BTC USD 61,235.2 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Heret isteri, anak mencuri

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


SUNGAI SIPUT (U) - Tanpa rasa tanggungjawab, lelaki berusia lingkungan 40 an meminta isterinya yang mengandung lima bulan serta anak berusia empat tahun membantunya mencuri dalam kejadian pecah rumah di Taman Haewood, di sini, Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Azman Salim berkata, kelakuan mencurigakan tiga beranak, menaiki kereta jenis Proton Iswara itu disedari oleh orang awam yang berkebetulan melalui kawasan rumah terbabit.

Menurutnya, saksi keja*dian* telah mengekori kereta yang dinaiki tiga beranak itu sebelum menghubungi polis.

“Saksi mengekori kereta berkenaan sehingga ke Ipoh dan suspek bersama isteri serta anaknya telah ditahan oleh polis ketika sampai di Tambun.

“Kejadian berlaku pada waktu petang dan semasa kejadian, rumah terbabit ditinggalkan tanpa penghuni berikutan mangsa curi sekeluarga berada di luar daerah,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Azman berkata, polis dimaklumkan suspek sekeluarga berasal dari Kepong, Kuala Lumpur dan datang ke Sungai Siput dengan tujuan menziarahi saudara mara di taman sama.

Katanya, polis mengambil masa sejam sahaja untuk menyelesaikan kes itu dan suspek sekeluarga ditahan bersama rampasan barang curi bernilai RM10,000.

“Kita turut menemui serta merampas beberapa barangan yang dipercayai digunakan untuk kegiatan pecah rumah, termasuk senjata tajam dalam kenderaan suspek.

“Suspek juga telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Sungai Siput hari ini (semalam) dan mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dibacakan ke atasnya,” katanya.

Azman berkata, suspek dibebaskan dengan ikat jamin RM3,000 dan kini menunggu perintah mahkamah yang seterusnya.

“Isteri dan anak suspek tidak ditahan atau dicaj di mahkamah dan telah dibebaskan selepas siasatan dilakukan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan jenayah pecah rumah dan polis berterima kasih kepada orang awam yang membantu kejayaan polis menangkap suspek,” katanya.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/perak/heret-isteri-anak-mencuri-1.39606
 
ape la suami ni...
 
Back
Top
Log in Register