BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Help : Tubuh Syarikat Sdn Bhd @ Tubuh Koperasi Untuk Beli Company Berpotensi

lg satu, takde utg bulan2. klu koprasi dividen anualy. klu nak bulan2 bg gaji setiap bln atau fi pengarah ( sdn bhd)
 
Salam Tuan,

Saya cuba memberi pandangan,

Berdasarkan kenyataan diatas, banyak pekara yg harus perhalusi ... sebab ianya melibatkan :

a. Modal Yg Besar
b. Kuasa Mengurus dan Mentadbir
c. Hak, Kuasa, Struktur dan Pemegang Saham
d. Cara Pengagihan Pendapatan dsb.

Berdasarkan kepada situasi di atas, entiti yg terbaik adalah entiti Syarikat Sdn. Bhd. Penggunaan entiti Koperasi tidak digalakkan dalam situasi ini.

Koperasi secara umumnya adalah gabungan orang dalam dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Oleh yg demikian, di dalam koperasi .. risiko bagi memegang tampuk seperti Pengerusi, Setiausaha mahupun Bendahari ... sentiasa boleh berubah2. Dinasihatkan JANGAN.

Namun koleborasi atau kerjasama dengan pihak Koperasi masih boleh dijalankan terutamanya membantu antara satu sama lain.

Didalam entiti Syarikat Sdn. Bhd., corak pengurusan, peraturan dan struktur Pemegang Saham mahupun Para Pengarah (BOD) ... boleh disusun dan diolah agar memenuhi akan kehendak dan objektif Syarikat itu sendiri. Antara alat yg bileh digunakan adalah seperti meletakkan syarat2 tertentu di dalam Memorandum dan Artikel Syarikat (M & A). M & A boleh diselaraskan dengan kehendak2 tertentu ... asalakan ianya tidak bercanggah dengan Akta Syarikat 1965.

Sebagai contoh, boleh meletakkan syarat ... setiap Lembaga Pengarah wajib memegang sejumlah saham yg minima. Ataupun boleh meletakkan setiap Pengarah yg dilantik wajib mendapat Ganjaran atau imbuhan yg ditetap setiap tahun. Ini adalah antara cadangan yg boleh dibuat.

Namun bagi Syarikat Sdn. Bhd. yg kecil2an, jarang Syarikat mengadakan Syarat2 tertentu , cuma menggunakan pakai M & A yg sedia ada. Selebihnya akan diputuskan didalam Mesyuarat Agung Syarikat ataupun didalam EGM.

Membeli Syarikat Sdn. Bhd. ... Dalam kata lain pembelian ini biasanya merujuk kepada Pemindahan Saham Syarikat. Oleh yg demikian terdapat beberapa pekara yg perlu di titiberatkan pada peringkat ini. Antaranya :

a. Situasi Kewangan Syarikat yg hendah diambil-alih ketika itu. Tuan perlu mendapatkan Laporan Kewangan Terkini Di Audit Yg paling terakhir). Ini amat penting.
b. Perlu menilai akan Aset, Liabiliti, Ekuiti semasa.
c. Perlu menilai akan situasi terkini Cukai Syarikat dan liabilitinya
d. Isu2 Pematuhan dan Peraturan. Cth Pematuhan dibawah Akta Syarikat - Annual return, Audited Akaun, Kompaun (sekiranya ada)
e. Senarai kewibaan Syarikat seperti Projek yg sedia ada, Hutang2 kepada pihak ke3 sebagai contoh pihak Bank dsb.

Bagi yg meglibatkan amaun yg besar, adalah dinashatkan Tuan agar mencari firma Profesional sebeti Chartered Accountant mahupun Auditor bagi menjalan exercise yg dikenali sebagai Due Diligence atau Share Valuation terhadap Syarikat yg hendah diambil alih tersebut. Namun kosnya agar besar ... minimum RM10,000 (bergantung kepada size Syarikat tersebut).

Namun terdapat mereka tidak membuat exercise ini. Ini adalah disebabkan akan kepercayaan antara satu sama lain.

Sebagai Panduan ... pemindahan Saham tidak boleh dilakukan sekiranya TIADA LAPAORAN AUDIT TERKINI (iaitu tidak boleh melebihi 12 bulan dari Audit Terakhir). Mengapa saya terangkan begitu? ... sebab ramai yg telah terjerat dan terkena ... dengan alasan saham akan dipindahkan selepas duit dibayar ... sedangkan hakikatnya ianya perlu dilakukan melalui cara yg betul ... iaitu melalui Borang 32A. Borang 32A ini hanya boleh di stamduty apabila terdapat Audit Terkini seperti yg saya maklumkan diatas.

Percayalah Tuan ... ramai yg telah terkena ... so berhati2.

Keuntungan dibahagikan Setiap Bulan:
Pekara ini harus diperhalusi lagi. Sebab secara dasarnya :

a. Bagi penentuan Untung Rugi ... hanyalah boleh ditetntukan selepas Akaun Kewangan ditutup aiaitu setealh diambilkira akan kesemuan transakasi Syarikat.

b. Pada entiti Syarikat Sdn. Bhd. ... pengagihan keuntungan hanyalah berlaku pada selepas Audit disiapkan dan Cukai Syarikat telah dibayar. Ini dikenali sebagai DIVIDEN. Dividen akan diistiharkan kepada Pemegang Saham sahaja dan bukannya Director (Pegarah) ... melainkan Pengarah tersebut memegang saham Syarikat.

Kehebatan Dividen ini adalah amat memuaskan. Sebagai Contoh. Syarikat mendapat keuntungan RM100,000 atau boleh juga dianggap sebagai Pendapatan Bercukai. Selepas ditolak Cukai 20% iaitu RM20,000 ... maka bakinya adalah RM80,000. Secara dasarnya ... baki RM80,000 tsbt boleh diistiharkan sebagai Dividen keseluruhannya).

Dan bagi penerima Dividen tsbt iaitu Pemegang Saham ... tidak dikenakan cukai ... menarik bukan. :">

Cuma ... pengagihan keuntung secara bulanan seperti statement Tuan tadi harus diperhalusi ... bagi mengelakkan huru hara mahupun polisi dan peraturan Undang2 yg sedia ada. Perlu diingatkan bahawa ... Akta Syarikat dan Akta Cukai akan terlibat di dalam situasi ini.

PENGURUSAN

Corak Pengurusan dan Struktur Pemegang Saham ... amatlah2 PENTING. Siapa yg menjadi Pengarah dan siapa pula yg menjadi Pemegang Saham terbesar.

Bagi Pengarah .... mereka mempunyai kuasa mengurus dan mentadbir Syarikat.

Bagi Pemegang Saham ... mereka memunyai kuasa dalam menentukan arah tuju Syarikat dan juga mempunyai kuasa yg besar. Secara Indirectly ... merekalah mempunyai kuasa ke atas Syarikat melalui kuasa saham mereka.

Perlu diperhalusi dengan sebaik mungkin. :)


p/s: semoga ini membantu Tuan yg tidak seberapa ini.

terima kasih atas komen nasihat yang bernas dari tuan...
 
lg satu, takde utg bulan2. klu koprasi dividen anualy. klu nak bulan2 bg gaji setiap bln atau fi pengarah ( sdn bhd)

yep betul tu....

perkara ni timbul kerna ramai pemegang saham adalah gomen punyer
orang..

dan die orang nie nak amik untung bulanan... hurmmm.... susah jugak nak create bende ni.. :(
 
as salam semua...

disini hamba amat memerlukan pertolongan pakar berkaitan tubuh

syarikat sdn bhd atau tubuh koperasi untuk tujuan pembelian

sebuah syarikat berpotensi tinggi.

- cerita nya bermula :-

1) kawan baik nak jual sebuah company LPG.

2) harga hanye mampu dibeli oleh jutawan.

3) jadi hamba ada ramai kenalan sahabat handai yang berminat
tapi kekurangan modal. untuk beli kena satukan modal melalui..

4) cadangan yang ade untuk mencapai hasrat ni :-
a) tubuh koperasi dan beli company
b) tubuh syarikat sdn bhd dan beli company

5) modus operandi nya keuntungan harus di bahagi setiap bulan
kepada pemegang share syarikat.


jadi sekarang hamba di beri tugas untuk mengkaji sedaya upaya
kelebihan antara dua persoalan diatas.

harap mereka yang ade pengalaman dapat memberikan padangan yang
bernas dan bermanfaat.. terima kasih.

salam bro. nak tanya, brp orang yang nak jadi ahli? kalau >50orang, sdn.bhd. takleh.

penubuhan dan compliance, lebih mudah sdn.bhd.

pembahagian keuntungan, paling mudah, jadikan ganjaran pengarah. tiap bulan bagi. ni untuk sdn. bhd. untung ada lebih, declare dividen.
 
salam bro. nak tanya, brp orang yang nak jadi ahli? kalau >50orang, sdn.bhd. takleh.

penubuhan dan compliance, lebih mudah sdn.bhd.

pembahagian keuntungan, paling mudah, jadikan ganjaran pengarah. tiap bulan bagi. ni untuk sdn. bhd. untung ada lebih, declare dividen.

setakat nie dalam target 45orang...

tapi lepas kaji... mcm mustahil untuk membentuk 45 pemegang share.

minat ramai tapi serius... agak susah..
 
setakat nie dalam target 45orang...

tapi lepas kaji... mcm mustahil untuk membentuk 45 pemegang share.

minat ramai tapi serius... agak susah..

45 orang, mungkin dah layak buat berhad. tinggal tambah 6orang je. tapi memang rumit bro. kalau nak income bulan2, paling senang, lantik jadi pengarah. tapi, 45 orang? tak pernah dibuat.:))
 
TT carik shelf company yg tak aktif...beli dan tukar pengarah n M&A gitu
kos mngkn rm2.5k - rm3k...
nak bg income bulanan susah jugak utk ramai org...
carik org yg mampu bg modal lebih dulu, yg penting kualiti dr kuantiti..
boleh bincang dgn en radzi, pakar dlm hal ni..
 
Back
Top
Log in Register