BTC USD 84,170.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hiasi Diri Dengan Sifat Malu

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
459,644
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
459,644
Reaction score
38,262
Points
2,836
IMG_20221207_215651_536.jpg

HIASI DIRI DENGAN SIFAT MALU

Antara akhlak dan sifat Rasulullah SAW yang mesti dan patut kita contohi ialah sifat malu.

Sesunggunya sifat malu adalah sifat yang mengajar kita untuk sentiasa menghiasi diri dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Sifat malu juga dapat mencegah dan menjauhkan kita daripada melakukan sebarang bentuk perbuatan dosa, berkelakuan buruk, hina dan tercela.
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Malu Sebahagian Daripada Iman

حَدَّثَنَا أَبُو مَسْعُودٍ عُقْبَةُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ مِمَّا أَدْرَكَ النَّاسُ مِنْ كَلَامِ النُّبُوَّةِ إِذَا لَمْ تَسْتَحْيِ فَافْعَلْ مَا شِئْتَ

Telah bercerita kepada kami Abu Mas'ud 'Uqbah berkata; Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya diantara ajaran yang didapati oleh manusia daripada kalam (perkataan) (yang disepakati) para Nabi adalah; "Jika kamu tidak malu maka buatlah apa yang kamu suka". (HR Bukhari No: 3224) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Malu adalah akhlak yang mendorong seseorang untuk meninggalkan perbuatan yang buruk dan tercela, sehingga mampu menghalangi seseorang dari melakukan dosa dan maksiat serta mencegah sikap melalaikan hak orang lain.

2. Rasa malu merupakan satu perkara yang diwariskan oleh para Nabi kepada manusia generasi demi generasi hingga kepada generasi umat Nabi Muhammad SAW. Di antara perkara yang didakwahkan oleh para Nabi terdahulu kepada umatnya adalah berakhlak malu.

3. Ungkapan ini bermaksud “ancaman”, (Apabila engkau tidak lagi memiliki rasa malu, maka perbuatlah sesukamu), kerana Allah pasti akan membalas perbuatan tersebut dengan yang setimpal. Firman Allah ta’ala:

اعْمَلُوا مَا شِئْتُمْ إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“Perbuatlah apa yang kamu kehendaki; Sesungguhnya Dia Maha melihat apa yang kamu kerjakan”. (Surah Fushshilat ayat: 40)

4. Ibnu Qutaibah menyatakan: “Barangsiapa yang tidak lagi memiliki rasa malu, ia akan berbuat sesukanya, sebab yang menghalanginya untuk berbuat keburukan adalah rasa malu, barangsiapa yang tidak lagi memiliki rasa malu, pasti akan terjerumus dalam setiap amalan keji dan mungkar”.

5. Orang yang memiliki sifat malu, tidak akan melakukan sesuatu sesuka hati tanpa mengira dosa dan pahala.

6. Malu adalah sifat yang mendorong pemiliknya untuk meninggalkan perbuatan-perbuatan yang buruk.

Miliki sifat malu yang menjadi pencegah daripada melakukan sesuatu yang dilarang.

Hadis 20
#Hadis40ImamNawawi
#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor

11hb Nov. 2023
27hb Rabiul Akhir 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Hiasi Diri Dengan Sifat Malu

عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا كَانَ الْفُحْشُ فِي شَيْءٍ إِلَّا شَانَهُ وَمَا كَانَ الْحَيَاءُ فِي شَيْءٍ إِلَّا زَانَهُ

Daripada Anas RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tidaklah sifat buruk berada dalam sesuatu kecuali akan memperburuknya, dan tidaklah sifat malu ada dalam sesuatu kecuali akan menghiasinya". (Sunan Tirmidzi No: 1897) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Sifat malu yang ada pada seseorang akan menjadi penghias akhlak terpuji dan diberikan ganjaran pahala antaranya malu melakukan maksiat.

2. Sifat buruk yang ada pada seseorang akan menjadikannya bertambah buruk dan hina di sisi Allah dan makhluk lain.

3. Sifat malu diganjari Syurga, sifat buruk diganjari neraka:

اَلْحَيَاءُ مِنَ الْإِيمَانِ وَالإِيمَانُ فِي الْجَنَّةِ وَالْبَدَاءُ مِنَ الْجَفَاءِ وَالْجَفَاءُ فِي النَّارِ

“Rasa malu adalah sebahagian dari keimanan dan keimanan berada disyurga. Sedangkan tindakan atau ucapan kotor adalah sebahagian dari perangai yang kasar dan perangai kasar tempatnya di neraka” (Sunan Tirmidzi No: 1932)

Hiasilah diri kita dengan mulia dan terpuji seperti sifat malu. Moga sifat malu yang kita miliki menjadi ganjaran ke syurga. Jauhi sifat dan perangai buruk seperti menghina, mengeji, memfitnah kerana balasannya adalah neraka.

#BangunkanJiwaTaqwa
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

01hb Mac 2024
20hb Syaaban 1445H
 
1000261118.jpg


❇️HADIS HARI INI❇️

Malu sebahagian dari Iman

Dari Abu Hurairah, dari Nabi ﷺ, beliau bersabda: "Iman memiliki lebih dari enam puluh cabang, di antaranya malu adalah cabang dari keimanan."

Hadis Riwayat Bukhari.
 
Back
Top
Log in Register