tuduh orang liwat ada dalam kitab
isu ini tok guru sudah beri pencerahan berpuluh tahun lepas
sekarang muncul kembali
jangan ikut sangat perangai ahli politaik
-----------
ISU QAZAF: ADAKAH TERMASUK TUDUHAN LIWAT?
Oleh kerana isu
qazaf berbangkit semula dan menjadi hangat, justeru dalam Bayan Linnas pada kali ini, kami tajukkan dengan Isu Qazaf: Adakah Termasuk Tuduhan Liwat? Semoga sebuah kefahaman yang jelas dipandu kepada kita semua. Amin.
Tujuan hukuman yang berat dikenakan terhadap para penabur fitnah dan penyebar aib seseorang khususnya isu
qazaf adalah bagi menyekat mereka yang suka menjadikan celaan berbentuk tuduhan seksual agar tidak meneruskan amalan jahat dalam menjatuhkan dan memalukan sesama orang Islam.
Ia bukan semata-mata untuk menyeksa pelaku jenayah, malah pendekatan hukuman hudud
qazaf ini adalah sebagai salah satu kaedah
‘sadd al-zara’i’[2] bagi mengekang perkara seperti ini daripada terus berleluasa.
Semoga ini dapat memberi sebuah kefahaman yang jelas berkenaan
qazaf kepada kita semua. Kami berdoa kepada Allah agar kita semua terhindar daripada terjebak dengan
qazaf kerana ia adalah termasuk daripada dosa-dosa besar. Sesungguhnya perkara berkaitan
qazaf sama ada membabitkan tuduhan zina atau liwat dipandang amat serius dalam Islam sehingga hukuman khas terhadap penuduh atau pelaku tersebut tanpa mengemukakan sebarang saksi. Justeru, hendaklah kita berhati-hati dan sentiasa memberi peringatan sesama kita agar ianya bukanlah mudah untuk dilafazkan atau dikatakan kepada seseorang.
Kami akhiri dengan doa kepada Allah SWT:
اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا، وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ، وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلًا، وَارْزُقْنَا اجْتنِاَبَهُ، وَلَا تَجْعَلْهُ مُلْتَبِسًا عَلَيْنَا فَنَضِلَّ، وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا
Maksudnya: Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran itu sebagai kebenaran, dan rezekikanlah kepada kami untuk mengikutinya. Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan itu sebagai kebatilan dan rezekikanlah kepada kami untuk menjauhinya, dan jangan jadikannya terkeliru atas kami sehingga kami sesat. Dan jadikanlah kami bagi orang yang bertaqwa sebagai pemimpin.
muftiwp.gov.my