BTC USD 83,473.0 Gold USD 4,181.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Harimau Muda sertai Liga-A

real_rolls

Super Active Member
Messages
6,726
Joined
Jun 5, 2006
Messages
6,726
Reaction score
266
Points
81
Kelana Jaya: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bercadang menghantar Harimau Muda A untuk beraksi di Liga Australia (Liga-A) musim 2014/2015 mulai Oktober tahun depan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, bagaimanapun berkata badan induk bola sepak negara itu perlu mengkaji terlebih dahulu status penyertaan dan kewangan sebelum membuat keputusan.
“Kita ada membincangkan untuk menghantar Harimau Muda A ke Australia, selain ke Slovakia atau Brazil.

Singapura turut dipelawa

“Bagi kita memang bagus untuk pasukan kita bermain di Australia tetapi kita perlu kaji terlebih dahulu dari segi status penyertaan dan kewangan. Jika tidak kita mungkin akan menghadapi kesukaran lain,” kata Hamidin ketika ditemui di Wisma FAM, petang semalam.

Selain Malaysia, Liga-A turut mempelawa Singapura dan Indonesia untuk menghantar satu kelab masing-masing bagi menyertai 10 kelab Australia lain yang sedang beraksi dalam liga berkenaan ketika ini.

“Sehingga kini kami masih belum mendapat penjelasan terperinci daripada pihak Liga-A sama ada penyertaan kelab kita itu bakal menyaksikan kita perlu berkampung terus di Australia sepanjang musim liga atau ada perlawanan boleh dilangsungkan di Malaysia,” katanya.
Malaysia dilantik jadi hos

Sementara itu, Hamidin berkata, Malaysia dilantik sebagai hos untuk memohon kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) bagi menganjurkan Liga Super ASEAN (ASL) yang dijangka dimulakan pada 2015.

Beliau berkata, pasukan yang menyertai liga berkenaan membabitkan satu atau dua kelab dari setiap negara anggota.

“Kita akan menubuhkan satu syarikat untuk menganjurkan ASL dengan Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sebagai penasihatnya manakala pengerusi yang dilantik ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS), Zainudin Nordin,” katanya.
 
baik hantar kat sepanyol...juara dunia tu...diorang hanatar sebab komisen agen sampai kat diorang la tuh...bukan ada apa2 pun
 
Australia baru jer kena belasah ngan France 6-0...:))
 
Kalau masuk liga-A ni division berapa?
 
Kalau brazil, spain, jepun dan lain2 kuasa besar tuh menjemput kita join liga diorg, OK laa. takkan kita suka-suka je nak join? kalau diorg setuju dgn penyertaan kita, boleh laa join. :D

tentang penyertaan skuad HM-A di liga australia, pada pendapat aku bagus jugak tuh. pendedahan kepada pemain muda kita bersaing dgn pemain2 senior australia yg pernah dan bakal mewakili Australia di Piala Dunia. Satu usaha yg baik buat pasukan negara.

Tentang kewangan plak, cari laa sponsor dr syarikat2 GLC Malaysia nih. For sure syarikat2 GLC Malaysia takkan lepaskan peluang untuk sponsor HM-A dan promote company/produk diorg di Australia. Kalau contoh TM sponsor, mana tau TM boleh dapat projek2 di Australia plak. Aku yakin dgn prestasi semasa skuad datuk OKS yg memberangsangkan nih, tak susah nak tarik dan carik penaja utk skuad HM-A nih.


* Ambik je laa mana-mana peluang yg ada untuk bermain di luar negara. Lebih bagus berbanding bersaing di liga tempatan atau liga singapura. kurang kesan positifnya...
 
jap jap tgh pikir lagi, mana yg bg offer bagus blh lah pilih.
 
bagi aku OK je... liga Brazil lg ok atau Eropah..
jgn bg terperap dlm negara je..
tp pastikan main LIGA...bkn main friendly je..
 
Back
Top
Log in Register