eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
PENUBUHAN BURSA KOMODITI KUALA LUMPUR -Tarikh Peristiwa pada 23-10-1980
Pada hari ini dalam tahun 1980, Bursa Komoditi Kuala Lumpur telah dilancarkan dengan rasmi oleh Perdana Menteri Datuk Hussein Onn. Usaha dan kajian bagi penubuhan Bursa Komoditi ini telah bermula sejak tahun 1970an lagi. Ini berikutan daripada kedudukan Malaysia sebagai pengeluar utama bahan-bahan utama seperti kelapa sawit, getah, lada hitam, dan bijih timah. Ketika berucap pada upacara perasmian tersebut, Datuk Hussein Onn, menyatakan penubuhan Bursa ini merupakan satu perkembangan yang penting dalam usaha-usaha pembangunan negara. Ia juga dapat membuktikan bahawa Kuala Lumpur telah meningkat ke taraf pusat kewangan antarabangsa yang moden dengan pelbagai kemudahan di rantau ini.
Berikutan itu juga sebagai permulaan Bursa Komoditi Kuala Lumpur akan mengutamakan kelapa sawit sebagai pasaran yang pertama dan selepas itu akan berkembang menjadi pasaran berbagai-bagai bahan utama lain. Satu Lembaga Pengurusan yang dipengerusikan oleh Raja Muhammad Alias telah dibentuk untuk melaksanakan perjalanan Bursa ini. Lembaga ini juga dianggotai oleh Encik Mustapha Haji Mohamed selaku Timbalan Pengerusi, Encik D.H.N. Allott, Encik Dennis Tan, Encik Edmund Chan, Syed Abdul Jabbar Shahabuddin Encik Raghbir Singh Bhart dan Encik Amin Zahari Nordin sebagai ahli lembaga.