eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KESATUAN (PERSURATAN) PENUNTUT-PENUNTUT MELAYU SELANGOR DITUBUHKAN -Tarikh Peristiwa pada 28-09-1946
Pada hari ini dalam tahun 1946, Kesatuan (Persuratan) Penuntut-Penuntut Melayu Selangor telah ditubuhkan di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Kesatuan ini dibentuk dengan menggabungkan semua kesatuan penuntut-penuntut Melayu di Kuala Lumpur dan Selangor, iaitu Kesatuan Penuntut Melayu Victoria Institution; Sekolah Tinggi Kajang; Anglo Chinese School Kelang; Sekolah Batu Road; Sekolah Jalan Pasar; Convent Kuala Lumpur; Convent Kajang; St. Mary dan Methodist Girls School. Tujuan penubuhan Kesatuan ini adalah bagi memajukan pelajaran ahli-ahlinya.
Encik Mohd bin Mohd. Nor telah dilantik sebagai Yang Dipertua Kesatuan yang pertama. Penubuhan Kesatuan (Persuratan) Penuntut-Penuntut Melayu Selangor pada hari ini dalam tahun 1946 menunjukkan kejayaan pelajar-pelajar dalam menyatu dan memajukan seluruh pelajar di Selangor dan Kuala Lumpur.