BTC USD 81,647.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harta Pusaka & Amanah Raya

mungkin sekarang ARB dah ok, tapi dulu ramai orang merungut proses lama sangat kene tunggu, pegawai ARB pulak kata kalau nak cepat kene bayar dia dulu.
 
penting wasiat ni

wasiat memang penting. proses nak selesai pusaka tu bukan senang dan cepat. kalau ada tulis wasiat pun memakan masa 18bulan utk setel. kalau xde wasiat lagi la lama mencecah 5thn, kadang2 5thn belum tentu boleh setel juga. jangan amik mudah pasal pengurusan wasiat ni hukum faraid pun kena melalui proses mahkamah dulu juga. mengikut statistik feb 2010 yg aku tau dalam RM72juta harta dibekukan sebab xdapat nak diagihkan. Kalau termasuk property entah berapa billion yg harta dibekukan. Setiap org yang mempunyai tanggunggan perlu membuat wasiat kalu buat di Amanah Raya Berhad(ARB) cajnya hanya RM350 shja. Apalah nilai tersebut dgn nilai harta yg ada. Kalau nak membuat wasiat pada pendapat aku dgn ARB yg terbaik sebab ia kekal lama lagipun ia kerajaan punya.kalau nak mengetahui lanjut pasal ARB ini linknya.
http://www.arb.com.my/bm/index.asp
 
benda senang tak yah di susah2 kan...
aku dulu settle harta pusaka bapak aku kat ARB senang jer..
dokumen pun bukan byk sgt..

lepas hantar dokumen, tunggu tak sampai setahun.. settle.. bahagi2 ikut faraid..

kalau guna ARB tugas kita cuma sediakan dokumen jer, lepas tu terima harta pusaka... benda2 lain takyah fikir sgtlah..

cuma sesetengah org... bab menunggu tu yg tak tahan.. hehe
 
macam mana kalau harta yg tak di wasiatkan tu jatuh tangan kepada penjaga bukan anak2 si mati. boleh tuntut balik tak? kes tahun 1940 an
 

Uruskan Sendiri.... Takde Kena Caj... Cuma Kena Buat Keje Sana-Sini :">:">:">


Pergi Ke Pejabat Tanah Tanya Untuk Uruskan Harta Pusaka :)paid

p/s : Urus Sendiri Atau Guna Khidmat ARB sama je lambatnya :p:p
[/QUOTE

ye ker x kena cas?kenapa saya uruskan semua sekali tapi amanah raya tetap kenakan cas sebanyak 4peratus dari harta yang di tuntut?
dah la dia amibil 4peratus..segala yuran pendaftaran.buka fail pun perlu di bayar..
 
TT ada solution ke atau nak promote solution ke ?
 
kes pertama aku dengan ARB dah selesai... hasil dah kuar. ARB Penang memang mudah, cuma N17 yang keja kat mahkamah syariah penang ja mangkaq mengalahkan peguam...

esok aku nak pi ushar kes kedua pulak.
 
kami di WASIYYAH SHOPPE menguruskan harta pusaka secara percuma kepada waris sehinggan mendapat pembahagian dari mahkamah. Semasa hidup, penting untuk kita merancang harta. Email saya utk maklumat lanjut

helmiluqman - 0196689511
http://[email protected]
 
kasi up balik .....

mungkin info ni berguna :

Bayaran Balik Wang Tak Dituntut - Tuntutan Oleh Individu

Dokumen-dokumen berikut perlu dikemukakan kepada pejabat Pendaftar oleh pihak yang menuntut :

1. Satu borang UMA-7 yang telah siap diisi dan ditandatangani;
2. salinan fotostat kad pengenalan pihak menuntut yang telah disahkan;
3. dokumen asal yang menunjukkan hak kepunyaan WTD; (umpamanya buku akaun bank, waran dividen, sijil simpanan tetap); dan
4. salinan mukasurat buku akaun atau penyata bank tempatan yang mengandungi maklumat pemegang akaun dan nombor akaun yang telah disahkan. Pemohon perlu memastikan akaun tersebut masih aktif kerana bayaran akan dikreditkan terus ke akaun pemohon.

Dokumen-dokumen tambahan yang diperlukan bagi tuntutan oleh individu :

1. Jika pihak yang menuntut tidak dapat menyerah dokumen asal yang menunjukkan hak kepunyaan WTD sepertimana yang ditetapkan dalam perenggan iii) di atas, beliau perlu memperolehi surat pengesahan yang menunjukkan butir-butir terperinci terhadap wang yang ingin dituntut dari syarikat atau firma yang telah menyerah WTD itu kepada Pendaftar.
2. Warga negara asing yang membuat tuntutan perlu mengemukakan salinan mukasurat pasport yang telah disahkan mengandungi nombor pasport, nama negara yang mengeluarkannya, nama dan gambar pemegang pasport dan juga muka surat yang menunjukkan tempoh sah laku pasport tersebut.
Bagi warganegara asing yang tidak mempunyai dokumen pasport, surat kuasa sah lain yang mengesahkan pengenalan dirinya perlu dikemukakan.
Bagi warganegara Singapura, salinan kad pengenalan yang telah disahkan boleh dikemukakan.
3. Jika pihak yang menuntut bukan empunya asal wang tetapi mempunyai hak di sisi undang-undang terhadapnya, beliau dikehendaki mengemukakan dokumen bukti yang menunjukkan hak berkenaan.

Dokumen yang boleh diterima termasuk :
o Surat Kuasa Mentadbir
o Sijil Pemberian Probet
o Surat Wakil Kuasa
o Borang E / F menurut Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955
o Perintah Mahkamah
o Sijil Faraid
o Pengesahan oleh syarikat atau firma bahawa simati telah membuat penamaan waris

4. Akaun simpanan kanak-kanak (bawah umur) yang dikendalikan mengikut tatacara pegangan amanah
Di mana akaun seseorang kanak-kanak dikendalikan oleh seorang individu sebagai pemegang amanah, tuntutan bayaran balik hanya boleh dilakukan oleh pemegang amanah yang dimaksudkan itu melainkan kanak-kanak itu telah mencapai umur 18 tahun pada masa tuntutan dibuat (umur 12 tahun bagi pemegang akaun Bank Simpanan Nasional).

Tuntutan-tuntutan sepertimana berikut memerlukan Borang Bon Gantirugi (UMA-8) yang perlu diisi dan dimatikan setem hasil RM10.00 :

1. Jika pihak yang menuntut dimana tuntutan oleh waris tanpa sijil pemberian probet atau surat kuasa bagi amaun tidak melebihi RM2,000.00; atau
2. kes tertentu tertakluk atas budi bicara Pendaftar WTD.

Pengesahan bagi semua salinan dokumen sokongan boleh dilakukan oleh individu-individu warganegara Malaysia sepertimana berikut :

1. Pegawai Kerajaan dalam Kumpulan Pengurusan Dan Profesional
2. Penghulu atau Penggawa atau Pengerusi JKKK
3. Pegawai Daerah
4. Ahli Dewan Undangan Negeri
5. Ahli Parlimen
6. Pesuruhjaya Sumpah atau Jaksa Pendamai

Pendaftar WTD berhak meminta apa-apa dokumen yang diperlukan untuk membuktikan tuntutan tersebut adalah sah dan benar walaupun permohonan lengkap diterima.

Amaun WTD yang akan dipulangkan oleh Pendaftar adalah amaun yang telah diserahkan oleh syarikat atau firma tidak termasuk sebarang faedah terakru keatas wang tersebut. - See more at: http://www.teratakusang.com/2011/03/menuntut-wang-akaun-tidak-aktif.html#sthash.4KIfOlPG.dpuf
 
ikut2 kan tak perlu amanah raya, pasal pembahagian harta sudah ditetapkan dalam Islam..masalah ye ramai dok kasi wasiat hidup lak yg tidak mengikuyt Islam
 
Back
Top
Log in Register