BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Haron Din: Allah eksklusif untuk Islam

Dzoolhelmi™

Legendary Member
gem
Messages
10,486
Paid Membership
Joined
Dec 8, 2008
Messages
10,486
Reaction score
164
Points
133
e0b34f7ada79999c9db24aaea1899c89.jpg

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din hari ini menegaskan bahawa kalimah Allah hanya eksklusif untuk Islam sahaja manakala agama-agama lain tidak dibenarkan sama sekali menggunakannya.

Beliau yang kini berada di Mekah meminta umat Islam mempertahankan kalimah itu daripada dirosakkan kumpulan tertentu dan menjadikannya asas kukuh dalam kehidupan, lapor Utusan Malaysia.

Katanya, semua pihak wajib faham bahawa kalimah Allah merujuk kepada Tuhan Yang Esa seperti disebut dalam surah al-Ikhlas dan bukan berbilang-bilang seperti kepercayaan Kristian.

''Atas itu juga saya mengajak umat Islam sekalian marilah bersama-sama bersyukur kepada Allah kerana sampai sekarang kalimah Allah setelah diperjuangkan sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan dikekalkan hanya untuk Islam.

''Dengan kata lain, kalimah suci ini hanya eksklusif untuk orang Islam sahaja sementara permohonan daripada agama lain, mahkamah tidak membenarkannya," beliau dipetik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia.

Berbeza dengan pandangan Pakatan

Kenyataan Haron itu berbeza dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mengekalkan pendirian mereka bahawa orang bukan Islam boleh menggunakan kalimah Allah, seperti kenyataan Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali (bawah) semalam.

Mahkamah Rayuan Isnin lalu tidak membenarkan mingguan Katolik The Herald menggunakan kalimah Allah dalam seksyen bahasa Melayu penerbitannya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Seri Mohamed Apandi Ali memutuskan demikian secara sebulat suara selepas membenarkan rayuan kerajaan dan menteri dalam negeri.

Kuorum berkenaan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi pada 31 Disember 2009 yang membenarkan permohonan semakan kehakiman oleh Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam (responden) agar The Herald dibenarkan menggunakan kalimah Allah.

SOS : MK
 
Dalam kes nie PAS nampak tersepit sgt antare pandangan pimpinan PAS sendiri dan pimpinan PR
Cabaran amat besar sebab perlu memikirkan kesan setiap statement kpd umat Islam dan kesan kpd pengundi PR secare keseluruhan

Tapi antare kenyataan Haron Din dan Mustafa Ali, mungkin penyokong akan berpihak kat kenyataan Haron Din
Sebab Haron Din timb. Musyidul, lebih arif dalam bidang agame
 
ak sokong tuan guru haron din..kalo kite benarkn kristian guna klimah ALLAH mksdnye kite setuju dgn pegengan kristian yg mggunakan knsep triiniti...ltak politik dlu kt tepi..kne fhm agama then mskkn politik bru sempurna.
 
mane geng2 yg dok bekup kapir2 nie...
nak tau gak pendapat korang... musydul PAS pon dak bg kate putus...
ingat sikit sensitiviti org muslim...
 
aku setuju dgn kenyataan ust asri. perkataan allah boleh digunakan oleh agama lain. sbb dari zaman nabi agama lain dah gunakan. cuma kalau nak haramkan perkataan allah utk agama lain buatlah atas nama kerajaan bukan atas nama agama. sbb agama membenarkan
 
kalau itu permintaan beliau maka tnpa rasa ragu aku turutkan nasihat dari beliau...
insyallah ustaz... :)

jom sama2 kita dengar dan ikut nasihat dari beliau... :)
 
berbeza dlm pendapat itu biasa.. even mazhab pun berbeza2..

jgn pula kita jadi bingung atau batu api pula...
 
ok boleh cite kt sini keyboard warrior CG...
 
kristian pun percaya dgn Allah tp dorang percaya Jesus tu anak Tuhan..

aku pernah baca2 kitab bible..

kat sane mmg ada Allah..

tapi dorang sebut perkataan 'Allah' tu bunyi slang dia agak pelik sikit lah

 
Sokong sejuta%..... Tapi ada nampak sore2 mcm terpaksa je menyokong... Pi lantak la setakat gebang je dlm forum..
 
Back
Top
Log in Register