BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hati-hati wang kertas palsu

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
ALOR SETAR – Para peniaga di negeri ini diminta berhati-hati apabila menerima wang kertas RM100 dan RM50 daripada pelanggan kerana dikhuatiri ia merupakan wang palsu.

Sebuah syarikat pengedar surat khabar di Kompleks Perniagaan Alor Setar di sini mendakwa menerima wang palsu berjumlah RM250 yang didakwa diberikan oleh pelanggan kelmarin.

Pengurus Besar Kedai Buku Pena, Ahmad Razif Abdullah berkata, wang palsu berupa dua keping wang kertas RM100 dan sekeping RM50 itu diterima oleh dua orang pekerja wanitanya yang ketika itu sibuk menjalankan urusan perniagaan pada waktu pagi.

Menurut beliau, penerimaan wang palsu itu hanya disedari selepas ketua juruwang membuat kiraan wang keseluruhan dengan mengasingkan wang kertas mengikut nilai.

“Sebaik memegang tiga keping wang kertas tersebut, ketua juruwang itu mendapati ketiga-tiga keping wang kertas itu licin pada tanda tulisan ringgit berbanding berbintik-bintik pada wang kertas tulen,” kata beliau ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Katanya, ketua juruwang syarikat itu telah lebih 10 tahun bekerja di situ dan dia memang mengetahui perbezaan antara wang palsu dan tulen selepas dimaklumkan oleh kakitangan bank.

“Tidak diketahui siapa pelanggan yang memberi wang palsu itu tetapi kita syak ia angkara seorang pelanggan,” kata beliau.

Katanya, antara perbezaan ketara pada wang kertas palsu yang diterima ialah warnanya yang lebih gelap, kertas licin, bersaiz kecil dan garisan perak mudah ditanggalkan.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.
 
aku pun penah dpt offer beli duit palsu ni kat internet. Beli Rm100 dapat duit palsu Rm300.
 
hurm..

perlu alert la pasni..
 
salah besar ni oiii. saper2 yg menyimpan atau menggunakannya. akan didakwa mengikut seksyen (???) entah aku pun x hinggat. :D lebey baek serah je kat bank. abih citer!
 
cashier selalu alert x duit2 palsu neh? mana tau dpt duit palsu dr cashier:((.. pas tu gi CDM ..kena tendang:((..rugi wooo..klu kita bg kt cashier .. pasaraya arr yg rugi:D
 
aku pun penah dpt offer beli duit palsu ni kat internet. Beli Rm100 dapat duit palsu Rm300.

ko x beli ke??
pastu ko guna duit rm300 tu utk beli rm900..
dan buat lagi sampai ko jadi bilionair..
bole laa ko masuk list bilionair Malaysia dan seterusnye dunia..
 
kalau orang yg guna duit palsu tanpa disedari, boleh diambil tindakan ke?
 
Back
Top
Log in Register