joee
CG Top Poster Club

- Messages
- 40,700
Paid Membership
- Joined
- Oct 1, 2010
- Messages
- 40,700
- Reaction score
- 949
- Points
- 161
PUTRAJAYA – Orang ramai terutamanya penjawat awam di sini kini boleh menikmati hidangan makan tengah hari di Restoran Ikan Bakar Putrajaya dengan harga RM5 bermula pukul 11 hingga 3 petang setiap hari.
Hidangan di bawah inisiatif Menu Rakyat 1Malaysia (MR1M) menawarkan nasi, masakan berlauk, ikan atau ayam goreng, sayur, ulam-ulaman dan minuman kordial.
Presiden Perbadanan Putrajaya (PPj), Tan Sri Aseh Che Mat berkata, pihaknya turut menyediakan perkhidmatan bas setiap lima belas minit untuk membawa penjawat awam ke restoran tersebut.