soybean
CG Hardcore Club

- Messages
- 63,243
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2009
- Messages
- 63,243
- Reaction score
- 4,135
- Points
- 661
Seorang wanita dermawan yang sudah berusia telah menyerahkan seekor kambing kepada Luqmanul Hakim untuk disembelih, seraya berpesan:
“Berikan bahagian yang paling buruk daripada kambing ini untuk saya makan.”
Setelah menyembelih kambing tersebut, Luqmanul Hakim pun menyerahkan hati dan lidah kambing tersebut kepada wanita berkenaan.
Selang beberapa hari kemudian, sekali lagi wanita berkenaan menyerahkan seekor lagi kambing kepada Luqmanul Hakim untuk disembelih. Kali ini, wanita berkenaan berpesan kepada Luqmanul Hakim agar memberikan kepadanya bahagian yang paling baik daripada kambing yang disembelih itu.
Setelah disembelih, Luqmanul Hakim pun menyerahkan hati dan lidah kambing kepada wanita berkenaan.
Dengan kehairanan, wanita berkenaan bertanya kepada Luqmanul Hakim:
“Kenapakah tuan menyerahkan lidah dan hati kambing kepada saya ketika saya meminta agar diberikan bahagian yang paling buruk daripada kambing itu? Dan, kenapa kedua-duanya juga diserahkan kepada saya ketika saya berpesan agar diberikan bahagian yang paling baik?”
Luqmanul Hakim pun menjawab:
“Hati dan lidah adalah anggota badan yang paling baik ketika mana kedua-duanya berada dalam keadaan yang sangat baik. Namun, apabila kedua-duanya berada dalam keadaan yang sangat buruk, maka kedua-duanyalah anggota badan yang paling buruk.”
Mendengar jawapan yang sangat bijaksana daripada Luqmanul Hakim itu, wanita berkenaan pun faham apa yang cuba disampaikan oleh Luqmanul Hakim kepadanya. Iaitu, hati dan lidah adalah punca segala kebaikan, dan hati dan lidah jugalah punca segala keburukan.
Justeru itu, awasilah hati kita dan lidah kita pada setiap masa. Kerana, daripada kedua-duanyalah kita akan mendapat sama ada pahala mahupun dosa. Dan, kerana kedua-duanya jugalah destinasi akhirat kita akan ditentukan sama ada di syurga mahupun di neraka.
30 zulhijjah 1438
(21 september 2017)