BTC USD 83,952.1 Gold USD 4,290.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-27/09

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PENUBUHAN MAKTAB LATIHAN TENTERA DI PORT DICKSON-Tarikh Peristiwa pada 27-09-1955


Pada hari ini dalam tahun 1955, Maktab Latihan Tentera telah ditubuhkan dengan rasminya di Port Dickson, Negeri Sembilan. Sempena perasmiannya, satu perbarisan telah diadakan. Acara tersebut telah disaksikan oleh Pesuruhjaya Tinggi, Sir Donald Mac Gillivary, Raja-Raja Melayu, Ketua Menteri, Tunku Abdul Rahman dan kenamaan yang lain. Penubuhan maktab ini bertujuan untuk melatih lebih ramai pegawai tentera dalam bidang pertahanan. Ketika berucap pada perasmian, Sir Donald Mac Gillivary menyatakan harapan agar di sekitar tahun 1959, Tanah Melayu akan mempunyai tenteranya sendiri dan tidak perlu lagi bergantung kepada pihak luar. Berikutan itu, bagi mempertingkatkan kemahiran, beberapa pegawai tentera telah dihantar untuk menerima latihan di Sandhurst dan Enton Hall, United Kingdom.

Terdapat empat kompeni pelatih ketika itu iaitu Inkerman, Waterloo, Rlenheim dan Dittersen yang dikendalikan di bawah perintah Kapten Shahri Daud. Sesungguhnya dengan penubuhan Maktab Latihan Tentera ini, ia telah dapat menambahkan lagi kekuatan anggota dan pegawai tentera Persekutuaan Tanah Melayu, yang telah diasaskan oleh Pasukan Askar Melayu Di Raja pada tahun 1933 itu. Objektif penubuhannya berjaya di realisasikan dan terbukti dengan kejayaan-kejayaan yang diraih oleh Angkatan Tentera Malaysia sehingga ke hari ini.
 
MALAYSIA, ITALI MEMASUKI ERA BARU BIDANG KERJASAMA-Tarikh Peristiwa pada 27-09-1984

Malaysia hari ini memasuki satu era baru bidang kerjasama dengan Itali apabila negara memeterai memorandum persefahaman antara Perbadanan Pelaburan Luar Negeri Malaysia (MOIC) dengan Persatuan bagi Penggalakkan Pekerja-pekerja Itali di negara-negara ketiga (ASSTER). Memorandum ditandatangani pada hari ini 27 September 1984 akan membuka peluang dan meningkatkan lagi dialog Utara-Selatan dan Selatan-Selatan. Persefahaman ini diperolehi semasa lawatan rasmi Y.A.B. Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad selama 3 hari ke Itali mulai dari 24 September 1984.

Dalam lawatan rasmi ini Y.A.B. Perdana Menteri telah juga mengadakan rundingan dengan Perdana Menteri Bettino Craxi dan para Menteri Kabinet Itali yang lain . Perbincangan yang diadakan meliputi perkara-perkara mengenai kerjasama ekonomi, dan masalah-masalah antarabangsa. Dalam kerjasama ekonomi kedua-dua pihak Malaysia dan Itali telah mengenalpasti bidang yang luas yang dapat diterokai bersama terutama di bidang teknologi maju.

Pemeterian perjanjian ini adalah istimewa dan unik kerana ini adalah perjanjian pertama melibatkan negara perindustrian dan maju membantu negara membangun seperti Malaysia untuk turut sama menolong negara-negara membangun yang lain di rantau Asia/Pasifik Satu lagi perjanjian yang ditandatangani semasa lawatan Perdana Menteri itu ialah antara Kerajaan Malaysia dan Marconi - Perjanjian ini untuk mewujudkan kerusi telematiks Marconi di Universiti Teknologi Malaysia dan sebuah makmal Bahasa di Universiti Islam Antarabangsa melalui perjanjian ini Malaysia akan memasuki era teknologi yang tinggi dan telekomunikasi yang maju.

Kepercayaan negara maju seperti Itali untuk bekerjasama dengan Malaysia akan membantu dalam meningkatkan perdagangan menerusi pemupukan dagangan dua hala, dan pelaburan yang dibuat di negara ini akan membantu meningkatkan pembangunan di negara kita.
 
PEMBUKAAN STESEN JANALETRIK TUANKU JAAFAR, PORT DICKSON
-arikh Peristiwa pada 27-09-1969


Pembangunan Infrastruktur Negara adalah menjadi agenda utama di tahun-tahun 1960an. Pembinaan jalanraya, keretapi, kemudahan letrik dan air di kampung-kampung dilakukan dengan giatnya. Pada hari ini dalam tahun 1969, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah membuka dengan rasminya Stesen Janaletrik Port Dickson. Stesen berharga RM 72 juta ini diberi nama Stesen Janaletrik Tuanku Jaafar.

Stesen Janaletrik Tuanku Jaafar ini membekalkan kira-kira 40% keperluan bekalan letrik di Semenanjung dan mempunyai 2x60 MW unit. Stesen Janaletrik yang ditaksirkan menelan belanja sebanyak RM 700 juta di beberapa buah negeri iaitu Perak, Kelantan, Terengganu dan Pahang. Disamping itu pembesaran Stesen Janaletrik Port Dickson ini dianggarkan berharga RM 160 juta. Kerja-kerja pembesaran ini akan dimulakan pada tahun 1971. Sesungguhnya dengan terbinanya Stesen Janaletrik Port Dickson, tenaga letrik dapat disalurkan ke seluruh Semenanjung dan mempertingkatkan lagi pembangunan negara.
 
ISTIADAT PEMASYHURAN PINDAAN UNDANG-UNDANG TUBUH PERAK-Tarikh Peristiwa pada 27-09-1954


Pada hari ini 27.9.1954, DYMM Sultan Perak Sultan Yussuf Izzudin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil Radzialah telah berkenan melakukan istiadat pemasyhuran pindaan Undang-Undang Tubuh Perak. Istiadat tersebut berlangsung di Istana Iskandariah Kuala Kangsar dengan disaksikan oleh seramai 100 orang kaum kerabat Diraja, Pembesar-Pembesar Negeri, Ahli-Ahli Mesyuarat Negeri serta Konsul Muda Indonesia di Pulau Pinang. Sebelum istiadat pemasyhuran ini dijalankan, segala pindaan yang hendak dibuat terhadap Undang Tubuh Perak ini telah dikemukakan kepada Majlis Mesyuarat Negeri pada 1 hb Julai, 1954. Setelah dipersetujui barulah upacara menandatangani pemasyhuran dijalankan pada hari ini dalam tahun 1954. Istiadat tersebut didahului oleh DYMM Sultan dan kemudian diikuti oleh 23 orang lain iaitu 7 orang dari Kerabat Diraja, 3 Orang Besar Beremapat, 7 Orang Besar Delapan, 2 Orang Tok Muda dan 4 Orang pihak Tua-Tua. Pindaan Undang Tubuh Perak ini banyak melibatkan Majlis Mesyuarat Negeri. Antara lain pindaan ini menetapkan anggota Majlis Mesyuarat Negeri mestilah mengandungi ahli rasmi dan ahli-ahli bukan rasmi. Di samping itu ia juga mesti mempunyai 20 orang ahli yang dilantik oleh ramai.

Calon-calon yang boleh dilantik tertakluk kepada 2 syarat kelayakan :-

Berumur 21 tahun ke atas.
dan telah menetapkan dalam negeri lebih dari 6 bulan berturut-turut dari tempoh pendaftaran pemilihan dibuat.
Pemasyhuran pindaan Undang Tubuh Perak yang dibuat pada hari ini dalam tahun 1954 ini boleh disifatkan sebagai langkah positif ke arah berkerajaan sendiri. Dengan pindaan ini, kuasa Sultan telah diperkuatkan. Ahli-ahli tidak rasmi mendapat kedudukan yang lebih sempurna manakala orang Melayu pula mendapat kedudukan lebih suara.
 
sudah...masuk bab sejarah plak eboss
 
Back
Top
Log in Register