BTC USD 83,988.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hari Ini Dalam Sejarah - 21/11

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
PELANCARAN PERKHIDMATAN NEWSCAN BERNAMA-Tarikh Peristiwa pada 21-11-1985

Pada hari ini dalam tahun 1985, Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA) telah melancarkan perkhidmatan NEWSCAN BERNAMA di Lapangan Terbang Antarabangsa di Subang, Selangor. Perkhidmatan tersebut telah dilancarkan oleh Menteri Penerangan Malaysia, Datuk Rais Yatim yang menggambungkan tiga jenis berita secara imbasan iaitu perkhidmatan hotel, ‘corporatescan’ bagi berita korporat dan perniagaan serta ‘Generalscan’ bagi berita am.

Ketiga-ketiga jenis perkhidmatan tersebut mengumpul berita-berita daripada lima agensi antarabangsa, dua belas agensi berita asing dan pewarta-pewartanya di seluruh negara dan ibu-ibu negara ASEAN. Perkhidmatan berita tersebut keluar dengan senyap dan secara automatik tanpa gangguan. Perkhidmatan tersebut merupakan salah satu daripada beberapa fasa projek BERNAMA yang telah berjaya menyebarkan berita kepada pengusaha dan pengguna. Sesungguhnya, perkhidmatan NEWSCAN BERNAMA telah meningkatkan lagi perkhidmatan pengedaran dan penyebaran berita di Malaysia dan seluruh dunia dengan lebih berkesan.
 
PENYATA PELAJARAN 1952 DILULUSKAN-Tarikh Peristiwa pada 21-11-1952

Pada hari ini dalam tahun 1952, Penyata Pelajaran 1952 atau Ordinan Pelajaran 1952 telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Tiga matlamat utama Penyata Pelajaran 1952 ialah yang pertama, untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan, kemahiran dan perwatakan yang baik kepada setiap individu. Kedua, untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang bangsa di negara ini. Manakala matlamat yang ketiga, untuk berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh negara yang terdiri daripada pelbagai kaum. Antara langkah-langkah yang digariskan untuk mencapai matlamat ini ialah penubuhan sekolah-sekolah kebangsaan yang mengandungi dua jenis. Sekolah aliran Inggeris dan mata pelajaran Bahasa Malaysia dijadikan mata pelajaran wajib dan Sekolah Aliran Melayu dengan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa kedua. Sungguhpun begitu sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantaraan Kua-Yu (Cina) dan Tamil boleh disediakan jika terdapat lebih dari 15 orang murid dalam satu darjah mengikut keperluan bahasa perantaraan masing-masing. Sesungguhnya, Penyata Pelajaran 1952 ini adalah bertujuan untuk mengukuhkan lagi asas perpaduan negara yang sedang dibina.
 
PELANCARAN BANK PERTANIAN-Tarikh Peristiwa pada 21-11-1969

Institusi Kewangan mempunyai tanggungjawab besar bagi menyediakan dana kewangan bagi melaksanakan projek ekonomi. Bagi sektor pertanian dengan tertubuhnya bank pertanian pada 1 Ogos 1969 telah banyak membantu perkembangan sektor pertanian di negara ini.

Di antara tujuan utama penubuhan bank ini ialah:

menggalakkan kemajuan yang sempurna di Malaysia atau mana-mana bahagian;

menyelaras dan menyelia bantuan kredit dan kumpulan wang awam untuk maksud pertanian;

mengadakan kemudahan-kemudahan pinjaman, pendahuluan, kredit untuk kemajuan pertanian termasuklah penghasilan dan pemasaran;

menyelenggara wang simpanan khususnya dalam bidang pertanian.

Walaupun bank ini telah ditubuhkan pada 1 Ogos 1969, tetapi pelancaran rasmi dilakukan pada 21 November 1969 oleh Tun Abdul Razak di Bilik Gerakan Negara Kuala Lumpur. Bank Pertanian, menumpukan kegiatan di kawasan yang kurang maju dan melaksanakan skim pinjaman kemudahan kredit. Skim ini buat pertama kali diperkenalkan di kawasan Rancangan Perairan Muda di Kedah. Bank Pertanian lahir di atas hasrat unuk memajukan perusahaan-perusahaan pertanian oleh pekebun-pekebun kecil padi, kelapa sawit, kelapa, koko, tebu, kopi dan berbagai jenis tanaman sayuran serta perusahaan pertanian, ternakan dan perikanan yang dijalankan oleh penduduk di negara ini.
 
Back
Top
Log in Register