BTC USD 84,531.7 Gold USD 4,177.72
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ni Korang Baca/Tulis Ape?

Obama jamin tamatkan perang Iraq jika menang
06/07/2008 7:11pm

ST. LOUIS 6 Julai – Calon Demokrat ke White House, Barack Obama semalam memberi jaminan rancangan beliau untuk menamatkan perang di Iraq sekiranya beliau menjadi Presiden Amerika Syarikat (AS) tetap tidak berubah.

Obama melahirkan rasa hairan dengan kritikan tajam terhadap kenyataannya minggu ini bahawa beliau mungkin “memperhalus” jadual waktu untuk mengundurkan askar tempur AS dari Iraq.

“Saya tidak fikir kenyataan saya itu bercanggah dengan kenyataan terdahulu dan mengubah pandangan strategik saya bahawa perang itu perlu ditamatkan dan saya akan menamatkannya sebagai Presiden,” kata Obama kepada wartawan di dalam pesawatnya.

Senator dari Illinois itu telah menjadikan tentangan awalnya terhadap perang di Iraq sebagai hujah utama kempen beliau untuk merebut pencalonan Parti Demokrat.

Obama pada Rabu lalu menyatakan, beliau mungkin meminda rancangannya untuk membawa pulang askar AS dalam tempoh 16 bulan selepas menduduki White House jika keadaan di Iraq berubah.

Kenyataan itu mendapat liputan meluas dan kritikan pedas daripada pelbagai pihak, dengan kem Parti Republikan mendakwa Obama kini mula berdolak-dalik berhubung Iraq.

Beliau bagaimanapun menegaskan komitmen penuhnya untuk menamatkan perang itu.

“Saya akan memanggil semua ketua turus bersama dan memberi tugas baru kepada mereka iaitu menamatkan perang tersebut,” kata Obama.

Beliau bakal berdepan dengan calon Republikan, John McCain yang merupakan penyokong kuat perang Iraq, pada pilihan raya Presiden November ini yang sudah pasti banyak tertumpu kepada masa depan askar AS di Iraq. – Reuters
 
Anwar umum bertanding di Kulim-Bandar Baharu pula
28/07/2008 4:39pm

KULIM 28 Julai – Selepas Bandar Tun Razak, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan pula beliau akan bertanding pilihan raya kecil Parlimen Kulim-Bandar Baharu dalam tempoh terdekat.

Pengumuman itu dibuat malam tadi, hanya dua hari setelah beliau membayangkan perkara yang sama bagi Parlimen Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur.

Anwar berkata, beliau mungkin bertanding di Kulim-Bandar Baharu sekiranya Mahkamah Tinggi Alor Star membatalkan keputusan pilihan raya umum lalu dan mengisytiharkan perlunya pilihan raya kecil bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan.

“Jika tiada halangan, saya akan bertanding di Kulim-Bandar Baharu. Ahli Parlimen sekarang (Zulkifli Nordin) telah bersetuju memberi laluan,'' katanya ketika berceramah di Kelab Rekreasi Cina (CRC) Kulim.- Utusan.
 
hari ni aku baca orang post salah thread kot:p
 
bace yang ni......

Pas beri amaran kepada DAP jangan campur urusan parti
28/07/2008 9:19pm

ALOR STAR 28 Julai – Pas hari ini memberi amaran kepada DAP agar tidak mencampuri urusan parti itu sambil menegaskan bahawa ia berhak untuk berbincang dengan mana-mana pihak yang diingininya termasuk UMNO.

Pesuruhjaya Pas Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, parti itu sama sekali tidak rela untuk mengikut telunjuk sesiapa dalam perjuangannya dan ekoran itu DAP yang menjadi sekutunya dalam pakatan pembangkang tiada hak untuk menghalang atau menentukan tindak-tanduk Pas.

“Pas, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hanya bekerjasama sebagai satu pakatan untuk menghadapi BN (Barisan Nasional) dalam pilihan raya lepas, bukan gabungan macam BN.

“Malaysia adalah negara bebas dan mengapa kita mesti mengikut telunjuk orang,” katanya ketika mengulas kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu pakatan pembangkang mengkaji semula keanggotaan Pas berikutan tindakannya mengadakan rundingan dengan UMNO demi perpaduan Melayu.

Semalam, Karpal menganggap tindakan Pas itu sebagai tidak ikhlas kerana ia mengundang keraguan tentang kredibiliti parti itu dalam pakatan pembangkang dan oleh itu keanggotaan Pas perlu dikaji semula.

Kenyataan terbaru Karpal itu dilihat sebagai tanda perpecahan mula ketara dalam pakatan parti pembangkang itu.

Azizan yang juga Menteri Besar Kedah berkata, Karpal tidak berhak untuk mempertikai sebarang tindakan yang diambil Pas atau meminta Pas merujuk dahulu kepada DAP atau pakatan pembangkang jika ingin berbincang dengan UMNO.

“Karpal sendiri pernah menyatakan langkah mayat dia dulu kalau mahu pakatan pembangkang berunding dengan UMNO. Pas sudah melaksanakannya. Sekarang terpulang kepada dia (Karpal untuk tindakan lanjut),” kata Azizan.

Beliau berkata, Pas sebenarnya menyambut baik usaha Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang juga Presiden UMNO untuk bermuzakarah kerana Pas telah lama berharap usaha murni itu dapat direalisasikan.

“Cerita Pas mengajak UMNO bermuzakarah bukan baru, jadi tiada apa yang perlu dirisaukan oleh parti dalam pakatan pembangkang,” kata Azizan.

Di SHAH ALAM, Setiausaha Agung PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika cuba untuk meredakan keadaan menyifatkan perkembangan antara Pas dan DAP itu sebagai masalah politik yang biasa berlaku dalam setiap parti politik.

Beliau berkata, pergeseran dan perbezaan pendapat bukan sahaja berlaku di antara parti di bawah pakatan pembangkang tetapi juga wujud di antara parti di dalam BN.

“Masalah politik ini adalah masalah biasa, dalam UMNO pun ada masalah politik, dalam pakatan pembangkang pun ada perbezaan pendapat tetapi akhirnya tujuan mereka jalankan usaha politik ialah untuk kebajikan rakyat. Kalau tidak, buat apa mereka masuk politik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bengkel anjuran “Task Force” Tanah dengan kerjasama kerajaan Selangor di sini, hari ini.

Ditanya sama ada beliau berpendapat tindakan Pas mengadakan pertemuan dengan UMNO itu bukan satu kesalahan, Abdul Khalid menjawab: “Tak ada, ini politik... saya rasa ia (Pas) akan cuba nilai keadaannya tetapi bagaimanapun kepimpinan Pas, PKR dan DAP menyatakan bahawa pakatan pembangkang adalah mantap,’’ katanya. – BERNAMA.
 
bace yg ni....

AS bekal Israel sistem pengesan peluru berpandu
30/07/2008 5:58pm

WASHINGTON 30 Julai – Amerika Syarikat (AS) akan menempatkan peralatan pertahanan yang menghubungkan Israel dengan dua sistem pengesan peluru berpandu tidak lama lagi, untuk membolehkan rejim Yahudi itu menangkis sebarang kemungkinan serangan senjata nuklear dari Iran.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak semalam berkata, kedua-dua sekutu rapat itu juga sudah berada pada peringkat akhir rundingan untuk menaik taraf perisai peluru berpandu balistik Arrow II milik Israel.

Washington mengetuai usaha untuk menghalang program nuklear Iran menerusi sekatan dan turut menyedari ancaman Israel untuk melancarkan serangan tentera jika usaha diplomasi dirasakan menemui jalan buntu.

Barak berkata, kerajaan Israel dan AS sehaluan berhubung keperluan untuk tidak menolak sebarang pilihan dalam usaha menyekat program nuklear Iran.

Beliau adalah antara pemimpin Israel yang lantang mengkritik laporan perisikan AS pada tahun lepas yang menyatakan Iran telah membatalkan program senjata nuklearnya pada 2003.

Menteri itu, bagaimanapun enggan menyatakan sama ada Israel sanggup bertindak sendirian untuk melancarkan serangan ke atas Iran.

Teheran bagaimanapun menafikan dakwaan bahawa negara itu mahu membina senjata nuklear dan juga berikrar untuk bertindak balas terhadap sebarang serangan ke atasnya.

– Reuters
 
Wan Azizah lepas Parlimen Permatang Pauh
31/07/2008 3:44pm

KUALA LUMPUR 31 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan beliau akan bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh yang dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman dibuat pada sidang akhbar di ibu pejabat parti itu di sini sebentar tadi.

Dr. Wan Azizah merupakan Ahli Parlimen kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999 iaitu selepas selepas Anwar dipecat daripada parti dan kerajaan setahun sebelum itu dan dihadapkan di mahkamah.

Kini Dr. Wan Azizah merupakan Ketua Pembangkang di Parlimen.- The Star.
 
bace citer pasal minyak........pasal dsai!
 
pasal muhyiddin......pasal shaberry.....
 
Back
Top
Log in Register