PinguSpy
Super Active Member
- Messages
- 8,141
- Joined
- Jan 15, 2007
- Messages
- 8,141
- Reaction score
- 114
- Points
- 73
sib baik xde butang thanks... heheadus, saya malas nak komen lebey2....
bagi saya, bukan umno shj bersalah.
tapi yg bersalah ialah umno dan bangsa melayu itu sendirikk...
nape saya camtu? nak saya listkan kesalahan melayu itu sendiri?
1. dpt bantuan diesel subsidi, suruh pergi ke laut menangkap ikan. tapi, nelayan ni yg rata2nye org melayu jual diesel subsidi ke thai.. jual diesel lagi untung dr tangkap ikan...
salah sape tu? dh dapat subsidi, tp dijualnye ke thai... salah kerajaan jugak ke?:-?
2. kebanyakan org2 felda atau mane2 la kaum melayu yg telah diambil tanah oleh kerajaan utk dimajukan. mendapat pampasan yg tinggi utk tanah tersebut..
cth terbaik ialah felda LBJ, bersebelahan felda sendayan di negeri sembilan yg mendapat duit lebih 1 juta seorang pada tahun 1996, tapi apa jadi pada mereka skrg? dulu time dpt duit 1 juta, beli kereta, banglo cash. kereta2 mewah berlambak2... ada yg kawin lebih, bercerai-berai, bergaduh sesama adik beradik kerana merebutkan duit yg banyakkk...
skrg apa yg jadi pada mereka? semua dah jadi org biasa balik.. rumah dari banglo bertukar rumah biasa. ada tu, sampai terpaksa mendapat simpati jiran utk makan sesuap nasi.
kalo yg dpt duit 1 juta tu org cina, mesti 10 tahun selepas tu diorg dh ada kilang, beberapa kedai, hypermarket, berkandang2 haiwan ternakan, rumah di merata2 tempat, berpuluh2 kereta mewah, tanah2 di kawasan2 hotspot.
3. org melayu ni, dibagi subsidi, tapi semua dibuat alibaba.
cth: mereka mendapat tanah dari kerajaan utk mengusahakan pertanian. dpt 5 ekar tanah pinjaman, byr hye rm500 SETAHUN. tapi, bukan nak usahakan tanah tu. jual nama kat org cina bayar la rm500 sebulan, dptla rm6k setahun.. yg usahakan org cina tanah seluas 5 ekar tu..
rasa2nye salah siapa ek? dahla dapat tanah free kerajaan bg, pergi jual nama kat cina..
sebenarnye banyak lagi kesalahan melayu yg kite sndiri tak nampak. kalo umno tu toksah cite la keburukan diorg.. berlambak2.. tapi, kite org melayu yg dh diberi keistimewaan subsidi, tapi nape jual subsidi tu?????
bagi saya, utk memajukan bangsa melayu, kite hendaklah menambahkan ilmu pengetahuan terhadap pengurusan kewangan dan perniagaan baru dpt bersaing dgn kaum2 lain. bukan berfikir bagaimana nak jual SUBSIDI YG KERAJAN BAGI!!
kalo pas yg amik alih malaysia pun, kalo sikap melayu tak berubah. sampai bila2 pun takkan kaya melayu ni..
aku slalu gk bergaduh dgn cina...
kadang2 diorang kutuk melayu.. aku nk lawan balik pun serba salah... sebab apa yg diorang tu cakap adalah betul..
