BTC USD 60,548.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Tanpa Tembakau Sedunia!

Mr. K®

Super Active Member
Messages
9,590
Paid Membership
Joined
Nov 4, 2008
Messages
9,590
Reaction score
70
Points
75
BannerTakNak.jpg



Hari ini Ahad, 31 Mei 2009 adalah Hari Tanpa Tembakau Sedunia!

Jadikan hari ini HARI BERHENTI anda. Sertai seluruh dunia utk katakan TAK NAK Merokok. Hari ini adalah hari terbaik utk anda katakan:


taknak.jpg" alt="Tak Nak Merokok!


Lebih 5 juta nyawa terkorban setiap tahun akibat kesan tembakau. Ia adalah satu²nya produk pengguna yg sah di pasaran yg blh membunuh jika digunakan.

Sebahagian amaran bergambar di kotak rokok di Malaysia:

phw+3+top+carton+with+font.jpg
phw+4+top+carton+with+font.jpg

phw+5+top+carton+with+font.jpg
phw+6+top+carton+with+font.jpg


Tip mudah berhenti merokok:
- Akui anda perlukan bantuan;
- Pilih tarikh berhenti & usaha ke arahnya;
- Dapatkan sokongan ahli keluarga & rakan²; dan
- Dapatkan nasihat drpd doktor anda.

Apa yg blh anda lakukan?:
- Banyakkan pengetahuan tentang bahaya merokok & asap rokok basi;
- Luahkan sokongan anda terhadap kempen Amaran Bergambar pada kotak rokok;
- Jadikan Hari Tanpa Tembakau Sedunia sbg titik permulaan utk anda berhenti merokok; dan
- Jika anda bukan seorg perokok, nasihatilah golongan perokok yg anda kenali agar berhenti merokok serta-merta.

Jika anda terasa ingin merokok, lakukan perkara berikut:
- Tarik nafas 3 kali secara perlahan-lahan;
- Kunyah gula² getah atau buah²an tp elakkan benda manis;
- Basuh tangan krn tangan basah mengelakkan anda memegang rokok;
- Lengahkan masa 5 minit atau katakan tunggu sebentar seblm menyalakan rokok;
- Minum air masak & elakkan minuman berkafien;
- Alihkan perhatian anda! Banyakkan aktiviti sihat, bersenam, meditasi & mandi dgn kerap; dan
- Elakkan diri dr tmpt merokok & drpd perokok lain.

Jika anda memerlukan bantuan utk membuang tabiat merokok, hubungi Infoline Berhenti Merokok: 03-8883 4400 (Isnin-Jumaat, 8am-5pm).

BannerTakNa01.jpg


INGAT, AMAT SUKAR UNTUK BERHENTI MEROKOK! JADI, JANGAN MULAKAN!!
BERHENTI Sekarang! Merokok Amat Merugikan!

:SUMBER:
 
Last edited:
erk, xleh tahan la.......:">:">:">
 
jap lagi aku berenti la..
 
yup mai pakat berenti rokok :)cgrock

pd geng CGrians lain yg ada pengalaman merokok & kini tlhpun 101% bebas dr ketagihan merokok, blh la share kt sinie apa-apa petua yg diamalkan.

mudah-mudahan ianya dpt membantu dlm memberi inspirasi kpd kwn-kwn lain yg punyai tekad & kemahuan utk BERHENTI!
 
bosan ar rokok....nek ar harga sebatang RM100,baru org xbeli

kalo la hrg rokok naik smpi RM100 sebtg..aderkah mrk ini akn berhenti merokok? ataupun mrk akn berhenti membeli? :-?

berhenti membeli dgn berhenti merokok adalah 2 perkare berbeza..mungkinkah mrk berkongsi, sbtg rokok kongsi hisap 5 org? :-?
 
pd geng CGrians lain yg ada pengalaman merokok & kini tlhpun 101% bebas dr ketagihan merokok, blh la share kt sinie apa-apa petua yg diamalkan.

mudah-mudahan ianya dpt membantu dlm memberi inspirasi kpd kwn-kwn lain yg punyai tekad & kemahuan utk BERHENTI!


ok aku mula dulu..

sejarah dalam hidup aku berhenti rokok lepas 10 tahun bergelumang :">

tips yang boleh dikongsi:

1.Pertama AZAM yang kuat
2.Seboleh-bolehnye try dalam bulan puase
3.Byak tengok gamba2 potong n operate sal rokok :(:(

Seterusnya sape2 ada pengalaman leh sambung
:)cgrock
 
Back
Top
Log in Register