BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hentikan projek!

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.JPG

Ibu bapa menyatakan bantahan terhadap projek berkenaan di hadapan SMKA Maahad Hamidiah.​

KAJANG - "Nyawa anak-anak dan warga sekolah di sini bila-bila masa saja boleh melayang. Kami betul-betul bimbang..." Luahan itu disuarakan ibu bapa pelajar Sekolah Kluster Kecemerlangan Kementerian Pelajaran, Sekolah Menengah Kebangsaan (A) Maahad Hamidiah, Jalan Sungai Ramal Luar, di sini.

Keselamatan 1,000 pelajar dan seluruh kakitangan sekolah didakwa bakal terancam akibat projek pembinaan yang dibangunkan di hadapan sekolah berkenaan.

Semalam, kira-kira 250 ibu bapa pelajar dan penduduk di situ mengadakan bantahan secara aman di pintu masuk sekolah bagi mendesak kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) membatalkan segera projek yang dilihat tidak sesuai dibangunkan di lokasi itu.

Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah yang mengetuai bantahan itu, Ir Jazlan Ahmad berkata, projek yang menempatkan bangunan setinggi 36 tingkat berkenaan tidak sesuai dibina berdekatan sekolah kerana mengganggu ketenteraman awam.

"Operasi di tapak projek itu mengganggu proses pembelajaran terutamanya pelajar calon SPM yang kelas mereka hanya terletak kurang 50 meter dari tapak projek.

"Jentera berat keluar masuk dari tapak projek melalui jalan utama masuk ke sekolah juga mengancam nyawa pelajar dan seluruh kakitangan sekolah," katanya kepada Sinar Harian, di lokasi semalam.

Katanya, 23 Mac lalu, sebuah lori yang keluar masuk telah merempuh pintu pagar sekolah.

"Situasi ini memang membimbangkan. Sekarang ini, laluan masuk ke sekolah sentiasa berlumpur dan berlopak disebabkan lori keluar masuk," katanya.

SMKA Maahad Hamidiah sudah beroperasi di tapak itu selama 30 tahun dan hanya terdapat satu sahaja laluan masuk ke sekolah berkenaan.

"Hanya ini jalan yang diguna pelajar, kakitangan sekolah dan ibu bapa untuk ambil dan hantar anak masing-masing.

"Bila projek ini wujud, mereka telah ganggu laluan ini. Projek belum siap pun sudah mula bermasalah, apalagi bila dah siap nanti. Lebih banyak kenderaan awam akan sibuk lalu lalang di sini. Kami yakin kesesakan akan berlaku selepas ini," katanya.


PIBG beberapa kali sera memo kepada MPKJ

Dalam pada itu, Jazlan berkata, pihaknya telah mengemukakan bantahan kepada Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) pada Ogos 2014.

"Kerja-kerja 'hoarding' di situ menyebabkan sebahagian jalan masuk ke sekolah ditutup. Bagaimanapun selepas lapan bulan kemudian iaitu pada April 2015 barulah MPKJ beri jawapan," katanya yang menghantar memorandum bantahan kedua kepada MPKJ pada 2 April 2015.

Pihaknya terkilan apabila suara hati penduduk dan keselamatan warga sekolah tidak diberi keutamaan berbanding pembangunan.

Bimbang dengan tindakan diam diri PBT itu, pihaknya sekali lagi membuat bantahan susulan yang dihantar pada 14 April lalu untuk arahan henti kerja.

Katanya, salinan memorandum bantahan juga sudah dihantar kepada Adun Kajang, Adun Dengkil dan juga Ahli Parlimen Serdang.

Beliau turut bimbang jika pembinaan projek itu akan melibatkan pengambilalihan tanah sekolah yang berkeluasan kira-kira 30 ekar.

"Kerajaan Selangor hendaklah bertindak tegas dan menghalang sebarang usaha untuk memindahkan SMKA Maahad Hamidiah. Pelbagai kemungkinan boleh berlaku sebab nilai tanah di sini tinggi," katanya.


Projek dapat kelulusan

Berdasarkan surat jawapan MPKJ kepada PIBG sekolah terbabit bertarikh 22 April, Pengarah Jabatan Kawalan Bangunan, Dr Ahmad Sairi memaklumkan, majlis sudah membuat semakan dan pemantauan rapi dan disahkan pembangunan itu telah mendapat kelulusan Pelan Bangunan pada 23 Februari 2015 meliputi kelulusan Pelan Infrastruktur bertarikh 17 Disember 2014.

Jelas surat tersebut, merujuk perkara 5 di mana kandungan bantahan projek itu dalam surat bantahan bertarikh 1 April lalu, majlis telah mengambil langkah menguatkuasakan undang-undang dengan mengeluarkan kompaun yang meliputi skop keselamatan dan kebersihan tapak bina, kerja-kerja pembangunan yang tidak mematuhi peraturan praktis kejuruteraan serta melanggar syarat kelulusan yang telah dikeluarkan bermula 9 April dan terkini pada 22 April.

Pihak majlis juga telah mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan arahan berhenti kerja (Stop Of Work) ke atas tapak pembangunan pada 22 April lalu secara serta-merta, kerana kegagalan pematuhan yang dikeluarkan majlis pada 11 April.
 
Ternyata untuk mengurangkan kepanasan isu gst... Isu mcm ini dipermainkan
 
Strategi nak menjatuhkan parti lawan...
 
Salam pagi...projek ni betul2 area rumah kawan...sapa2 yg duk kata dieorg protes sbb politik tu elok dtg tgk ngan mata sendiri sebelum post komen...bagi kawan...projek ni mmg tak patut buat kat situ...betul2 depan sekolah...betul2 sebelah jalan utama sg ramal...
 
Back
Top
Log in Register