BTC USD 80,454.8 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Crypto Analysis Hashrate Harian Bitcoin Berkurangan 50%

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,559
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,559
Reaction score
7,740
Points
916
Hashrate Harian Bitcoin Berkurangan 50% Selepas China Mengharamkan Perlombongan Kripto;

Hashrate ialah kadar kuasa pemprosesan komputer setiap saat yang digunakan untuk melombong wang kripto. Lebih tinggi bermakna lebih baik. Tetapi menurut The Block, hashrate Bitcoin kini telah merosot hampir 50% berbanding hanya sebulan yang lalu.

Semalam hashrate adalah 86,000 peta hash sesaat (PH/s) tetapi ini adalah hampir separuh dari 168,000 PH/s pada 15 Mei yang lalu. Penurunan mendadak ini adalah disebabkan perlombongan kripto telahpun diharamkan di China minggu ini. Hampir 50% aktiviti perlombongan kripto global dilakukan di China dengan ia mencecah 65% pada awal tahun lalu.

Nilai wang kripto turun mendadak sejak sebulan yang lalu juga menyumbang kepada penurunan hashrate. Ketika artikel ini ditulis, nilai 1 Bitcoin ialah RM 139,813, hampir separuh dari nilai tertinggi RM 269,883 yang dicapai pada bulan April yang lalu.

1624609282764.png

Sumber asal https://www.theblockcrypto.com/post...te-declines-50-percent-china-mining-crackdown
 
Bacaan Lanju

China Menutup Lebih 90% Operasi Pelombongan Bitcoin

Dilaporkan nilai mata wang Bitcoin terus menyusut selepas kerajaan China meminta pelbagai institusi kewangan untuk menghentikan sebarang transaksi melibatkan kriptowang. Ini adalah bagi mengelakkan wang kripto dari digunakan untuk aktiviti seperti pengubahan wang secara haram.

Wilayah Sichuan yang selama ini menjadi pusat perlombongan kripto di China mula menguatkuasakan larangan kepada membekalkan tenaga elektrik kepada syarikat yang disyaki melakukan aktiviti perlombongan. Kerajaan tempatan memberikan kuasa kepada syarikat pembekal elektrik untuk memutuskan terus bekalan sekiranya syarikat disyaki melakukan aktiviti tersebut. Sichuan menjadi pusat perlombongan kerana bekalan elektrik dijana menggunakan kuasa hidro yang lebih murah.

Selain Sichuan, pengharaman turut telah dilakukan di Xinjiang, Mongolia Dalam dan wilayah Yunnan. Pengedali operasi perlombongan kripto di China kini mengalami kerugian dan perlu mencari alternatif seperti berpindah ke Rusia.

1624609425622.png

Berita asal https://www.globaltimes.cn/page/202106/1226598.shtml
 
Nilai Bitcoin Terus Menurun - China Meminta Bank Halang Transaksi Kriptowang

Nilai Bitcoin kini dilihat terus menurun, dimana kini bernilai bawah RM140k. Salah satu puncanya adalah kerana China meminta pelbagai institusi kewangan untuk menghentikan sebarang transaksi melibatkan kriptowang. Hal ini secara tidak langsung memberikan sentimen negatif terhadap pasaran kriptowang dan membawa kepada pelbagai kriptowang berkurangan nilainya.

Arahan terhadap bank China ini selari dengan pengumuman pihak berkuasa China sebelum ini. Malah, beberapa kawasan di China turut telah mengharamkan aktiviti melombong kriptowang. Bank pusat di China mengatakan ia membawa kepada risiko transaksi tidak sah antara negara, selain pengubahan wang haram.

Selari dengannya, pelbagai institusi kewangan di China telah mengatakan akan mengambil langkah berkaitan dalam mengekangnya. Ketika artikel ini ditulis, nilai Bitcoin adalah sekitar RM137k, sementara Ethereum adalah sekitar RM8.3k.
 
Back
Top
Log in Register