BTC USD 60,797.8 Gold USD 4,365.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hassan bina buggy murah

Pak M

Active Member
Messages
1,957
Joined
Mar 26, 2010
Messages
1,957
Reaction score
281
Points
41
KULAIJAYA: Akibat tercabar dengan penghinaan dilemparkan pemilik kedai yang menjual kenderaan lasak (buggy) 11 tahun lalu, Hassan Embi, 40, dari Taman Indahpura, sanggup berkelana ke Kuala Lumpur untuk mengumpul modal menghasilkan kenderaan berkenaan.

Menurut Hassan, dia dihina pemilik perniagaan terbabit kerana mahu membeli sebuah buggy terpakai dengan harga murah.

“Penghinaan itu memeritkan dan saya tekad mempelajari kaedah menghasilkan buggy hingga sanggup menutup bengkel kimpalan di Kempas.

“Berbekalkan modal RM70,000 yang saya kumpul sejak bekerja di ibu kota, saya kembali ke sini dan membuka bengkel menghasilkan buggy di Jalan Kenanga, Indahpura,” katanya.

Menurut Hassan yang juga pemilik Perusahaan Otomobil Lasak, dia bercita-cita menjadikan buggy sebagai satu daripada segmen sukan lasak di negara ini.

Katanya, langkahnya menceburi bidang berkenaan mampu menepis pandangan masyarakat yang menganggap sukan itu, jika berjaya direalisasikan, memerlukan belanja besar serta eksklusif untuk golongan berada saja.

“Tidak dinafikan harga buggy amat tinggi hingga ada yang mencecah RM60,000 seunit, namun rakyat Malaysia mempunyai alternatif untuk mendapatkan kenderaan lasak ini dengan harga murah tanpa meminggirkan aspek keselamatan.

“Saya amat teruja dengan sambutan luar biasa diberikan peminat buggy,” katanya.

Menurut Hassan, selain berharga semurah kira-kira RM15,000, pihaknya juga memberikan khidmat nasihat sebelum dan selepas jualan.

“Buggy keluaran syarikat saya dinamakan ‘Rangcar’ iaitu akronim bagi ‘rangka kereta’,” katanya.
 
Attachments

  • 45.2 KB Views: 408

aku tau kedai ni, tak tahu pula owner dia Melayu.
 
wahhh..nih baru Malaysia Boleh..padan muke tokey kedai tuh..ingt org melayu tak mampu ker :))
 
Back
Top
Log in Register