BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hasil bahan binaan tempatan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Fadillah Yusof


KEMENTERIAN Kerja Raya menggesa pemaju bekerjasama dengan institusi pendidikan serta pemain industri bagi menghasilkan bahan binaan daripada sumber tempatan.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata penghasilan bahan binaan di dalam negara bukan sahaja membantu industri pembinaan tempatan, malah membuka peluang untuk dieksport keluar negara.

“Ini kerana harga barangan binaan adalah bergantung kepada tekanan pasaran dan dengan usaha sama antara pihak pemaju dan institusi pendidikan seperti universiti, dan alternatif tersebut, akan memberi ruang dalam menurunkan harga hartanah yang semakin meningkat,”
katanya selepas Upacara Pecah Tanah Projek Persimpangan Lebuhraya Southville City di Bangi, semalam.

Terdahulu dilaporkan kenaikan harga bahan binaan adalah faktor menyumbang peningkatan harga rumah.

“Semua pemain industri kita, sama ada pembekal, pengeluar atau kontraktor perlu melihat dari sudut ini, ambil peluang ini hasilkan bahan mentah) dan tumpu kepada kepentingan rakyat Malaysia dan kuasai segmen eksport daripada membelinya,” kata Fadillah.

Beliau berkata pemaju tidak boleh mengawal harga bahan mentah sekiranya mereka mendapatkannya dari luar negara.

“Daripada mengatakan kenaikan harga rumah adalah disebabkan kos bahan binaan, kita sebaliknya boleh menimbang untuk menghasilkan bahan mentah (dalam negara) dan kemungkinan untuk mengukuhkan industri,” katanya.

Menurut beliau,sektor swasta penyumbang terbesar kepada nilai projek pembinaan negara.

Katanya, dalam tempoh sembilan bulan tahun ini, sektor swasta menyumbang RM57 bilion kepada industri pembinaan negara berbanding RM12 bilion daripada kerajaan. - Bernama
 
Back
Top
Log in Register