BTC USD 62,135.3 Gold USD 4,436.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hasil jualan makin turun

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Sharief menunjukkan baju yang boleh didapati di Bak Tailor.


PEMILIK Kas Tailor Sdn Bhd, Hayati Shuadi berkata, jualan syarikatnya merosot sehingga 50 peratus sejak deretan bazar moden yang dibuka di depan Wisma Yakin dibuka.

"Sejak itu jualan semakin merosot dan ada pengunjung baru yang tidak tahu kewujudan kedai kami di sebalik bazar itu.

"Bukan itu saja, pelanggan sudah ramai kurang datang kerana susah masalah parkir," katanya ketika ditemui Sinar Harian di Wisma Yakin, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, dahulu kawasan itu terkenal sebagai lokasi membeli-belah pakaian daripada golongan usahawan Bumiputera, sekarang keadaan berubah.

Dakwanya, sebaliknya kawasan itu kini dimonopoli peniaga Bangladesh, Pakistan dan Indonesia.

Demi mempertahankan perniagaannya di kawasan itu, Hayati berkata, dia terpaksa mempelbagaikan pemasaran lain untuk meningkatkan pendapatan syarikat seperti mengambil tempahan baju-baju korporat dan perkahwinan.

"Bukan itu saja, kami juga mengambil tempahan bagi majlis-majlis lain seperti sambutan Maal Hijrah dan Maulidur Rasul.

"Sehingga kini, kemerosotan jualan dapat dikurangkan sehingga 30 peratus," katanya, yang telah beroperasi di Wisma Yakin sejak 26 tahun lalu dan mempunyai cawangan lain di Seksyen 7, Shah Alam.

Kas Tailor Sdn Bhd adalah pengeluar pakaian khusus untuk baju Melayu. Selain pakaian pasang siap, Kas turut menerima tempahan menjahit baju Melayu yang kini banyak bergantung kepada tempahan pelanggan tetap.

Hayati berkata, syarikatnya bertahan kerana mempunyai pelanggan tetap yang setia datang berkunjung dan membeli baju daripada syarikatnya.

Mengulas jumlah tempahan setiap bulan, Hayati berkata, walaupun semakin perlahan tetapi setiap bulan pihaknya masih menerima 50 tempahan.

"Jika mahu dibandingkan dengan tempahan dulu memang berbeza, kos sara hidup pun semakin meningkat," katanya yang turut menerima tempahan daripada pelanggan seperti Australia, Singapura dan United Kingdom (UK).

Tutup kedai jika terpaksa

Berlainan pula dengan Pengarah Eksekutif II Bak Tailoring Sdn Bhd, Sharief Sohaimi yang mengakui jumlah jualannya semakin merosot sejak Ramadan lalu.

"Dapat dilihat trend jualan dan belian tidak banyak menyumbang kepada pendapatan syarikat pada Ramadan tahun ini.

"Saya mahu lihat trend itu tahun depan, jika jualan tetap tidak meningkat, kemungkinan besar kedai eksklusif Bak akan ditutup dan akan buka cawangan lain di lokasi baharu seperti Bandar Baharu Bangi," katanya.

Menurutnya, terdapat dua cawangan Bak di Wisma Yakin dan pihaknya yakin jika salah satu cawangan ditutup tidak akan memberi kesan kepada syarikatnya.

Mengulas kesan pembukaan bazar moden itu, Sharief berkata, tidak dinafikan ia memberi kesan kepada jualan.

Namun, menerusi jenama Bak yang lama di pasaran, syarikat itu yakin jenamanya akan mendapat tempat di kalangan pelanggan tetap.

Katanya, jika dulu, kawasan itu menyumbang 50 peratus jualan syarikat namun kini semakin berkurangan dan pelanggan lebih tertumpu untuk mengunjungi cawangan baharu yang terletak di Ukay Boulevard, Ulu Klang.

"Secara perlahan-lahan tiga cawangan Bak di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) mencatatkan jualan paling rendah," katanya.
 
Back
Top
Log in Register