BTC USD 75,937.3 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hati-hati dengan caj kad kredit bagi transaksi luar negara

Ms Senorita

Active Member
Messages
1,640
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
326
Points
41
PW8-NEOH_TEM1311_theedgemarkets.jpg

Photo by Haris Hassan/The Edge
PW8-Sedek-A_TEM1311_theedgemarkets.jpg

Kad kredit dan kad debit merupakan sebahagian daripada evolusi teknologi yang menyediakan pilihan kepada pengembara bayaran tanpa tunai ketika membuat pembayaran di luar negara. Walau bagaimanapun, ramai mungkin tidak menyedari tentang berapa caj yang dikenakan, terutamanya ketika menggunakan kaedah seperti penukaran mata wang dinamik (DCC).

DCC ialah perkhidmatan pilihan yang membolehkan pelancong membuat pembayaran dalam ringgit bukannya mata wang negara yang mereka lawati. Dalam kebanyakan kes, peniaga akan meminta pelancong sama ada mereka lebih memilih untuk membayar dalam mata wang tempatan atau ringgit. Ada yang memilih untuk membayar dalam ringgit, merasakan bahawa mereka membayar jumlah yang lebih rendah. Hakikatnya, ia adalah tertakluk kepada bayaran DCC dan berpotensi menjadi kadar pertukaran asing yang lebih tinggi daripada jika mereka membuat pembayaran dalam mata wang tempatan.

Menurut Mohd Sedek Jantan, Ketua Perancangan Pelaburan dan Kewangan di UOB Kay Hian Wealth Advisors, idea utama perkhidmatan ini adalah untuk memberi kemudahan untuk kegunaan pemegang kad, yang mana dengan pantas akan mengetahui berapa banyak yang mereka perlu bayar untuk titik transaksi. Ini kerana perkhidmatan DCC mengunci kadar pertukaran apabila urus niaga dijalankan.

Ia membandingkan dengan pilihan pembayaran lain dalam mata wang tempatan, dimana kadar tukaran ditentukan oleh pengeluar kad. Walau bagaimanapun, pengguna kad mungkin tidak menyedari tentang kadar semasa ketika itu kerana ia hanya digunakan pada hari urus niaga diproses, dan mungkin sehari selepas urus niaga itu dilakukan.

"Jika pelanggan memilih untuk membayar dalam mata wang ringgit, caj tambahan akan dikenakan oleh kad rangkaian [seperti Visa dan MasterCard], dari 0.8% hingga 1% pada jumlah ringgit yang diurusniagakan. Oleh itu, pelanggan perlu membayar caj urusniaga luar negara serta yuran perkhidmatan DCC. Caj ini dikenakan walaupun mereka mempunyai keisitimewaan perbankan (privilege) atau pelanggan perbankan swasta," kata Mohd Sedek.

Sebagai contoh, rakyat Malaysia pergi ke Singapura dan mahu membayar barangan bernilai S$ 1,000 dalam ringgit menggunakan kad yang dikeluarkan oleh Malaysia. Selepas kadar pertukaran dikenakan, jumlah dalam ringgit adalah RM3,200. Jika kadar DCC adalah 0.8%, beliau akan dikenakan bayaran sebanyak RM25.60.

Terdapat juga caj lain mungkin yang akan ditambah pada titik transaksi, seperti caj transaksi asing dan caj pentadbiran. Jika caj urusniaga luar negara sebanyak 1% dikenakan terhadap urus niaga yang disebutkan di atas, jumlahnya akan mencapai kepada RM3,257.60.

Berdasarkan pandangan sepintas lalu ke atas laman web bagi sesetengah bank di negara ini, kebanyakan darinya amat telus dalam mengenakan caj yang dikenakan untuk perkhidmatan ini, menyatakan dengan jelas yuran perkhidmatan DCC di laman web mereka dan sama ada kadar pertukaran lebih tinggi daripada yang biasanya dikenakan ke atas transaksi mata wang tempatan. Namun begitu, ada juga bank-bank lain yang tidak menyatakan bahawa pihaknya akan mengenakan bayaran untuk perkhidmatan DCC. Walau bagaimanapun, dibahagian berasingan pada halaman pendedahan caj untuk urus niaga ringgit yang dibuat di luar negara, memberi maklumat kepada pelanggan tentang bagaimana urus niaga ini dilakukan.

Bagi sesetengah bank-bank di Malaysia, semua urusniaga yang dibuat di luar negara secara automatik ditukar kepada ringgit menggunakan dolar AS sebagai mata wang asas pada tarikh ia diproses. Oleh itu, tidak ada pilihan untuk menggunakan kaedah DCC. Walau bagaimanapun, kadar tukaran mungkin ditentukan oleh rangkaian kad seperti Visa dan MasterCard. Urus niaga ini mungkin termasuk yuran pentadbiran atau pertukaran asing dikenakan lebih kurang 1% hingga 1.25%.

Sebagai contoh, jika seseorang memilih untuk membayar barang bernilai S$ 1,000 di Singapura, jumlah ini akan ditukarkan kepada matawang dolar AS terlebih dahulu. Menggunakan kalkulator dalam talian MasterCard pada 16 Mac, jumlah selepas penukaran berjumlah US$ 712.50. Kemudian ia ditukarkan kepada ringgit dengan caj perkhidmatan sebanyak 1.25%. Jumlahnya ialah RM3,097, tidak termasuk yuran yang lain.

Bagi sesetengah bank lain, caj urus niaga bergantung kepada kad yang dikeluarkan, tanpa mengira sama ada pembayaran dibuat dalam ringgit atau mata wang tempatan.


Perbelanjaan lebih bijak di luar negara

Menyedari terdapat kekurangan mengenai penjelasan tentang caj yang dikenakan terhadap urusniaga luar negara, Pengarah Perancangan Kewangan Finwealth Management Sdn Bhd, Felix Neoh berkata, rakyat Malaysia boleh mengambil beberapa langkah dengan mengamalkan perbelanjaan yang lebih bijak apabila ingin melakukan perjalanan. Contohnya: adalah lebih baik membuat bayaran terlebih dahulu apabila membuat perjalanan.

"Katakan anda mahu pergi ke luar negara dan ingin menyewa kereta. Biasanya, vendor akan meminta pelanggan mereka sama ada membayar caj tempahan atau bayaran penuh terlebih dahulu. Jika mereka memilih untuk berbuat demikian, satu-satunya caj yang ditanggung ialah kadar pertukaran. Tiada caj peniaga atau caj bank tambahan dikenakan," katanya.

Mereka yang mempunyai lebih banyak masa untuk merancang boleh membuka Akaun Pelbagai Mata Wang, Mohd Sedek memberi cadangan. Jika seseorang merancang untuk pergi ke London, misalnya, dia boleh membuka akaun GBP di mana-mana bank tempatan atau asing. Walaupun bank mungkin akan mengenakan bayaran, ia adalah lebih rendah daripada yuran transaksi kad kredit dan yuran DCC.

"Ada juga beberapa bank yang memberikan faedah ke atas deposit mata wang asing dan juga perlindungan insurans peribadi percuma untuk pemegang Akaun Pelbagai Mata Wang. Sekiranya anda mempunyai akaun simpanan atau gaji di Bank A, saya mencadangkan supaya beliau membuka Akaun Mata Wang Asing di bank itu juga. Ini akan menyediakan penggabungan akaun kepadanya, menjadikan ia mudah untuk menguruskan kewangan peribadinya," kata Mohd Sedek.

Neoh berkata pelancong Malaysia boleh melihat pilihan pembayaran lain seperti kad multi-matawang. Hanya beberapa saja yang ada di pasaran, termasuk Kad Debit Visa Multi-Mata Wang RHB, kad BigPay AirAsia dan Money Merchantrade, kad prabayar dan e-wallet.

Kad RHB mempunyai caj penukaran sifar atau caj transaksi bagi mata wang dibawah sokongannya. BigPay hanya menggunakan kadar pertukaran MasterCard, tanpa sebarang bayaran tambahan, ke atas transaksi luar negara yang menggunakan kad. Merchantrade Money membolehkan para pengguna pramuat kad mereka dengan mata wang negara-negara yang mereka lawati, membolehkan mereka membuat pembayaran tanpa bayaran tambahan. Walau bagaimanapun, ia mungkin tertakluk kepada yuran keahlian, yuran tahunan dan bayaran lain untuk perkhidmatan seperti pengeluaran tunai.

Neoh menasihatkan pelancong Malaysia supaya membeli-belah dengan kadar yang terbaik dan mempertimbangkan kemungkinan yuran tersembunyi yang dikenakan sebelum membuat urus niaga luar negara. "Ramai orang menghubungi bank mereka untuk memaklumkan kepada mereka bahawa mereka akan ke luar negara hanya untuk memastikan bahawa kad mereka tidak disekat. Mereka tidak menghubungi untuk bertanya caj apa yang akan dikenakan kepada mereka. Saya fikir rakyat Malaysia perlu lebih sedar mengenai bayaran yang dikenakan ke atas mereka dan faktor ini ke dalam rancangan perjalanan mereka."

Mohd Sedek bersetuju. Beliau berkata rakyat Malaysia perlu selidik dahulu untuk mendapatkan kad yang sesuai dengan keperluan mereka. "Ada bank menyediakan kad kredit khusus untuk perjalanan. Pelanggan juga boleh memilih untuk debit atau kad prabayar. Dan kedua ia mempunyai kelebihan kadar pertukaran yang lebih kompetitif.

"Secara umumnya, semua penyedia kad perlu mendedahkan terma dan syarat dan memberi penjelasan bagaimana mereka menentukan kadar penukaran mata wang dan bayaran bagi urus niaga luar negara. Terdapat beberapa maklumat kewangan yang boleh didapati dalam talian untuk pelanggan membuat perbandingan."

==========================================================

Payments: Beware of credit card charges for overseas transactions

Credit and debit cards are part of the technological evolution that has provided travellers with the cashless option when making payments overseas. However, many may not be aware of some of the charges imposed, especially when using features such as dynamic currency conversion (DCC).

DCC is an optional service that allows travellers to pay in ringgit rather than the currency of the country they are visiting. In many cases, merchants will ask travellers whether they prefer to pay in the local currency or ringgit. Some may choose to pay in ringgit, believing that they are paying a lower amount. In fact, they will be subject to a DCC fee and potentially a higher foreign exchange rate than if they had paid in the local currency.

According to Mohd Sedek Jantan, head of investment and financial planning at UOB Kay Hian Wealth Advisors, the main idea of the service is to provide ease of use for cardholders, who will immediately know how much they are required to pay at the point of transaction. That is because the DCC service locks in the exchange rate when the transaction is carried out.

This compares with other options of paying in the local currency, such as where the exchange rate is determined by the card issuer. However, card users may not be aware of the prevailing rate on the spot as it is only applied on the day the transaction is processed, which could be days after the transaction itself.

“Once a customer chooses to pay in ringgit, there will be additional charges imposed by the card networks [such as Visa and MasterCard], ranging from 0.8% to 1% on the ringgit amount transacted. Hence, the customer will need to pay the overseas transaction fees plus the DCC service fee. This fee is applied even if they are a privilege banking or private banking client,” says Mohd Sedek.

For example, a Malaysian goes to Singapore and wants to pay for goods worth S$1,000 in ringgit using a Malaysia-issued card. After the exchange rate has been applied, the amount in ringgit may be RM3,200. If the DCC rate is 0.8%, he will be charged RM25.60.

There are also other fees that could be added on at the point of transaction, such as a foreign transaction fee and administration fee. If an overseas transaction fee of 1% is levied on the above-mentioned transaction, the total amount would come to RM3,257.60.

Based on a cursory look at the websites of some banks in the country, a few of them are very transparent when it comes to the charges imposed for these services, clearly stating the DCC service fee on their websites and whether the exchange rates are higher than those typically imposed on local currency transactions. Other banks, on the other hand, do not state that they charge for the DCC service. However, there is a separate section in their fee disclosure page for ringgit transactions made overseas, informing clients how these transactions are treated.

For some banks in Malaysia, all transactions made overseas are automatically converted into ringgit using the US dollar as the base currency on the date it is processed. Hence, there is no option to use the DCC feature. However, the exchange rates may be determined by card networks such as Visa and MasterCard. The transactions may include an administration fee or a foreign exchange spread ranging from 1% to 1.25%.

For example, if one chooses to pay for goods worth S$1,000 in Singapore, this amount is converted into US dollars first. Using MasterCard’s online calculator on March 16, the amount after conversion comes to US$712.50. This is then converted into ringgit at a spread fee of 1.25%. The total amount is RM3,097, excluding other possible fees.

For some other banks, the transaction charges depend on the card issued, regardless of whether payments are made in ringgit or the local currency.


Spending smarter overseas

Acknowledging that there is a lack of clarity when it comes to the charges applied to overseas transactions, Finwealth Management Sdn Bhd director of financial planning Felix Neoh says Malaysians can take some steps to practise smarter spending when travelling. For instance, it is best to make payments in advance before travelling.

“Let’s say one wants to go overseas and would like to rent a car. Usually, the vendors will ask their clients to either pay a booking fee or pay in full in advance. If they choose to do so, the only charge incurred is the exchange rate. There is no additional merchant or bank fee,” he says.

Those with more time to plan can open a multi-currency account, suggests Mohd Sedek. If one is planning to travel to London, for example, he can open a GBP account at any local or foreign banks. Although the banks may impose some fees, these are relatively lower than the credit card transaction fees and DCC fee.

“Also, some banks provide interest on foreign currency deposits and even free personal insurance coverage for multi-currency account holders. If one already has a savings or salary account at Bank A, I suggest that he open a foreign currency account at the bank too. This will provide him with account consolidation, making it easier for him to manage his personal finances,” says Mohd Sedek.

Neoh says Malaysian travellers can look at other payment options such as multi-currency cards. There are several in the market, including the RHB Multi-Currency Visa Debit Card, AirAsia’s BigPay card and Merchantrade Money, a prepaid card and e-wallet.

RHB’s card features zero conversion charge or transaction fee for its supported currencies. BigPay only applies MasterCard’s exchange rate, with no additional fees, on overseas transactions made using the card. Merchantrade Money allows users to preload their cards with the currencies of the countries they are visiting, allowing them to make payments with no additional fees. However, they may be subject to a membership fee, annual fee and other fees for services such as cash withdrawal.

Neoh advises Malaysian travellers to shop around for the best rates and consider the possibility of hidden fees before making any overseas transactions. “A lot of people call their banks to inform them that they are going overseas only to ensure that their cards are not blocked. They do not call to ask what fees they will be subject to. I think Malaysians need to be more aware of the fees imposed on them and factor these into their travelling plans.”

Mohd Sedek concurs. He says Malaysians should do some research to get cards that best suit their needs. “Some banks provide specific credit cards for travel. Customers can also opt for debit or prepaid cards. The latter tend to have a more competitive exchange rate.

“Generally, all card providers have to disclose the terms and conditions and explain how they determine currency conversion rates and the fees for overseas transactions. There are a number of financial aggregators available online for customers to make comparisons.”

Sumber : the edge markets
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register