BTC USD 84,005.0 Gold USD 4,279.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah-24/09

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PERLEMBAGAAN NEGERI SARAWAK DIISYTIHARKAN-Tarikh Peristiwa pada 24-09-1941

Pada hari ini dalam tahun 1941, perlembagaan Negeri Sarawak telah diisytiharkan oleh Vyner Brooke. Perlembagaan ini bertujuan untuk membawa kemodenan dalam pentadbirannya serta menjanjikan rakyat bumiputera ke arah berkerajaan sendiri. Perlembagaan tersebut termetri dalam sembilan prinsip utama. Antara yang menarik ialah prinsip pertama yang menyatakan bahawa Negeri Sarawak adalah warisan rakyatnya dan ‘Raja Putih’ hanya merupakan pihak yang diamanahkan untuk mentadbir negeri itu. Prinsip kelima menyatakan bahawa kebebasan menyuarakan sesuatu sama ada dalam ucapan atau penulisan akan diberikan dan setiap orang digalakkan mengikut agama masing-masing. Prinsip kelapan menjelaskan hasrat berkerajaan sendiri akan sentiasa diingati, rakyat Sarawak akan mentadbirkan negeri itu sendiri dan usaha-usaha akan dipercepatkan untuk mencapai matlamat tersebut. Turut terkandung ialah perkara-perkara mengenai pengganti ‘Raja Putih’. Sekiranya tiada keturunan Brooke, hanya rakyat British dan bumiputera sahaja yang layak dilantik oleh Supreme Council sebagai pengganti raja. Perlembagaan Negeri Sarawak merupakan dokumen yang amat menarik, tetapi kepentingannya tidak dapat dibuktikan oleh sejarah kerana Perang Dunia Kedua yang telah menamatkan pemerintahan ‘Raja Putih’ atau keluarga Brooke di Sarawak.
 
PERLEMBAGAAN NEGERI SARAWAK DIISYTIHARKAN-Tarikh Peristiwa pada 24-09-1941


Keturunan Brooke telah memerintah Sarawak dari tahun 1841. Bermula dengan James Brooke yang dikenali dengan `Raja Putih’ yang pertama telah dianugerahkan gelaran tersebut di suatu perhimpunan Kuching, Sarawak oleh Pangeran Muda Hashim wakil Sultan Brunei. Pada hari ini 24 September 1941 setelah genap 100 tahun pemerintah Raja Putih, satu perlembagaan Negeri Sarawak telah diisytiharkan oleh Vyner Brooke. Perlembagaan ini bukan sahaja memperlihatkan tujuan pemerintahan Brooke untuk membawa kemodenan dalam pentadbirannya, tetapi ia juga menjanjikan rakyat bumiputera ke arah berkerajaan sendiri. Hasrat dan cita-cita Brooke itu termetri dalam Sembilan Prinsip Utama. Antara yang menarik dan penting ialah prinsip yang pertama, kelima dan kedelapan. Prinsip yang pertama menyatakan bahawa negeri Sarawak adalah warisan rakyatnya dan `Raja Putih’ hanya merupakan pihak yang diamanahkan untuk mentadbir negeri itu. Prinsip yang kelima memaktubkan bahawa kebebasan menyuarakan sesuatu sama ada dalam ucapan atau penulisan akan diberikan dan setiap orang digalakkan mengikut agama masing-masing. Prinsip kedelapan pula menjelaskan bahawa hasrat berkerajaan sendiri akan sentiasa diingati, rakyat Sarawak akan mentadbirkan negeri itu sendiri dan usaha-usaha akan dipercepatkan untuk mencapai matlamat tersebut dengan memberi tunjuk ajar mengenai tanggungjawab dan hak-hak kewarganegaraan. Di samping itu Perlembagaan ini juga menjelaskan peraturan dan kedudukan dewan perundangan, Council Negeri, Dewan Pelaksanaan, Supreme Council. Walaupun Council Negeri telah wujud sejak tahun 1867 lagi, namun badan perundangan ini tidak mempunyai satu peraturan yang bertulis. Perlembagaan ini juga mencatatkan perkara-perkara mengenai pengganti `Raja Putih’. Sekiranya tidak ada keturunan Brooke, maka hanya rakyat British dan rakyat bumiputera sahaja yang layak dilantik oleh Supreme Council sebagai pengganti `Raja Putih’. Perlembagaan Negeri Sarawak yang diisytiharkan pada hari ini dalam tahun 1941, merupakan dokumen yang amat menarik, tetapi kepentingannya tidak dapat dibuktikan oleh sejarah kerana Perang Dunia Kedua telah menamatkan pemerintahan `Raja Putih’ di Sarawak.
 
sekarang kuasa autonomi...
 
MALAYSIA - MEXICO MENANDATANGANI PERJANJIAN PEMBAYARAN DUA HALA-Tarikh Peristiwa pada 24-09-1990

Peningkatan perdagangan antara Malaysia dengan negara-negara lain di dunia sentiasa dilakukan supaya perdagangan dapat diteruskan dengan sewajarnya. Kerjasama di bidang-bidang profesional, perindustrian dan kewangan perlu dilakukan bagi mempastikan sekatan-sekatan yang menjadi penghalang perdagangan dapat diatasi. Pada hari ini 24 September 1990 satu lagi ikatan perjanjian antara Malaysia dan Mexico telah dimeterikan. Perjanjian pembayaran dua hala iaitu satu mekanisma kewangan meningkatkan perdagangan bagi menggalakkan perdagangan dua hala. Perjanjian ini telah ditandatangani di Washington. Malaysia telah diwakili oleh Gabenor Bank Negara Tan Sri Jaafar Hussein sementara Mexico oleh Encik Miquel Mancera Aguayo iaitu Ketua Pengarah Banco de Mexico. Turut hadir di upacara itu bagi pihak kerajaan Malaysia ialah Duta Malaysia ke Washington Dato' Albert Talalla, Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Zain Azraai b. Dato' Zainal Abidin, Pengarah Eksekutif Malayan Banking Bhd. Encik Ahmad Mohd. Don dan Pengerusi Hock Hua Bank Bhd. Tan Sri Amar Ling Beng Siew. Perjanjian pembayaran dua hala ini ditandatangani berikutan keputusan yang telah dipersetujui yang dibuat pada Mesyuarat Kemuncak G-15 mengenai rundingan dan kerjasama Selatan-Selatan yang diadakan di Kuala Lumpur pada bulan Jun tahun tersebut. Semasa mesyuarat G-15 Malaysia mencadangkan supaya diperkenalkan mekanisma kewangan untuk meningkatkan perdagangan di kalangan negara-negara membangun. Rundingan mengenai perjanjian ini antara kedua negara telah dimulakan sejak bulan Julai tahun tersebut. Satu misi teknikal telah mengadakan lawatan ke Malaysia yang dianggotai oleh Bank-Bank Negara Amerika Latin iaitu Mexico, Venezuela, Brazil, Argentina dan Chile. Lawatan misi teknikal ini adalah bagi mengatur perjanjian pembayaran dua hala. Sebelum ini Malaysia telah menandatangani perjanjian seumpama ini dengan negara-negara Bank Pusat Iran pada Ogos 1988, Venezuela pada Ogos 1990 dan Nigeria pada awal September 1990. Perjanjian yang ditandatangani ini, dijangka akan menggalakkan perdagangan antara kedua-dua negara dalam tahun-tahun akan datang. Selain dari itu Bank Negara juga dijangka menandatangani perjanjian yang sama dengan negara-negara dunia ke 3 lain tidak lama lagi. Perjanjian ini membuka jalan ke arah kerjasama yang lebih baik di masa akan datang.
 
PENGHULU TAWI SLI MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK-Tarikh Peristiwa pada 24-09-1966

Pada hari ini 24.9.1966, Penghulu Tawi Sli, 54 tahun mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang kedua di hadapan Gabenor Sarawak Tun Abang Haji Openg di Astana Sarawak Kuching. Penghulu Tawi Sli merupakan Ketua Menteri Sarawak yang kedua selepas Stephen Kalong Ningkan. Sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak, beliau memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Undangan Negeri yang mewakili parti PESAKA sejak pilihanraya 1963. Beliau dilahirkan di Lingga dalam Bahagian Kedua Sarawak pada tahun 1934, dan merupakan seorang yang berpengalaman luas. Beliau juga pernah bertugas sebagai guru, pegawai kerani, penulis petisyen dan pada tahun 1963 beliau dilantik sebagai Penghulu Simanggang. Perlantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru pada hari ini dalam tahun 1966 tidak syak lagi memang kena pada tempatnya memandangkan pengalaman, ketokohan dan sikap sederhana beliau dalam berpolitik.
 
PERASMIAN SEKOLAH LELAKI (AKHLAK) SUNGAI BESI, KUALA LUMPUR-Tarikh Peristiwa pada 24-09-1953

Pada hari ini 24.9.1953, Sekolah Lelaki (AKHLAK) Sungai Besi, Kuala Lumpur telah dibuka dengan rasminya, oleh Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu, General Sir Gerald Templer. Turut hadir di upacara tersebut ialah Alam Shah, Menteri Besar, Encik Othman bin Muhamad, Penasihat British dan Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Undangan Negeri Selangor serta Ahli-ahli Majlis Bandaraya Kuala Lumpur dan Pegawai-pegawai kerajaan. Sir Gerald Templer telah memeriksa barisan kehormat yang terdiri daripada murid-murid sekolah tersebut. Mereka kemudiannya telah membaca ikrar akan sentiasa berusaha dengan sedaya upaya untuk mencapai kemajuan di dalam pelajaran dan untuk menjadi rakyat yang berguna. Di dalam ucapannya, General Sir Gerald Templer telah menyatakan bahawa perbelanjaan yang digunakan untuk memberi pelajaran kepada penuntut-penuntut sekolah itu adalah sebahagian daripada hasil cukai yang dikumpulkan oleh kerajaan. Beliau berharap masyarakat dapat memahami dan tidak berprasangka terhadap golongan ini. Mereka masih memerlukan pertolongan bukan sahaja semata-mata berbentuk kebendaan atau kewangan tetapi juga semangat dan motivasi. Mereka memerlukan sahabat yang mengambil berat akan keadaan mereka. Pendidikan formal yang diadakan dalam sekolah ini adalah dari peringkat sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah. Selain daripada pendidikan formal, berbagai jenis latihan vokasional juga diadakan termasuk latihan perhatian, pertukangan kayu, mekanik, jahitan dan kraftangan. Kewujudan sekolah sebegini pada hari ini merupakan satu langkah bijak kerajaan dalam usaha melahirkan generasi yang berakhlak mulia dan berguna kepada bangsa dan negara.
 
PENGHULU TAWI SLI MENGANGKAT SUMPAH SEBAGAI KETUA MENTERI SARAWAK-Tarikh Peristiwa pada 24-09-1966

Pada hari ini 24.9.1966, Penghulu Tawi Sli, 54 tahun mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak yang kedua di hadapan Gabenor Sarawak Tun Abang Haji Openg di Astana Sarawak Kuching. Penghulu Tawi Sli merupakan Ketua Menteri Sarawak yang kedua selepas Stephen Kalong Ningkan. Sebelum beliau dilantik sebagai Ketua Menteri Sarawak, beliau memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Undangan Negeri yang mewakili parti PESAKA sejak pilihanraya 1963. Beliau dilahirkan di Lingga dalam Bahagian Kedua Sarawak pada tahun 1934, dan merupakan seorang yang berpengalaman luas. Beliau juga pernah bertugas sebagai guru, pegawai kerani, penulis petisyen dan pada tahun 1963 beliau dilantik sebagai Penghulu Simanggang. Perlantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru pada hari ini dalam tahun 1966 tidak syak lagi memang kena pada tempatnya memandangkan pengalaman, ketokohan dan sikap sederhana beliau dalam berpolitik.

anak dia sorang jadi cikgu..nama dia sudin sli :D
 
Back
Top
Log in Register