomba dan penyelamat dari Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Keroh dan Jasin dengan tiga water tanker turut terbabit dalam usaha memadamkan kebakaran di tapak pelupusan sampah itu.
Bagaimanapun, menurut Pegawai Bomba Kanan Ayer Keroh, Khairul Nizam Riduan, usaha memadankan kebakaran mungkin mengambil masa sehingga seminggu untuk selesai.
Menurutnya, ini kerana bara api telah memasuki ke dalam longgokan sampah sehingga lima meter dalam, menyebabkan sampah terus terbakar.
"Kita akan meminta bantuan jentera bomba kawasan lain kerana kita sememangnya menghadapi kesukaran memadamkan api. Ini ditambah pula keadaan asap tebal yang menyukarkan tugas," katanya.