BTC USD 85,908.5 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Here We Go: Andre Onana Sertai Manchester United

FB_IMG_1701003566176.jpg


[ G.E.M.U.K - Onana ]

Ada pro and cons apabila seorang penjaga gol banyak melakukan penyelamatan. Pro nya kita dapat lihat kehebatan shot-stopping penjaga gol.

Cons nya, ini menunjukkan pertahanan Man United lemah dan penjaga gol mudah terdedah. Situasi sama seperti David De Gea.

#GM08
 
FB_IMG_1701049815538.jpg


[ BMU - Pasca Perlawanan ]

Prestasi yang semakin meningkat dalam perlawanan demi perlawanan telah berjaya membuatkan para pengkritik penjaga gol Manchester United, Andre Onana terdiam dan tidak mampu menelan kritikan mereka sebelum ini.

Bahkan dalam pertemuan menentang Everton awal pagi tadi, dia sekali lagi beraksi cemerlang dengan menidakkan 6 percubaan lawan untuk membolehkan United kekal tidak dibolosi hingga tamat masa penuh perlawanan.

▪️Berikut adalah statistik Onana mengikut turutan nombor:

8 hantaran jauh berjaya dibuat
6 percubaan dihadapi
6 percubaan diselamatkan
5 penyelamatan dari jarak dekat
2.11 xG dikekang
2/2 perebutan udara dimenangi
2 tangkapan bola tinggi
1 tumbukan

▪️Kemenangan ke atas The Toffees juga menyaksikan Onana berada bersama-sama Nick Pope dan Sam Johnstone di teratas senarai penjaga gawang paling banyak gol tidak dibolosi Liga Perdana Inggeris:

🇨🇲 Andre Onana (5)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Sam Johnstone (5)
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿 Nick Pope (5)
🇪🇸 David Raya (4)
🇧🇷 Alisson (4)
🇧🇷 Ederson (3)

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
🎙️ | Paul Scholes:

“It’s a shame because he [Onana] has started to look okay the last few weeks. It’s the #UCL where it’s been a struggle for him. I don’t think his concentration is there which is the most important thing for a goalkeeper.” [TNT]
 
FB_IMG_1701334746359.jpg


Paul Scholes: “Memang memalukan kerana dia (Onana) mula kelihatan lebih baik dalam beberapa minggu kebelakangan ini. Ia adalah UCL, yang nampaknya memberi masalah kepadanya. Saya tidak fikir konsentrasi itu ada. Itu adalah perkara paling penting bagi seorang penjaga gol.”

"Pasukan lawan mungkin merasakan mereka akan dapat merembat apabila peluang muncul kerana dia (Onana) kelihatan seperti dia akan bolos pada bila-bila masa”

#AMU12
 
FB_IMG_1701399480859.jpg


[ BMU - Informasi Semasa ]

Penjaga gol Manchester United, Andre Onana melengkapkan 'quadruple' pencalonan untuk Terbaik Bulanan di Liga Perdana apabila disenarai pendek untuk Penyelamatan Terbaik bagi November 2023.

Pemain yang menyarung jersi nombor 24 itu mengekalkan rekod tanpa bolos dalam setiap perlawanan liga yang melibatkan United pada bulan November dan aksi terbaik ketika kemenangan 1 - 0 ke atas Luton Town di Old Trafford telah menjadi pilihan untuk pencalonan kali ini. Dalam perlawanan tersebut, Onana pantas menerbangkan badan ke sisi kiri gawang untuk menepis tandukan pemain Luton, Carlton Morris.

Sebelum mengecewakan The Hatters, Onana turut beraksi cemerlang menidakkan percubaan Fulham ketika kunjungan United ke Craven Cottage pada awal November lalu.

Lima penyelamatan lain yang telah dicalonkan adalah seperti berikut:

◉ Guglielmo Vicario (Spurs 1-4 Chelsea)
◉ Alisson (Man City 1-1 Liverpool)
◉ Thomas Kaminski (Luton 2-1 Crystal Palace)
◉ Nick Pope (Newcastle 4-1 Chelsea)
◉ Alphonse Areola (Burnley 1-2 West Ham)

Ayuh, mari kita bantu Onana dengan mengundi di sini: preml.ge/sotmnov23

#BMU15 #BMU #GGMU #ManUtd #MUFC #ManchesterUnited
 
FB_IMG_1701415722677.jpg


Erik ten Hag tidak memiliki perancangan untuk menggugurkan Andre Onana pada perlawanan di tempat lawan menentang Newcastle. Penjaga gawang itu masih akan terus diberikan sokongan untuk beraksi ketika ini.

#AMU12
 
FB_IMG_1702751268952.jpg


Alisson: "Onana adalah penjaga gol yang sangat baik. Prestasinya dalam Liga Juara-Juara musim lalu adalah luar biasa.

“Saya mengalami sesuatu yang serupa dengan apa yang dia alami. Saya berpindah dari kelab Itali ke England, ke kelab besar, untuk wang yang besar."

#AMU12
 
FB_IMG_1704504219018.jpg


|BMU-Semangat |

Musim pertama Onana di Manchester United boleh dikatakan sangat teruk dimana penjaga gol berusia 27 tahun itu disifatkan sebagai penjaga gol yang banyak melakukan kesilapan mudah sehingga membuatkan prestasi Manchester United merosot.

Onana juga dilaporkan banyak menerima kritikan kerana prestasinya di United.Meskipun begitu sebagai penjaga gol berpengalaman beliau menyifatkan kritikan dari semua pihak menjadikannya sebagai tonik terbaik untuk dirinya belajar dari kesilapan.

"Kesilapan adalah sebahagian daripada pembelajaran,saya faham kerana semua pihak mengharapkan lebih daripada saya, itulah sebabnya mereka mengkritik saya. Ia bukan masalah bagi saya, saya sudah biasa," kata Onana dalam temubual dengan Sky Italia.

"Ia juga pernah berlaku semasa saya di Inter dan lihat bagaimana kesudahannya."Manchester United adalah kelab yang lebih besar dan orang ramai mempunyai jangkaan yang lebih besar, tetapi saya yakin bahawa dengan melakukan perkara yang baik kemungkinan tidak lama lagi kami semua akan tersenyum seperti di Inter.

“Tidak ramai yang percaya kepada kami [musim lalu], tetapi kemudian kami membuktikan apa yang boleh kami lakukan, dan saya sangat gembira dengan apa yang kami capai musim lalu."

"Kini, masa depan saya di Manchester United, kami perlu bangkit dan beraksi dengan baik.
Detik seperti ini berlaku dan kami perlu menghadapinya.Situasi baik dan buruk tidak kekal selama-lamanya," kata Andre Onana.

#BMU03
 
Back
Top
Log in Register