korang pernah dengar tak bomoh yang hantar jin yang dibelanya ke sekian2 org? lpstu bomoh yg sama rawat org tu. lpstu ganjaran dapat la ke bomoh. Kita risau benda2 mcm ni boleh merosakkan akidah. Benda baik dijadikan tauladan , yang buruk dijadikan sempadan.
Ada 5 perkara yang wajib dipenuhi oleh seorang muslim terhadap saudaranya iaitu,menjawab salam,mendoakan orang yang bersin,memenuhi undangan,menjenguk orang yang sakit dan menghantar jenazah.
Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia mendapat pahala sebesar dua buah gunung."
Sesungguhnya Iblis berjanji untuk menyesatkan anak, cucu , cicit nabi adam hingga hari kiamat. Dibisikkan rasa was2 dalam hati ..
Sesungguhnya hanya Allah sahaja yang berkuasa di atas segalanya. Moga kita semua dilindungi oleh Allah dan ditempatkan disyurgaNya.