BTC USD 61,610.0 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hati-hati jualan amal tipu

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Muslim menunjukkan resit bayaran rasmi PTA
< 1 / 1 >
YAN - Orang ramai dinasihatkan lebih berhati-hati dengan aktiviti jualan amal yang dikesan cuba menggunakan resit bayaran rasmi Pusat Tahfiz Amal (PTA) di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Pengetuanya, Muslim Ab Karim berkata, perkara itu amat membimbangkan kerana ada pihak tertentu cuba mengambil kesempatan untuk memburukkan imej dan nama baik PTA.

Beliau berkata, pihaknya tidak pernah menghantar pelajar untuk melakukan aktiviti jualan amal di sekitar negeri itu sebaliknya hanya di Pulau Pinang, Kedah dan Perlis.

“Pada saya, aktiviti yang dikesan berlaku di Kuala Lumpur dan Selangor mungkin penipuan. Mereka cuba buat resit bayaran palsu untuk kepentingan individu tertentu.

“Sebabnya kita tidak pernah hantar pelajar PTA ke negeri itu dan sudah menghentikan percetakan resit bayaran rasmi sejak enam bulan lalu,” katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, pihak berkenaan juga pernah ditahan kerana dipercayai melakukan pemalsuan pada resit bayaran dengan menggunakan nama dan logo rasmi PTA bagi tujuan perniagaan.

Beliau berkata, pemberhentian cetakan resit bayaran itu dibuat bagi mengelak berlaku penyalahgunaan kuasa untuk tujuan tertentu.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa pelajar PTA terlibat dengan jualan amal di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

“Kita akan ambil tindakan undang-undang kalau didapati ada individu yang cuba menggunakan nama dan logo PTA untuk tujuan itu, khususnya dakwaan yang tersebar di laman blog,” katanya.

Difahamkan, seramai 15 pelajar darjah lima dan darjah enam terlibat dalam aktiviti jualan amal di sekitar utara.

Bagaimanapun, aktiviti jualan amal itu dihentikan buat sementara waktu selepas Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) mengeluarkan notis pemberhentian operasi berkuatkuasa10 Februari lalu.


sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/hati-hati-jualan-amal-tipu-1.254646
 
kat kg aku selalu kat pasar malam ada mintak sumbangan buat pusat tahfiz

bila la agaknya nak cukup, macam dah bertahun rasanya ada kat situ
 
Semalam baru jumpa kat kluang jhr...aku tnya mcm2 terus belah budak tu...
 
baru je tadi budak pta ni nak mintak derma kat teman .. lokasi the mines..
 
cess baru malam tadi aku didatangi oleh sorang budak sekolah rendah jual barang untuk PTA ... bila aku tanya adakah pengetua nya brother yang main guitar macam elvis tu .. budak tu siap tunjuk 1 laminated surat dan foto pengetua nya ni .. dia kata datang dari Yan Kedah ... aku syak ni mesti geng scam azhar tu jugak ..
 
br tau area selangor ngn kl sume fake..

thanks for sharing!
 
kdang2...ade yg ambil kesempatan...kesian...
 
Back
Top
Log in Register