BTC USD 84,138.7 Gold USD 4,278.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-25/10

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU MENGAMBIL ALIH PENGKALAN TENTERA UDARA DI RAJA BRITISH-Tarikh Peristiwa pada 25-10-1960


Pada hari ini dalam tahun 1960, Persekutuan Tanah Melayu telah mengambil alih Pengkalan udara Diraja British (RAF) di Kuala Lumpur. Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdul Razak telah mewakili Persekutuan Tanah Melayu selaku Menteri Pertahanan manakala kerajaan British pula telah diwakili oleh Pesuruhjaya Tingginya, Sir Geofroy Tory. Ketika berucap pada majlis tersebut, Tun Abdul Razak menyatakan bahawa upacara bersejarah ini amat memberi makna kepada Tentera Udara Diraja Persekutuan kerana dapat memiliki pengkalan sendiri. Sejarah penubuhan Tentera Udara Diraja Persekutuan telah bermula pada 2 Jun 1958, apabila Ordinan Tentera Udara telah diluluskan oleh Parlimen.

Pada awal penubuhannya, ia menumpang di Pengakalan Udara Diraja British dengan diselia oleh Air Commodore A.V.R. Johnstone, seorang pegawai Tentera Udara Di raja British. Beliau dipinjamkan untuk menjadi penasihat persekutuan Tanah melayu dan kemudiannya telah dilantik sebagai Ketua Turus Tentera Udara yang pertama. Antara pegawai dan anggota yang telah menjadi perintis kepada pengambilalihan pengkalan ini ialah Flying Officer Li Heng Lip, Seargeant Subramanian, SAC Md Noor dan Junior Technician Ismail Ariffin.
 
PENYAMPAIAN PANJI-PANJI BATALION KE 4 RENJER OLEH DYMM RAJA PERLIS-Tarikh Peristiwa pada 25-10-1980

Pasukan Renjer Malaysia telah ditubuhkan sejak tahun 1965 lagi. Penubuhannya telah dapat memperkuatkan pasukan Angkatan Tentera Malaysia. Sebanyak 3 Batalion telah disempurnakan penyerahan panji-panji Pasukan Renjer dan pada hari ini 25 Oktober 1980 satu lagi pasukan Renjer iaitu Batalion Ke 4 menerima panji-panji daripada Kolonel Yang Dipertua Kor Renjer Malaysia iaitu DYMM Raja Perlis, di Kem Wardieburn, Kuala Lumpur. Baginda adalah Yang Dipertua Kor Renjer Malaysia sejak ia ditubuhkan pada 1965.

Sebelum ini Baginda juga menyampaikan panji-panji kepada Batalion Ke 3 Renjer Malaysia di Kem Terendak, Melaka. Istiadat penyerahan panji-panji ini akan berlangsung dengan penuh penghormatan tentera dan berwarna-warni. Baginda DYMM Raja Perlis akan memerika barisan kawalan kehormat dan membalas tabik hormat dari anggota-anggota Renjer sebelum upacara penyampaian panji-panji dimulakan. Majlis dihadiri sama oleh pegawai-pegawai tinggi tentera termasuklah Pemangku Ketua Turus Angkatan Tentera Lt. Jeneral Tan Sri Ghazali Mohd. Seth. Dengan penyerahan panji-panji ini satu lagi Batalion Renjer Malaysia telah selamat disempurnakan. Penyerahan panji ini juga adalah satu pengiktirafan kepada Batalion Ke 4 sebagai satu pasukan dalam Kor Renjer Malaysia.
 
MESYUARAT KABINET TERGEMPAR MEMBINCANGKAN CADANGAN SINGAPURA UNTUK MENGADAKAN TUKARAN BARANG DENGAN INDONESIA.-Tarikh Peristiwa pada 25-10-1965

Pada hari ini 25.10.1965, YTM Tunku Abdul Rahman Perdana Menteri Malaysia telah memanggil satu mesyuarat kabinet tergempar untuk membincangkan cadangan Perdana Menteri Singapura, En. Lee Kuan Yew untuk mengadakan hubungan dagangan tukaran barang dengan Indonesia. Kenyataan kabinet yang dikeluarkan selepas mesyuarat tersebut menyatakan cadangan En. Lee Kuan Yew ini mempunyai kesan-kesan yang serius ke atas pertahanan dan kesalamatan, cadangan tersebut seharusnya ditimbangkan dengan teliti oleh pakar-pakar pertahanan dan keselamatan dan dibincangkan dalam Majlis Pertahanan Bersama di mana Singapura adalah ahli penuh. Kenyataan itu juga menyebut bahawa dagangan pertukaran barang-barang dengan Indonesia yang menggunakan kapal kurang dari 200 tan telahpun diharamkan atas sebab keselamatan. Telah terbukti kapal-kapal tersebut bertanggungjawab terhadap pengeboman dan perbuatan khianat di Malaysia dan Singapura. Menurut kenyataan itu lagi, adalah salah bagi Singapura membuat sebarang hubungan dengan Indonesia sedangkan perkembangan di negeri itu sedang menguntungkan.

Dari segi keselamatan adalah mustahil untuk pasukan keselamatan meronda deretan pantai sejauh 1600 KM dan pulau-pulau kecil di Selat Riau. Keuntungan yang diharapkan oleh Singapura dari dagangan tersebut tidak setimpal langsung dengan ancaman yang akan diterima oleh Malaysia dan Singapura sendiri. Malaysia memang ingin menolong rakyat Singapura dengan mengadakan kemudahan-kemudahan dagangan untuk faedah kedua-kedua rakyat, tetapi soal keselamatan dan pertahanan mestilah mendapat pertimbangan dan perhatian yang utama. Mesyuarat kabinet tergempar yang diadakan pada hari ini dalam tahun 1965, menyarankan supaya Perdana Menteri Singapura mempertimbangkan semula cadangan tersebut sebelum melaksanakanya.
 
Penubuhan sukarelawan di Melaka

Kegiatan sukarelawan memainkan peranan yang penting dalam melengkap peranan dan tugas agensi-agensi kerajaan. Sifat badan-badan sukarelawan yang profesional, ikhlas dan tidak mementingkan soal kewangan telah mendapat sanjungan daripada masyarakat. Pada hari ini, 25 Oktober 1901, bagi negeri Melaka buat pertama kalinya telah ditubuhkan pasukan tentera sukarela. Pasukan sukarela tentera terbentuk apabila pihak British yang pada masa itu menubuhkan satu kompeni repal.

Kompeni repal ini, merupakan sebahagian daripada Singapore Volunteer Force yang beribu pejabat di Singapura. Pasukan tentera sukarela di Melaka diketuai oleh Kapten R.N. Bland. Peringkat awal penubuhan Pasukan Sukarela tentera ini keahlianya terhad kepada orang Inggeris yang bekerja di Melaka sahaja, kemudian dibuka kepada orang-orang Melayu, Cina dan India. Namun begitu jangka hayat pasukan sukarela tentera ini tidak kekal lama, apabila pada tahun 1906, ianya telah dibubarkan. Sehinggalah berlakunya pergolakan dalam Perang Dunia Pertama barulah ditubuhkan semula Pasukan Tentera Sukarela pada 12 Mei 1929 dikenali dengan Melaka Volunteer Rifles.
 
Back
Top
Log in Register