BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Strok Sedunia

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
143,166
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
143,166
Reaction score
25,934
Points
2,866
KENYATAAN AKHBAR KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
HARI STROK SEDUNIA 2021

1635577837136.png

1635577849353.png

1635577859603.png

1635577870664.png
 



[HARI STROK SEDUNIA]
29 Oktober setiap tahun adalah Hari Strok Sedunia. Strok atau angin ahmar boleh berlaku secara tiba-tiba kepada sesiapa saja yang mengamalkan gaya hidup tidak sihat. Pesakit darah tinggi, diabetes, paras kolestrol tinggi dan perokok berisiko tinggi mendapat strok. Stres atau tekanan hidup berpanjangan juga meningkatkan risiko strok kerana menyebabkan tekanan darah meningkat.

Disini terdapat beberapa info berkaitan dengan pemakanan untuk pesakit strok.

[29 OCTOBER 2021]

1635578561407.png

1635578577253.png

1635578587532.png

1635578605846.png

1635578614759.png



 
Ini sekiranya tiada tindakan pencegahan diambil sejak awal, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

1635579018937.png


Seorang dari empat penduduk M'sia dianggar alami strok menjelang 2040

Diterbitkan: Oct 30, 2021 10:02 AM


Hasil kaji selidik Global Burden of Disease Stroke Statistics Worldwide pada 2016 menganggarkan seorang daripada empat penduduk Malaysia akan mengalami strok menjelang 2040 sekiranya tiada tindakan pencegahan diambil sejak awal.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagi menghindari perkara tersebut, rakyat negara ini perlu mengamalkan gaya hidup sihat dengan tidak merokok atau mengambil tembakau dalam apa jua cara, mengamalkan pemakanan yang sihat, melakukan aktiviti fizikal dan mengelak pengambilan alkohol.

Selain itu katanya, semua pihak perlu memainkan peranan membantu pesakit dan penjaga pesakit selain melaksanakan langkah pencegahan serta kawalan bagi memastikan prevalen dan komplikasi penyakit strok di negara ini dapat diturunkan.

“KKM (Kementerian Kesihatan) menyeru semua pihak terutamanya petugas kesihatan agar bersama-sama menggembleng tenaga memberikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan berpaksikan pesakit.



“Ini dapat membantu pesakit dan penjaga dalam menangani isu berkait penyakit strok seterusnya mengurangkan prevalen dan komplikasinya akan tercapai,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Strok Sedunia 2021 semalam.

Berkongsi laporan daripada kajian Monitoring Stroke Burden in Malaysia yang dijalankan pada 2017, beliau berkata kajian itu menganggarkan sebanyak 150 dalam 100,000 penduduk Malaysia mengalami penyakit strok dengan purata kemasukan harian ke hospital sebanyak 92 kes.

Katanya, kajian itu turut melaporkan sebanyak 40 peratus daripada pesakit strok adalah daripada individu yang berusia 60 tahun ke bawah.

“Malaysia juga mencatatkan hampir 32 kematian setiap hari akibat strok dan pesakit strok dibebani dengan pelbagai morbiditi dengan tujuh daripada 10 pesakit strok bergantung kepada orang lain bagi meneruskan kehidupan,” katanya.

Menurut Dr Noor Hisham, walaupun kualiti perkhidmatan strok akut di negara ini menunjukkan peningkatan namun masih terdapat individu yang mengalami ketidakupayaan selepas menghidap penyakit strok.

Katanya, ketidakupayaan itu adalah komplek dan melibatkan pelbagai aspek termasuk fizikal, kognitif, sosial dan emosi.

“Ini meningkatkan beban penyakit dan mewujudkan keperluan yang tinggi untuk perkhidmatan rehabilitasi strok yang efektif bagi mengurangkan komplikasi awal serta meningkatkan tahap kefungsian seseorang individu yang mengalami strok,” kata Dr Noor Hisham.

Menyentuh mengenai komitmen kerajaan, beliau berkata KKM telah mewujudkan Kerangka Strategik Program Perubatan 2021-2025 pada Mei tahun lepas dengan menggariskan tujuh strategi utama khususnya bagi memperkukuhkan penyampaian perkhidmatan kesihatan di hospital.

- Bernama

 
Back
Top
Log in Register