BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.24
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Heng Meng Lai Graduan Tertua PSP, Tamat Pengajian Pada Usia 57 Tahun

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Heng Meng Lai Graduan Tertua PSP, Tamat Pengajian Pada Usia 57 Tahun​

6c3754d42406dbc4f58f8b4fd374e7b16a744be4f06be

Graduan Heng Meng Lai, 57, menerima sijil Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada Majlis Konvokesyen Politeknik Seberang Perai (PSP) 2026, hari ini. - Kredit: PSP

Heng Meng Lai membuktikan usia bukan penghalang untuk mengejar ilmu apabila menjadi graduan tertua Politeknik Seberang Perai (PSP) selepas menamatkan pengajian pada usia 57 tahun.

Penerima Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada Majlis Konvokesyen PSP 2026 itu berkata  menyimpan impian untuk menyambung pengajian namun terpaksa menangguhkannya berikutan komitmen terhadap pekerjaan dan kehidupan.

Anak ketiga daripada tujuh beradik itu berkata pengalaman hidup yang penuh cabaran sejak kecil menjadi pemangkin untuk terus berusaha meningkatkan taraf kehidupan melalui pendidikan.

Lelaki itu berkata bapanya meninggal dunia ketika dirinya berusia sembilan tahun dan ibunya mengambil alih tanggungjawab menyara tujuh beradik dengan bekerja di sebuah kilang menjahit.

“Saya sentiasa percaya belajar tidak mengenal usia walaupun mengambil masa yang lama untuk menyambung pengajian. Saya tidak pernah melupakan impian untuk memiliki kelayakan akademik dan hari ini, saya bersyukur akhirnya dapat menggenggam diploma yang menjadi impian sejak sekian lama.

“Saya memilih bidang Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik kerana pengalaman bekerja di sebuah kilang elektronik menimbulkan minat untuk mendalami bidang ini secara lebih sistematik,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan PSP hari ini.

Heng berkata pengalaman di PSP amat bermakna kerana menerima sokongan dan bimbingan berterusan daripada pensyarah yang banyak membantunya menyesuaikan diri dengan suasana pembelajaran walaupun usianya jauh berusia berbanding rakan sekelas.

“Pensyarah di PSP sentiasa membantu. Mereka memberikan tunjuk ajar dengan penuh kesabaran dan sentiasa memberi semangat untuk saya terus berjaya sehingga saya tidak pernah berasa dipinggirkan walaupun menjadi pelajar paling berusia,” katanya.

Selepas menamatkan pengajian, Heng yang masih bujang bercadang untuk kembali bekerja bagi memanfaatkan ilmu dan kemahiran yang diperoleh sebelum meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi merealisasikan impian meningkatkan tahap pendidikan.

 
Back
Top
Log in Register