BTC USD 63,043.1 Gold USD 4,448.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hiburan dalam Islam

Islam menggalakkan sifat sederhana dalam semua perkara. Ada hadis bermaksud; org yg banyak ketawa didunia akan banyak menangis diakhirat, org yg banyak makan didunia akan banyak lapar diakhirat. Waallahu aalam..
 
Berhibur lah asal jangan sampai lalai dan takde yang libatkan maskiat. That's all rasanya :)

:)cgrock
 
IMG_20231122_012434_789.jpg


HIBURAN DALAM ISLAM

Islam tidak melarang penganutnya berhibur dan berseronok, selagi mana ia tidak melampaui batas-batas syarak.

Nyanyian yang seni katanya baik hukumnya adalah HARUS dengan syarat :

❌ Tidak Lucah
❌ Tidak Biadap
❌ Tidak mendorong kepada maksiat
❌ Tidak bercampur gaul antara lelaki dengan perempuan, dan
❌ Tidak membawa kepada fitnah

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dalam Muzakarah kali ke-2 pada 12-13 Mei 1981.
 
IMG_20231122_103811_547.jpg


GARIS PANDUAN PROGRAM HIBURAN DALAM ISLAM

Tujuan garis panduan ini disediakan adalah untuk memberi panduan kepada para penganjur agar program yang akan dirancang tidak menyalahi Syara’ dan tersasar dari tujuan sebenar penciptaan manusia agar beribadah kepada Allah SWT.

1. Bermatlamatkan kebaikan dan kesejahteraan.

2. Diadakan di tempat yang bersesuaian supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan orang ramai.

3. Mengambil kira masa yang bersesuaian dengan sensitiviti masyarakat dan ajaran Islam.

4. Tidak disertai oleh perbuatan haram atau maksiat

5. Tidak mengandungi acara yang bersifat provokasi yang boleh menimbulkan sikap prejudis atau permusuhan.

6. Tidak mengandungi unsur-unsur pemujaan atau penyembahan yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Semoga garis panduan yang disediakan ini dapat dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat awam yang menyertai persembahan rancangan hiburan

#MalaysiaMadani
#Pelantransformasialfalah
 
1000455010.jpg


Kandungan Hiburan Menurut Garis Panduan Islam🎵🌙

Islam memberi panduan yang jelas tentang hiburan yang bermanfaat :

1. Tidak mempunyai unsur maksiat.
2. Tidak lagha (sia-sia)
3. ⁠Tidak mendorong pendengar dan remaja kepada melakukan maksiat dan dosa.
4. ⁠Tidak merangsang keghairahan nafsu menerusi tema-tema cinta yang melampau.
5. ⁠Tidak mempunyai luahan perasaan dan kerinduan yang berlebihan kepada manusia.

Jom kita bersama-sama memilih kandungan hiburan yang mendidik, menenangkan jiwa, dan membawa keberkatan dalam hidup. Ingat, hiburan yang baik adalah hiburan yang tidak melupakan kita kepada Allah SWT.🌟

#KandunganHiburan #IslamicGuidance #HiburanBermakna #MalaysiaMadani
 
Back
Top
Log in Register