BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hidangan arak dalam majlis rasmi kerajaan; MOTAC perlu beri penjelasan - BiPPA

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
46,545
Top Poster #10
Joined
Apr 15, 2012
Messages
46,545
Reaction score
4,820
Points
266

Hidangan arak dalam majlis rasmi: MOTAC perlu beri penjelasan - BiPPA​

  • 5 hours ago
  • 2 min read




ree


Kontroversi Majlis Makan Malam Gala “Global Travel Meet 2025” yang melibatkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) kelmarin dan didakwa menghidangkan minuman keras ditegur Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN).

Pengerusi BiPPA, Amidi Abdul Manan (gambar) berkata, tindakan tersebut mencemarkan imej kerajaan serta tidak selaras dengan aspirasi kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menekankan kesejahteraan rakyat dan nilai moral dalam pentadbiran negara.

"Menterinya, YB Datuk Seri Tiong King Sing mesti bertanggungjawab dan memberikan penjelasan kenapa perkara seumpama ini boleh berlaku sedangkan ia adalah program rasmi Kerajaan Malaysia," katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Amidi, hidangan arak dalam program rasmi kerajaan bukan sahaja mencemar imej Malaysia, malah bercanggah dengan nilai harmoni dan kesejahteraan yang menjadi tunjang kepada masyarakat majmuk negara ini.

"Hidangan arak dalam majlis rasmi seumpama ini mencemarkan imej Kerajaan Malaysia yang mahukan kesejahteraan untuk rakyatnya dan manusia sejagat," katanya.

Beliau turut menegur ketidakpekaan MOTAC terhadap aspirasi kepimpinan kerajaan semasa yang mementingkan keseimbangan antara pembangunan pelancongan dan nilai moral.

"YBM Pelancongan, Seni dan Budaya tidak peka dengan aspirasi kepimpinan YAB Perdana Menteri hari ini. Dalam pelbagai pesona yang menggamit kehadiran pelancong, antara kelebihan Malaysia ialah ketenangan kehidupan malam yang tidak dicemari pemabuk-pemabuk yang berkeliaran," tegasnya.

Sehubungan itu, BiPPA menuntut agar Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya tampil memberikan penjelasan serta memohon maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia atas insiden berkenaan.

Bagaimanapun dalam kenyataannya semalam, Tiong King Sing menafikan dakwaan bahawa arak dihidangkan dalam majlis rasmi kerajaan melibatkan MOTAC, sebaliknya menjelaskan majlis itu adalah inisiatif pihak industri dan sektor swasta.

Tiong menjelaskan Tourism Malaysia hanya bertanggungjawab menganjurkan acara Global Travel Meet selama dua setengah hari dan hanya meminjam platform majlis makan malam tersebut bagi tujuan pelancaran Kalendar Acara Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

"Ia satu peluang untuk memperkenalkan Malaysia kepada dunia melalui kerjasama erat dengan pihak industri. Sebanyak 318 acara daripada setiap negeri di Malaysia telah disenaraikan dalam Kalendar Acara VM2026 ini.

"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa segala pengisian makanan dan minuman dalam majlis makan malam tersebut bukan di bawah penyediaan Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia," katanya.

Tambah beliau, peranan kementeriannya tertumpu kepada penyelarasan persembahan seni dan budaya serta pelancaran Kalendar Acara Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) yang turut diadakan pada malam tersebut.


 

Majlis MOTAC ada hidang arak, menteri dan walacukai kata "itu inisiatif swasta"; siapa kau nak spin?​

depa ingat kita duduk zaman batu ke?

 

MENTERI PELANCONGAN BUAT HAL LAGI​

MENTERI MOTAC didakwa melanggar etika kerana menyajikan alkohol dalam majlis rasmi kerajaan.

 

Dewan Ulama Pas kecam hidangan arak pada majlis rasmi MOTAC​



Ahmad

Ahmad

ALOR SETAR – Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) mengecam tindakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang menyediakan hidangan minuman beralkohol dalam satu majlis rasmi kementerian berkenaan baru-baru ini.

Ketua DUPP, Datuk Ahmad Yahaya berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku dalam mana-mana acara rasmi kerajaan kerana bertentangan dengan nilai budaya ketimuran dan sensitiviti rakyat Malaysia yang berbilang agama.

Menurut beliau, hidangan arak juga tidak wajar dijadikan sebahagian daripada promosi acara rasmi kerajaan, khususnya berkaitan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

“DUPP ingin mengingatkan Menteri MOTAC bahawa hidangan minuman beralkohol seperti itu tidak patut ada dalam mana-mana acara rasmi kerana ia bercanggah dengan budaya ketimuran yang dipegang oleh Malaysia.

“Bahkan, ia juga bukan sesuatu yang perlu dipromosi mewakili budaya rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Ahmad, yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, hidangan arak dalam majlis rasmi kerajaan boleh memberi gambaran salah kepada dunia tentang identiti Malaysia sebagai sebuah negara berteraskan agama Islam.

“Adakah minuman arak menjadi sebahagian daripada tarikan promosi TMM 2026 seperti yang dirancang pihak kementerian?” soalnya.

Kejadian itu difahamkan berlaku ketika program Global Travel Meet 2025 anjuran MOTAC yang dilihat menyediakan hidangan arak kepada tetamu dalam majlis rasmi yang diadakan bagi mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.

DUPP turut menyatakan rasa kesal terhadap tindakan MOTAC menjalin kerjasama secara terbuka dengan Starbucks Malaysia, sebuah jenama antarabangsa yang menjadi tumpuan kempen boikot global kerana dikaitkan dengan sokongan terhadap rejim Zionis Israel.

“Langkah kementerian itu amat tidak wajar ketika rakyat Malaysia sedang memperhebatkan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin dan menyokong misi kemanusiaan seperti Global Sumud Flotilla.

“Ketika rakyat Malaysia memfokuskan solidariti terhadap umat Islam Palestin, tiba-tiba sebuah kementerian di Malaysia secara terbuka mendukung kembali syarikat yang diboikot oleh rakyat dalam negara ini.

“Adakah ia usaha membela taikun besar yang mengalami kemerosotan perniagaan disebabkan boikot rakyat Malaysia terhadap Starbucks khasnya dan rejim Zionis amnya?” soalnya.

Ahmad menegaskan, tindakan tersebut menimbulkan persepsi bercanggah terhadap imej Kerajaan Madani yang sebelum ini sering menzahirkan pendirian menyokong perjuangan Palestin di pentas antarabangsa.

“Adakah ini wajah sebenar yang ditampilkan oleh Kerajaan Madani? Satu sisi kerajaan kelihatan lantang bersama rakyat dalam isu Palestin, sisi lain pula mereka turut mendukung produk yang menzalimi umat Islam di sana tanpa henti.

“Di mana mereka letak maruah pejuang umat Islam di Malaysia dalam isu Palestin?” katanya lagi.
Sebelum ini, Menteri MOTAC, Datuk Seri Tiong King Sing menegaskan Tourism Malaysia hanya bertanggungjawab menganjurkan acara Global Travel Meet selama dua hari setengah yang berjaya menjana impak ekonomi bernilai RM420 juta.

Jelasnya, acara makan malam yang menjadi isu itu sebenarnya merupakan inisiatif pihak industri dan sektor swasta yang ingin meraikan rakan-rakan industri antarabangsa.

Ringkasan AI

  • Dewan Ulama Pas Pusat mengecam tindakan Kementerian Pelancongan menyediakan minuman beralkohol dalam majlis rasmi
  • Menurut Ketua DUPP, tindakan itu bertentangan dengan nilai budaya ketimuran dan sensitiviti beragama di Malaysia
  • Hidangan arak dilihat tidak sesuai dalam promosi Tahun Melawat Malaysia 2026
  • DUPP juga kesal dengan kerjasama MOTAC dengan Starbucks Malaysia yang diboikot kerana sokongan kepada Zionis Israel
  • Ahmad Yahaya menegaskan tindakan ini bercanggah dengan imej Kerajaan Madani yang menyokong perjuangan Palestin
 
Yg pasti lobai akan dipersalahkan sbb kuno & tak faham hak asasi kemanusiaan. Yamsenggg!!! :ROFLMAO:
Anakpapa masih bertungkus lumus nie....sekoq pun xmuncul lg kat dlm nie jadi thread xlaku 🤣
 
ini salah sg4 mundurr
 
Back
Top
Log in Register