Harta Pusaka & Amanah Raya

CG Sponsors




eusahawan

Active Member
Joined
Jan 3, 2007
Messages
1,249
Reaction score
94
Points
30
Salam to all .....

Banyak duit & harta yg tak di tuntut oleh rakyat malaysia.

Mengapa dan kenapa ?

okey ... mungkin kita boleh pecahkan perbincangan ni kepada beberapa bahagian :

Bagaimana utk tuntut :
1. Harta pusaka yg melibatkan wang
2. Harta pusaka yg melibatkan tanah / kenderaan / rumah
3. Harta pusaka yg melibatkan wang & tanah / kenderaan / rumah


p/s : harap ada forumer yg tahu ... sudi berkongsi info ..
TQ
 
Sponsored Post

qaz123

Super Active Member
Joined
Jul 12, 2008
Messages
5,645
Reaction score
169
Points
78
bgs isu ni...aku pon mungkin ada yg nak dituntut...tp xtau proses cmana....nak kompem harta tu mmg ada cmana...kalau pegi tp xde malu sehh
 

eusahawan

Active Member
Joined
Jan 3, 2007
Messages
1,249
Reaction score
94
Points
30
bgs isu ni...aku pon mungkin ada yg nak dituntut...tp xtau proses cmana....nak kompem harta tu mmg ada cmana...kalau pegi tp xde malu sehh
yup .....

tetiba arwah mati ... tak sempat buat wasiat.... saper pun tak tau kat bank mana arwah simpan duit ... harta apa yg arwah ada .... ???

ke mana kita nak pergi tanya ?

tak'kan nak pergi ke semua bank .... ?
buatnya arwah ada simpan duit kat oversea ... cemana ?

Jika arwah seorang kontraktor .....
pastinya ada claim dr jabatan2 tertentu yg masih belum diclaim ...
hutang piutang ... bla-bla .....


ponin weh ....:-?
 

podgie

Active+ Member
Joined
Jun 23, 2008
Messages
4,245
Reaction score
1
Points
30
kalu masuk amanah raya bab hrta si mati kerja lambat..nape agknye ye
 

kapak

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
19,557
Reaction score
251
Points
131
Salam to all .....

Banyak duit & harta yg tak di tuntut oleh rakyat malaysia.

Mengapa dan kenapa ?

okey ... mungkin kita boleh pecahkan perbincangan ni kepada beberapa bahagian :

Bagaimana utk tuntut :
1. Harta pusaka yg melibatkan wang
2. Harta pusaka yg melibatkan tanah / kenderaan / rumah
3. Harta pusaka yg melibatkan wang & tanah / kenderaan / rumah


p/s : harap ada forumer yg tahu ... sudi berkongsi info ..
TQ
harta pusaka kecil: harta alih je / campuran harta alih & xalih yg nilainya kurang dari 2juta
boleh tuntut di pejabat pusaka kecil dan pejabat tanah di depan pegawai penyelesai pusaka

harta pusaka besar: harta alih je / harta xalih je / campuran keduanya yg nilainya melebihi 2juta
boleh dituntut di mahkamah tinggi sivil je

harta pusaka ringkas: harta alih je yg nilainya kurang dari 2juta.
blh dituntut di amanah raya bhd
 

eusahawan

Active Member
Joined
Jan 3, 2007
Messages
1,249
Reaction score
94
Points
30
harta pusaka kecil: harta alih je / campuran harta alih & xalih yg nilainya kurang dari 2juta
boleh tuntut di pejabat pusaka kecil dan pejabat tanah di depan pegawai penyelesai pusaka

harta pusaka besar: harta alih je / harta xalih je / campuran keduanya yg nilainya melebihi 2juta
boleh dituntut di mahkamah tinggi sivil je

harta pusaka ringkas: harta alih je yg nilainya kurang dari 2juta.
blh dituntut di amanah raya bhd
Tuan pernah berurusan dgn Amanah Raya ke ?
Berapa % mereka caj ?
Apakah semua perkara dari a to z ... mereka akan uruskan ?
atau clien yg tak tahu apa-2 yg kena uruskan ?
 

kapak

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
19,557
Reaction score
251
Points
131
Tuan pernah berurusan dgn Amanah Raya ke ?
Berapa % mereka caj ?
Apakah semua perkara dari a to z ... mereka akan uruskan ?
atau clien yg tak tahu apa-2 yg kena uruskan ?
x la.. ape yg saya sebut tu ialah apa yg saya belajar dlm subjek undang2 & pentadbiran pusaka semester lepas:D
 

ratusanRM

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,686
Reaction score
359
Points
131
Tuan pernah berurusan dgn Amanah Raya ke ?
Berapa % mereka caj ?
Apakah semua perkara dari a to z ... mereka akan uruskan ?
atau clien yg tak tahu apa-2 yg kena uruskan ?

Uruskan Sendiri.... Takde Kena Caj... Cuma Kena Buat Keje Sana-Sini :">:">:">


Pergi Ke Pejabat Tanah Tanya Untuk Uruskan Harta Pusaka :)paid

p/s : Urus Sendiri Atau Guna Khidmat ARB sama je lambatnya :p:p
 

kapak

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
19,557
Reaction score
251
Points
131
proses tuntutan harta pusaka kecil

1- pegawai penyelesai pusaka (PPP) menerima permohonan utk bahagi harta pusaka kecil dan membuka fail

2- PPP mendaftarkan permohonan tu di pejabat pendaftar mahkamah tinggi, kl

3- PPP terima jawapan dari pejbt pendaftar mahkamah tinggi kl samada tuntutan tu dh dibuat atau x

4- PPP minta penghulu utk buat penyiasatan utk memastikan harta si mati

5- PPP menilai harta si mati dan tentukan samada harta tu harta pusaka besar, kecil atau ringkas

6- PPP pindahkan permohonan kpd mahkamah tinggi (jika harta pusaka besar) atau pindahkan kpd PPP yg lain jika harta tu terletak dlm negeri lain (dgn perintah pengarah tanah dan galian negeri)

7- PPP mendapatkan sijil faraid drp mahkamah rendah syariah daerah bagi org2 Islam

8- PPP tentukan tarikh, masa, dan tempat perbicaraan

9- PPP buat perintah perlantikan seseorang sbg penjaga bagi seorang remaja / org gila / seumpamanya

10- PPP adakan perbicaraan pada hari, masa dan tempat yg telah ditetapkan

11- PPP buat perakuan jika berlaku pertikaian bersampingan samada tentang harta pusaka si mati, mana2 org yg berhak atau apa2 hutang dan sbgnya, PPP mengambil tindakan susulan tentang pertikaian bersampingan itu

12- PPP sediakan perintah pembahagian dlm borang tertentu dan mengambil tindakan mengeluarkan perintah yg berhubung pendaftaran tanah
 
Sponsored Post
Top
Log in Register